Aku kan.. kalau tengok wayang mesti kena ada Popcorn.. sebab kalau takde kang aku ni cepat ngantuk.. mesti nak kunyah-kunyah... Tak lengkap tau kalau tengok wayang tanpa Popcorn.. Popcorn dan wayang memang tak dapat dipisahkan...
27 Mei tempohari telah diadakan Pelancaran untuk memperkenalkan PERFECTO POPCORN di Cathay Cineplex, E-Curve .. aku dah 2,3 kali gak nampak kat 7eleven.. tapi tak jugak beli.... hihihi..
Bila dapat jemputan untuk Tengok wayang sambil makan Perfecto Popcorn ni.. mesti la aku happy... Dapat buat 2 benda dalam satu... aku gi event ni ngan Nad n Emi.. selalu gi sorang.. kali ni ada gang.. best o.. ada gang nak merambu-ramba...
Popcorn merupakan snek klasik yang digemari semua,
lebih-lebih lagi kepada kaki wayang. Tiada yang lebih sempurna daripada
menonton di pawagam dengan popcorn yang disaluti sepenuhnya. Pasaran kini menyaksikan
perkembangan pesat pengeluaran filem, yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan
popcorn, kerana ia gandingan sempurna di layar perak.
PERFECTÃ’ memperkenalkan sesuatu yang lain untuk kenikmatan sempurna – PERFECTÃ’ Popcorn, yang disaluti sepenuhnya setiap satu; menjadikannya
teman sejati anda apabila menonton filem.
PERFECTÃ’ Popcorn terdapat di dalam tiga perisa klasik, “Ultimate Caramel”, “Chocolate in Love” dan “French Vanilla” bagi
menepati cita rasa anda. Mamee Double – Decker ketika ini memiliki lebih 36%
syer pasaran snek di Malaysia, di mana PERFECTÃ’
Popcorn adalah sebahagian daripadanya.
Aku paling suka Perisa Chocolate in Love.. memang betul2 buat aku rasa In Love.. hihihi.. gatai....
Pelancaran PERFECTÃ’
Popcorn menyaksikan ketibaan bergaya tetamu dengan pengalaman melalui
karpet merah PERFECTÃ’ Popcorn. Para
tetamu kemudiannya akan disambut oleh “paparazzi” yang akan mengambil gambar
aksi-aksi mereka di karpet merah, dan dijamu dengan pelbagai seleksi canapés, mocktail, dan pemanis mulut lazat
dengan perisa popcorn yang menggoda selera tetamu.
Ramai jugak artis yang hadir masa pelancaran ni...
Sebelum majlis Pelancaran bermula aku sempat la bergambar dengan diaorang..
Majlis diteruskan dengan sketsa suspen filem seram
yang membuatkan tetamu terasa bagaikan sebahagian daripadanya.
Aturcara diteruskan dengan tayangan istimewa filem
“SPY”. Keseronokan menonton ditambahkan
lagi dengan hidangan PERFECTÃ’ Popcorn, iaitu
popcorn yang disaluti 100%, ketika menonton TV.
Kesimpulannya , PERFECTÃ’
Popcorn merupakan snek unggul yang memberikan pengalaman terbaik apabila
menonton, tidak kira samada di pawagam mahupun di rumah. Ia menjanjikan
rasa yang disaluti 100% perisa dalam setiap
satu. Selain daripada itu, peknya menampakkan pengalaman filem yang membawakan
kita dekat kepada pengalaman di pawagam.
PERFECTÃ’ Popcorn,snek mewah yang mampu dinikmati semua kini terdapat
di seluruh negara dengan harga jualan runcit RM4.50 bagi pek kecil (85g) dan
RM7.50 untuk pek besar (160g).
Untuk keterangan lanjut, layari Facebook
rasmi PERFECTÃ’ di
www.facebook.com/PerfectoSnacks.
Seriously perfecto popcorn ni sekali makan tak boleh stop...
ReplyDeletebaru makan yg coklat tu minggu lepas..sedap jugak..yg lagi dua belum try lagi
ReplyDeletesedappp
ReplyDeleteAssalam eyza,
ReplyDeleteemmmm
kat penang ada kaaaaaaaa????
he3
dengar citer memang pop pop pop dalam mulot ye... xpernah try lagi...tetibe terase caramel dalam mulut
ReplyDelete