Lepak santai sebelum penerbangan di Flight Club, KLIA - Blog Eyzamiel

25.2.16

Lepak santai sebelum penerbangan di Flight Club, KLIA


Selalunya kalau kita travel, kita mesti akan sampai awal ke Airport kan? Kalau dah sampai awal tu, mesti la nak makan n lepak-lepak dulu sementara nak tunggu naik Flight.

Kalau korang jenis yang suka makanan sihat, boleh la pergi lepak sambil makan-makan kat Flight Club dulu sementara tunggu Flight.Ada macam-macam makanan yang best kat sana.

kredit: Sally
Flight Club menghidangkan makanan sihat dan sedap. Kawasan sekitar restoran  ni sangat menarik. Susun atur jugak simple dan sedap mata memandang.Flight Club ni terletak di Mezzanine Floor berhadapan dengan Plaza Premium Lounge di Bangunan Satelit (International Departure) KLIA.


Kat sini, diaorang menghidangkan makanan Western dan International. Ye la. Restoran ni pun ada kat International Departure. Memang sesuai la.


Kebanyakan menu kat sini adalah berasaskan Healhty Food. Ianya menggunakan pelbagai herba segar seperti Oregano, Rosemary, Chia Seed dan pelbagai lagi herba yang sedap dan mengenyangkan.

Charge Me Up - Grapefruit, Pineapple, Lemon, Lime & Lemongrass
Kat sini ada jus yang sesuai untuk sesiapa yang pentingkan kesihatan dan tak suka manis gula. Sebab Jus kat sini memang pure dari campuran buah-buahan segar tanpa campuran air dan gula.

Timeless - Apple, Orange, Turmeric & Ginger
The C Booster - Orange, Grapefruit, Pineapple, Ginger & Chia Seed
Antara ketiga-tiga jus ni, aku suka Timeless. rasa dia unk dan penuh dengan rasa buah segar.Sesuai untuk buang angin dalam badan.

Chocolate Ice
Selain tu, aku jugak suka  Chocolate Ice kat sini sebab ianya dibancuh menggunakan coklat cair dan bukannya coklat serbuk macam sesetengah Coklat Ais. Rasa creamy dan kaya dengan coklat buat aku jatuh cinta dengan Chocolate Ice kat sini.

Untuk appertiser, aku sempat rasa beberapa jenis hidangan. Ni antara hidangan yang sempat aku cuba.

Home-grown Farmer Tomatoes

Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style"
6°C Fresh Cameron Highland Tomato Soup 

Tropical Fruit Cocktail
Kredit: Sally
Appertiser ni aku paling suka Hydroponic Baby Cos "Caesar's Style" . Sesau kalau kita diet makan ni je. Pastu mengenyangkan plak tu.

Ini pulak untu Main Course.Ada lebih kurang 11 hidangan yang aku sempat try.Antara semua hidangan main course ni aku paling suka The E nglishman Fish n Chip. Aku suka kerangupan tepung yang menyalut ikan tu dan kentang goreng yang rangup. Rasa tepung tu lain dari yang biasa aku makan. Walaupun dah sejuk masih rangup lagi.

Angel Hair Aglio e Olio
Squid Ink Pasta
Fettuccine alla Carbonara
Traditional Sheperd's Pie
Orzo Pasta 'Mac N Cheese
kredit: Sally
Lamb Stew
kredit: Sally
Grilled Sutchi Fillet
Vegetarian Fried Rice ala Flight Club
The Englishman's Fish & Chips
Prawn Risotto
1824 Beef Cheek
Singapore Curry Noodle
Akhir sekali kena la Desert kan. Aku paling suka dengan Chocolate lava Cake. Makan plak dengan Aiskrim Vanila. Memang heaven la.


kredit: Sally
Double Valrhona Chocolate Lava Cake & Beetroot Ice Cream with Cheese Cake


Flight Club

Location : Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KLIA

Operation hours : 24 hours

Tel : 03-8776 1538

Fax : 03-8776 1539

Email : kliaflightclub@plaza-network.com

Facebook : facebook.com/flightclubmy

Instagram : @flightclubmy



2 comments:

  1. Hihi, my first visit to this blog. great food at KLIA plaza premium lounge~

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menarik dan yang lebih penting..menyihatkan..

    ReplyDelete