Macam-macam ada di 7eleven - Blog Eyzamiel

4.3.16

Macam-macam ada di 7eleven



Sabtu lepas aku n gang2 blogger lain sempat join "Bloggers Gathering With 7eleven".

Kalau sebut 7eleven mesti terbayang Slurpee kan? Dulu masa zaman belajar, share duit dengan membe beli Slurpee cawan besar pastu campur2 perisa. Nak jimat punya pasal padahal Slurpee tu murah je pun. Rindu plak zaman belajar.Hihihi..


 Kat event ni, kami semua juga sempat merasa makanan "Ready To Eat"  yang dijual di 7eleven.

Kusyuk ida dgn kolin tu.
Kredit:Ida Baharum
 Sekarang ni semua orang nak makanan yang sedap, cepat dan murah. Lepas ni, korang dah x perlu risau sbb dok fikir nak makan apa kan. Dekat 7eleven ada pelbagai makanan yang sihat dan mengenyangkan. Jimat masa plak tu. Just panas kan dlm microwave je. Takde microwave kat rumah? Takpe, kat 7e ada. Korang bole panaskan kat sana dan balik makan je. Senang kan.


Semua makanan ni dibuat setiap hari dan pihak 7e memang mementingkan kualiti. Setiap hari, 7e akan menghantar order ke pembekal dan setelah itu barulah makanan dimasak. Semua makanan ni diambil dari pembekal yang menepati kriteria pilihan 7e dan halal ye.






Kalau korang jenis yg suka makan nasi macam aku, jangan risau tau. Kat 7e ni jugak, ada menyediakan Makanan Fresh To Go macam Nasi Goreng Kampung,Nasi Putih Dengan Rendang dan Nasi putih dengan ayam cili. Semua sedap. Aku paling suka Nasi Ayam Rendang. Dan apa yang bestnya ayam rendang tu guna ayam tua. Sebiji macam rendang mak2 buat.


Dengan adanya pek camni memang memudahkan. Kalau balik kerja rs malas nak masak, singgah je 7e beli nasi kat sini. Memang mudah. Pasni, kalau lapar tengah malam pun dah x perlu pergi ke mamak. Singgah je sini.



Kalaau nak diet, jangan risau. Kat sini ada jugak salad dengan sos thousand island. Sihat dan mengenyangkan.


Kalau haus bole beli Slurpee. Mesin Slurpee pun dah makin cantik.


Tak nak breakfast heavy? Bole je makan 2 biji telur separuh masak ni. Sihat dan mengenyangkan.



Lagi satu yang menarik di 7e ni adalah mesin kopi dia. Ada 3 jenis pilihan kopi kat sini iaitu Cappuchino, Latte dan Black Coffee. Aku nak bagitau satu rahsia ni. Sebenarnya kan, kopi kat sini sedap dan murah tau. Rugi kalau korang tak try. I like. Memang harga mampu minum. Secawan tak sampai RM 4 pun.


Dah la mesin canggih. Kat sini Self service tapi senang sangat nak guna. Letak je cawan kat tmpt yang disediakan, pastu tekan la sama ada latte, Cappuchino atau Black Coffie. Kita tggu je, biar mesin je tolong bancuhkan.





Buat masa ni 7e Jalan Sultan Ismail dah ada semua ni. Yang lain dalam proses step by step untuk kembangkan ke semua 7e. Mudah kan. Macam2 ada dibawah satu store. Tak payah cari kat tempat lain. Bole sembang sambil makan 2 jugak kat sini sebab diaorang ada sediakan kerusi meja utk kita lepak santai dengan family atau kawan2.


So, jangan lupa tau try semua makanan yang best ni kat 7e. Mesti korang suka macam aku. Hihihi.

2 comments:

  1. yang penting sekali sbb banyak pilihan kan...harap ada lebih banyak lg outlet macam neh!

    ReplyDelete