Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC menawarkan Buffet Ramadan yang Murah - Blog Eyzamiel

19.6.15

Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC menawarkan Buffet Ramadan yang Murah


Hari Selasa lepas aku sempat lari sekejap untuk Majlis  Prapelancaran pembukaan Restoran Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan nama KLMUC...  Nasib baik dekat dengan opis.. lagipun buat waktu Lunch.. jimat duit aku hari tu..hihihi... Thank's Ida sebab sudi jemput iolls...


Restoran yang telah beroperasi pada 1 Jun lalu dan diberi nama 'Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC' ini merupakan usahasama antara Kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Restoran ini dibuka kepada pelajar dan orang awam.


Nama Restoran ini diambil bersempena dengan suasana restoran yang dihiasi dengan gambar-gambar lama dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun.


Apa yang menariknya tentang restoran ni apabila para pelajarnya sendiri yang akan mengendalikan operasi 3 kali dalam seminggu.

Restoran yang berkonsepkan masakan melayu ini menghidangkan makanan yang boleh membangkitkan nostalgia dan agak susah untuk kita jumpa di Kuala Lumpur. Antara menu yang menarik yang terdapat di sini ialah Ubi Kayu bersama sambal ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau.


Juadah tersebut akan menjadi sebahagian daripada hidangan Buffet Ramadan yang bermula pada 18 Jun sehingga akhir bulan puasa dan ianya dibuka kepada semua pelajar, kakitangan dan orang awam. 

Restoran ini juga mengalu-alukan persembahan muzik akustik, tarian moden atau tarian tradisional di mana ianya mencerminkan inisiatif kepada 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini terbuka kepada artis di KL yang ingin menonjolkan bakat mereka.


Restoran Dulu Dan Kini @ KLMUC menghidangkan masakan tradisi melayu untuk menu ala carte dan buffet.. Ala carte hanya berharga serendah RM 5. Harga Buffet Ramadan yang ditawarkan disini juga amatlah berpatutan dan pilihan makanan yang banyak serta sedap-sedap belaka. Dengan hanya RM 48/pax (dewasa) dan RM 24/pax (kanak-kanak bwh 12 tahun) kita dapat menikamati makanan yang sememangnya sedap serta jarang untuk dijumpai.Malas nak citer panjang-panjang.. korang tengok la sendiri antara menu yang ada.. terliur plak dibuatnya.. hahaha..

Buah Melaka dan Kuih Koci
Ubi Kayu dan Keledek Rebus
Pulut untuk dimakan dengan Pengat Durian... 
Pengat Durian kat sini memang sedap.. terasa cukup lemak dan manis.
Rojak Buah 
Buah-buahan yang manis dan segar...
Agar-agar Santan memang best.
Buah-buahan tempatan pun ada kat sini.
Yeay.. ada biskut raya jugak...
Macam-macam ada.. sampai tak tahu nak makan yang mana dulu..

Kalau pergi Buffet Ramadan, orang mesti akan tanya.... ada kambing golek tak? Kat sini dah tentu la ada... lembut sangat daging kambing tu.. langsung takde rasa hamis... aku siap tambah 2 kali.. hihihi...


Kat sini jugak, First time aku makan Lidah Kambing.. sedap.. hihihi...


Selain kambing panggang.. ada jugak ayam panggang untuk sesiapa yang tak makan kambing..


Lauk-pauk kampung serta pelbagai jenis kerabu jugak sedap.. paling aku suka kerabu mangga dengan udang sambal petai.. mabeles...












Untuk Staff dan student KLMUC akan dapat diskaun tau kalau tunjuk ID card.. so, memang jimat la.. Kalau aku ni student situ.. hari-hari aku gi makan kat sana... hihihi...

kredit : Ida
kredit : Ida
kredit : Ida
Untuk Bulan Ramadhan ni... Waktu Perniagaan 'Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC' bermula jam 6 petang sehingga 9.30 malam dan ianya terletak di: 
tingkat bawah Blok A, 
Wisma Sachdev ,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan boleh hubungi : 
016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120

*maafkan saya kalau ada yang terliur di Bulan Ramadhan ni.. hihihi..

2 comments:

  1. Huishhh makanan dia semua nampak temptingggg.. Semoga ada rezeki nak berbuka di sini

    ReplyDelete
  2. wahhh tempting-nya semua niiii... ok posa posa... he he he...

    ReplyDelete