Orang kata kalau pergi Krabi jangan lupa pergi Pasar Malam kat sana. Meriah. Memandangkan kami sampai sana hari Sabtu, moh la kita ke Night Market Krabi. Eyza ambik pakej kat akak yang sama di Krabi travel Information.
Pasar malam ni memang ada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays tak da ye. Nak pergi ke sana, kita boleh sewa motor, naik tuk tuk atau naik van. Eyza ambik naik van je sebab kalau naik tuk-tuk pun harga lebih kurang. Lagipun jauh jugak Pasar malam tu dari Aonang. Biarlah selesa sikit.
Dalam pukul 6 petang kami dah tunggu depan hotel. nanti driver van akan cari kita kat hotel. So, takyah risau takut kena tinggal ke apa.
Diaorang akan pick up setiap penumpang tak kira la hotel kat mana. Tapi best, boleh tengok hotel orang lain.
Sampai kat pasar Malam, tengok dah ramai orang. driver van bagi masa sampai pukul 9 malam. Maknanya kami ada 2 jam nak berjalan dalam tu.
Pasar Malam diaorang lebih kurang je dengan Pasar malam kita. Cuma, pasar malam diaorang lebih pelbagai. Bukan setakat jual makanan dan pakaian.
Ada juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.
Ada persembahan kebudayaan dan muzik.
Menyesal beli selipar kat Aonang, kat sini lagi murah 100 baht je satu.
Ayam goreng ni sedap. Ala-ala KFC
Pad Thai.
Ni ala-ala macam sireh. Dah siap bungkus semua.
Ada jugak air dalam buluh macam kat Hatyai. Cuma kat sini tak halal, ada alcohol.
Ada juga tempat permainan kanak-kanak macam kat Tesco tu.
Pusing punya pusing. tengok jam baru pukul 8 malam. banyak masa lagi. Tapi kami dah malas berjalan. kat situ ada KFC, lepak je situ sampai van datang ambil balik.
Tak banyak pun yang kami beli.
Pad Thai-First time makan. Sedap jugak cuma tak pedas n manis sikit.
beli Pad Thai dapat sekali tambahan sayur, cili flakes dan gula.
kalau pergi Thailand jangan lupa rasa mangga sana. Sedap dia lain tau. sambil taip ni pun kecur liur eyza. Rasa lemak, tak manis sangat, tak masam sangat dan rangup je. pencicah pun sedap.
Malam tu, kami tertido kekenyangan. puas hati dapat pegi Pasar Malam.
Kira-kira di Pasar Malam:
Souvenir Krabi - 200 Baht (RM 23.90)
Tshirt Krabi 2 helai - 280 Baht (RM33.46)
Mangga - 50 Baht (RM6.00)
Tako-30 Baht (RM3.60)
Phad Thai- 50 Baht (RM6.00)
Ayam Goreng-40 Baht (RM 4.80)
KFC - 199 Baht (RM23.78)
Total : RM 101.54
mhal jugak kat sana. mmg harga macam ni ka ? 1 mlm boleh habis 100.
ReplyDeletejadi mahal sebab duit kita dah jatuh. kalau dulu, 100 Baht bersamaan dengan RM10 duit kita je.
Deletenana tengok mangga tu pun terliur..hehe
ReplyDeleteTu la. sedap nana. Rasa nak lagi tapi jenuh nak kena pg Thailand la pulak. hahaha
DeleteSekarang duit kita lagi teruk rm1.39 = 100 bath
ReplyDeleteItu la. Nk perg Hatyai pun kena fikir banyak kali. Hihihi
Delete