Sori sangat lama x update. Laptop rosak. Sadis betul. Susah nak update entry. Huhuhu. Ni pun terpaksa update pakai fon, tu yg lambat sikit.Lambat takpe kan, janji update. hihihi
Ok, kali ni aku nak cerita tentang rangkaian penjagaan wajah yang berasaskan alam semulajadi dari Mentholatum. Rangkaian penjagaan wajah ini diberi nama BOTANICS dan ianya bukan saja memberi kesan yang terbaik untuk kulit tetapi juga dijual dengan harga yang sangat berpatutan.
BOTANICS menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.
BOTANICS memperkenalkan 4 rangkaian produknya iaitu "TUBE FACE WASH", "FOAMING WASH", "PUMP WASH" & "SHEET MASK".
100gm ( RM 14.90)
Pencuci muka dalam tiub ni sangat sesuai utk sesiapa yang sukakan sesuatu yang simple dan senang dibawa kemana-mana. Kalau nak travel memang mudah. Bawak je yg jenis tiub ni.
Untuk yang jenis tiub ni ada 4 jenis pencuci muka.
1. Deep Cleansing Face Wash
- sesuai untuk kulit berminyak / kombinasi
- Dibuat dari Pokok Teh dan ekstrak Ylang Ylang untuk mengawal blackheads. Kulit akan menjadi segar, lembut dan bersih.
2. Hydra Whitening Wash
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Dibuat dari Arbutin dan ekstrak Bearberry Semulajadi untu mencerahkan serta membaiki struktur kulit. Kulit akan kembali cerah sekata.
3. Hydrating Wash
- Sesuai untuk kulit kering / kombinasi
- Dibuat dari Jasmine dan ekatrak Calendula untuk membuatkan kulit bersih, lembap, lembut dan segar.
4. Pore Refining Wash
- Sesuai untuk kulit berminyak / kombinasi
- Dibuat dari Rosemary dan ekstrak Witch Hazel bagi membantu masalah pori dan muka berminyak, ianya dapat membuatkan kulit cerah dan lembut.
150 gm ( RM 21.90)
Selain dari yang jenis tiub, ada juga jenis Pump.. yang ni sesuai kita letakkan dalam bilik air kat rumah. Senang nak guna. Pump sekali dah cukup. Untuk jenis ini, hanya ada 2 jenis sahaja yang dikeluarkan iaitu:
1. Moisturizing & Brightening Wash
- Sesuai utk semua jenis kulit
- Mengandungi Minyak Rosehip yang kaya dengan vutamin C untuk membantu mendapatkan kulit yang berseri dan membuat kulitt nampak sihat secara semulajadi.
2. Deep Clean Wash
- Sesuai untuk kulit kombinasi
- Dibuat dari Pokok Teh dan ekstrak Ylang Ylang untuk mengawal blackheads. Kulit akan menjadi segar, lembut dan bersih.
Selain itu, ada juga Foaming Face Wash.
160 ml (RM 25.90)
Foaming Wash ni pun 2 jenis jugak.
1. Whitening Foaming Wash
- Sesuai untuk semua jenia kulit
- Mengandungi ekatrak Narcissus bagi membuatkan kulit menjadi berseri secara semulajadi.
2. Oil & Bleaming Control Foaming Wash
- Sesuai utk kulit kombinasi
- Mengandungi ekatrak Tea Tree dan Ekstrak Ylang Ylang untuk mengawal kemunculan blackhead dan muka bermintak.
Aku sure ramai yang suka pakai mask kan? Aku pun suka. Mask ni bau wangi dan muka akan rasa segar je lepas dah pakai.
Sehelai Mask, 22ml/ pouch (RM 6.90)
Mask ni dibuat dari herba untuk membaiki kulit. Didatangkan dalam 5 jenis iaitu:
1. Soothing - Lavender
2. Pore Refining - Rosemary
3. Anti- Oxidant - Pomegranate
4. Brightening - Rosehip Oil
5. Hydrating - Aloe Vera
Menarik kan rangkaian produk dari Mentholatum ni? Semua produk ini dijual secara ekslusif di Guardian seluruh Malaysia. Senang nak cari. Guardian ada di mana2 je. Jom bertukar ke produk yang berasaskan alam semulajadi pulak.
Untuk keterangan lanjut, bole tengok kat sini:
Dah grab satu, best sangatttt.. suka suka.. nanti boleh repeat beli..
ReplyDelete