CARRIE BAC BUSTER menghalang anak anda dari Bakteria Jahat - Blog Eyzamiel

22.6.15

CARRIE BAC BUSTER menghalang anak anda dari Bakteria Jahat



Disekeliling kita terdapat banyak bakteria.Golongan kanak-kanak la yang sangat mudah terdedah dengan bakteria.Ini disebabkan kanak-kanak suka mencuba sesuatu yang baru dan suka bermain di tempat-tempat yang banyak terdedah dengan bakteria dan pencemaran.Bakteria tidak elok untuk kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka cepat terdedah dengan penyakit seperti selsema dan radang kulit.


Kita sebagai seorang yang dewasa, haruslah menjaga serta mengajar kanak-kanak ini cara untuk mencegah bakteria dengan baik. Dalam mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan selalu adalah salah satu langkah yang berkesan bagi menghalang bakteria.Pencuci tangan dan mandian yang digunakan adalah salah satu faktor yang akan menjamin kebersihan kanak-kanak dan dapat menghalang bakteria dari mengganggu mereka.



Ibu bapa selalu bimbang sama ada anak mereka telah mencuci dengan betul dan adakah produk yang digunakan juga sesuai untuk kanak-kanak dan adakah produk tersebut mempunyai anti-bakteria. Untuk penyelesaian atas keraguan ibu bapa, Carrie sebagai salah satu jenama premium penjagaan peribadi kanak-kanak telah memperkenalkan CARRIE BAC BUSTER Antibakteria Super Pembersih Badan dan AntiBakteria Super Pencuci Tangan yang dirumus khas untuk kanak-kanak.


CARRIE BAC BUSTER mendidik kanak-kanak cara untuk memerangi Bakteria berbahaya ini. Kanak-kanak selalu berimaginasi bahawa bakteria adalah raksasa jahat yang selalu mengancam kesihatan mereka.Penggunaan CARRIE BAC BUSTER memberi kuasa kepada mereka untuk mengambil peranan sebagai Captain BAC BUSTER dalam menyingkirkan raksasa jahat iaitu bakteria yang berbahaya.


Di pelancaran CARRIE BAC BUSTER, para media juga telah ditayangkan iklan komersial yang menceritakan tentang penentangan CAPTAIN BAC BUSTER dengan menggunakan kuasa BAC BUSTER terhadap bakteria dalam tiga versi bahasa iaitu Bahasa melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.


"Pada WIPRO UNZA kami sentiasa melakukan inovasi dan membangunkan produk yang sesuai dengan keperluan yang berkaitan ibu bapa hari ini. Melalui penyelidikan kami mendapati bahawa ibu bapa mahu anak-anak mereka untuk tidak hanya kekal bersih tetapi juga dilindungi dari bakteria yang berbahaya. Mereka juga mahu produk yang sesuai untuk kulit halus anak-anak mereka. Rangkaian baru produk Carrie BAC BUSTER anti-bakteria akan memberi ibu bapa jaminan bahawa anak-anak mereka akan terus dilindungi pada setiap masa dari bakteria berbahaya," kata Encik Sriram Krishnamurthy Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd


CARRIE BAC BUSTER dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas.Sebagai sebuah jenama yang prihatin tentang kebersihan kanak-kanak, Carrie melancarkan rangkaian baru demi untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan sentiasa sihat.


Sabun Pembersih CARRIE BAC BUSTER ini didatangkan dalam pembungkusan botol yang sangat menarik dan menyerupai kapal angkasa Super Hero.Ianya boleh didapati dengan 2 perisa buah-buahan yang wangi dan segar iaitu Smashing Strawberry dan Blusting Blueberry.

Smashing Strawberry
Blusting Blueberry


CARRIE BAC BUSTER Antibakteria Super pembersih badan dijual pada harga RM 4.45 SM / RM 4.65 SS untuk 90gm , RM 10.20 SM / RM 10.70 SS untuk 280gm dan RM 22.55 SM / RM 23.70 SS untuk 700gm. Manakala untuk CARRIE BAC BUSTER antibakteria pencuci tangan pulak ianya dijual dengan harga RM 8.15 SM / RM 8.55 SS untuk 250gm.Harga yang dinyatakan dah termasuk gst tau. So, korang boleh dapatkan produk ini di Pasaraya Besar, Pasar Mini atau kedai-kedai runcit yang berhampiran.

Sebab kat umah aku takde kanak-kanak, aku la tukang pakai.. Best o.. bau sweet jer.. Rasa cam kanak-kanak plak.. hihihi...


1 comment: