December 2014 - Blog Eyzamiel

31.12.14

"Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com"

Wednesday, December 31, 2014 5
"Giveaway 2014 Bersama MyStoryMory.com"

Jom ramai2 join GA yang Uni anjurkan ni... sama-sama support geng blogger.. Masih ada masa lagi nak join.. Follow jer syarat2 yang diberi.. mudah kan?

P/s: aku kalau menang dan diberi pilihan hadiah.. mesti rambang mata tak tau pilih yang mana sebab semua hadiah best.. dan kalau kena pilih jugak.. aku nak SuperRich Puteri Vanilla la.. hihihi..


Hari Terakhir GA

Wednesday, December 31, 2014 0
Hari Terakhir GA

Hari ni adalah hari terakhir untuk join GA BB CREAM SeqyBeauty.. Tepat pkl 11.59 malam.. GA akan tamat yer.. InsyaAllah, hari Jumaat nnt eyza umumkan pemenang.. Masih ada masa lagi nak join.. cepat..cepat..cepat..

30.12.14

Hari Terakhir Di Langkawi

Tuesday, December 30, 2014 6
Hari Terakhir Di Langkawi
Ok.. hari ni aku nak habiskan cerita tentang Percutian Langkawi.. Sori sangat-sangat kalau ada yang boring sebab lambat sangat habisnya.. :)

Malam sebelum tu kan Mama n Elly ada konflik nak susun barang.. klik sini..  So, aku ngan Sha ingatkan esoknya dah xde apa la yang Mama nak beli.. Lepas jer Subuh, aku bantai tido balik sebab flight aku n Sha pukul 11.25 pagi.. Flight mama ngan Elli pukul 2.30 petang.. kami target nak golek2 dulu kat bilik sampai pukul 9.. pastu baru siap n gi makan sebelum gi Airport... Tapi... dalam pukul 8 pagi, Elly call.. mama nak ajak pergi balik ke Makam Mahsuri sebab masih ada benda yang Mama nak beli.. Ha? Adoi.. nak tak nak aku pun bangun la bersiap.. sebab Elli tak tau jalan kalau nak pergi berdua je ngan Mama.. Erm.. x pe la.. demimu Mama...

Aku pun bawak la pergi Makam Mahsuri.. dah settle tu, mama nak ke Pekan Kuah plak, tapi yang ni aku tak berani.. ye la, pekan kuah tu boleh tahan gak jauhnya.. nak shopping lagi.. nnt x pasal2 aku n Sha terlepas flight.. kesian mama sebab x dapat beli periuk yang dia suka.. sori mama.. So, aku pun bawak la diaorang gi kedai makan dekat2 Airport jer.. senang.. makan dulu sebelum fly balik KL.

Lepas makan, call owner kereta sewa untuk pulangkan kereta n ambik deposit.Alhamdulillah, tunggu sekejap je dia dah sampai kat Airport. Settle semua. Masuk dalam Airport, mama dah risau sebab barang dia banyak. Nasib baik kat Airport ada penimbang, timbang la dulu. Ok la, bag mama ngan elli x sampai 60 kg. Nasib baik naik Mas, kalau naik AA macam aku ngan Sha, jenuh la nak bayar.


Bag aku (warna purple tu) pun, aku sumbat je selagi boleh asalkan tak kena bayar.. hahaha.. kata bajet...


Alhamdulillah, perjalanan dari Langkawi ke KL lancar jer.. Cuaca pun ok. Sampai KLIA2, ambik bas ke TBS sebab hubby tunggu kat situ.

Aku takde la shopping sakan pun. Berpada-pada sebab tau bawak bag kecik jer. hihihi... aku cuma beli :

Coklat
Nutella Ferrero.. teringin nak try sebab ramai sangat dok jual online..
Bole la.. ala, macam biskut cicah Nutella jer rasanya..
Kain batik untuk aku n mak dan tak lupa jugak kain pelikat untuk ayah n hubby...
Minyak Gamat untuk door gift kenduri rumah aku nnt.. :)

Tamat sudah cerita Cuti-cuti Langkawi aku. Ada rezeki nak pergi lagi nanti.. :)

Bajet :
Air Mineral ~ RM 2.00
Sarapan ~ RM 13.00 (aku belanja semua)
Jetbus ~ RM 9.00

Total : RM 24.00

*****************************************
Hari Pertama : RM 162.85
Hari Kedua (Beras Terbakar) : RM 152.00
Hari Kedua (Makam Mahsuri) : RM 10.30
Hari Kedua (Minyak Gamat & Jom Ikan Bakar) : RM 7.00
Hari Kedua (Cable Car) : RM 20.30
Hari Kedua (Laksa Power & Coklat) : RM 161.20
Hari Ketiga : RM 24.00

Total keseluruhan selama 3 hari 2 malam: RM 537.65

22.12.14

Pelancaran Koleksi Terbaru di KZ Nabihah Boutique Shah Alam

Monday, December 22, 2014 10
Pelancaran Koleksi Terbaru di KZ Nabihah Boutique Shah Alam
Lamanya tak update.. busy bebenau.. sampaikan blog agak terabai.. Alhamdulillah.. minggu ni dah boleh bernafas sikit.. dah back to normal... banyak cerita yang aku tak sempat nak cerita kat sini.. satu persatu yer aku update.. hihihi.. 

Bulan lepas.. aku dapat jemputan event untuk satu butik baju yang memang fames amos la dikalangan Plus Size macam aku ni... Butik KZ Nabihah... pernah dengar?.. mesti la pernah kan... aku pun pernah citer kat entry ni.. Semua jemputan kena pakai baju KZ Nabihah tau.. harus la kena cantik-cantik kan... aku pakai koleksi raya hari tu.. nasib baik xde yang pakai baju sama ngan aku.. :)

Aku dijemput bukan sebagai blogger... tapi sebagai customer... best.. kiranya ni event xclusif.. khas untuk pelanggan-pelanggan setia KZ Nabihah yamg ada membercard jer.. Event tu sempena pelancaran koleksi terbaru KZ Nabihah.. kiranya kitaorang antara orang terawal la yang dapat tengok koleksi ni.. i like!


Memandangkan event ni malam dan dibuat kat area Shah Alam.. aku tak berani nak drive sendiri sebab aku tak tau sangat jalan area sana.. Takut sesat barat jer karang.. Nasib baik la hubby bermurah hati nak hantar.. yeay.. TQ sayang.. hihihi..

nasib baik hubby tau area tu.. cuma kedai yang mana satu tu terpaksa la cari satu demi satu sampai la ternampak banner macam kat atas tu... Alhamdulillah.. jumpa... ramai yang dah sampai pun... Sampai jer, daftar.. dapat goodies bag.. pastu, masuk dalam.. bila masuk jer nampak Onie... Onie datang atas jemputan sebagai blogger.. kat situ jgk first time aku jumpa dengan Asyik.. best.. best.. ada geng.. xde la aku terkulat-kulat sorang2..


Dekorasi dalam kedai tu dah berubah.. jadi pentas runaway.. Cantik.. sejuk mata memandang.. ye la.. tema garden kan malam tu... mesti la kena ada bunga-bunga ala taman gitu...


Ramai customer yang dijemput sanggup datang dari jauh tau.. aku ingat aku jer jauh.. ada yang lagi jauh.. memang best la penangan KZ Nabihah.. ramai peminat.. sanggup datang sebab takut terlepas koleksi-koleksi yang best..


Pengacara malam tu dah semestinya la beauty blogger yang pemes tu.. Nanie.. ngan Nanie pun aku baru 1st time jumpa..selalu baca blog dia ajer..  happening n peramah orangnya.. xde la aku kekok walaupun baru jumpa.. Aku suka tgk Nanie.. dia confident.. Dia jadi MC pun best.. tak boring sebab dia pandai buat majlis jadi happening..



First sekali mesti la ada ucapan dari Pengasas kan.. Ni la Nabihah.. Muda lagi owner KZ Nabihah ni.. berjaya jadi usahawanita yang berjaya walaupun muda.. Nama KZ Nabihah tu adalah gabungan nama Nabihah, mak dan adiknya.. sebab tu la Nabihah boleh berjaya... sebab setiap kali orang menyebut nama kita.. itu merupakan satu doa.. 


Sebelum Fashion Show start.. kitaorang ada diberi soalan kuiz.. sape yang dapat jawab dapat bawak balik goodies bag yang memang best la..


Pelanggan yang kat atas ni tengah share pengalaman dia pakai baju KZ Nabihah.. dah banyak koleksi dia.. kalau x silap, akak ni dari Perlis.. Jauh kan.. tapi dia sanggup datang sebab nak borong Jubah banyak-banyak untuk pakai ke tempat kerja sebab jubah dari KZ Nabihah memang selesa sangat...


Yang ni pulak dari Nilai.. sanggup jugak datang sebab tak nak terlepas koleksi terbaru... Dah habis semua sesi tu.. sampai la ke show yang ditunggu-tunggu.. koleksi terbaru dari KZ Nabihah...





Aku tunjuk sebahgian je la yer.. kalau nak tengok lagi banyak.. boleh terjah ke website KZ Nabihah.. memang rambang mata dibuatnya.. Habis Fashion Show.. kami semua boleh membeli baju-baju di KZ Nabihah dengan harga yang memang murah dan ohsem... ramai yang memborong berlambak-lambak.. bukan selalu tau nak dapat harga yang boleh buat kita tak percaya ni...

Sebelum balik.. harus la bergambar dulu.. kalau tak.. tak best la kan...


dengan Nanie yang best dan sporting giler..


Aku , Mek Onie , Nanie dan Asyik.. 


Bersama owner butik KZ Nabihah..

Alhamdulillah.. event ni best sebab dapat tengok koleksi terbaru ngan dapat kenal kawan baru... So, korang.. apa tunggu lagi.. kalau buntu dan tak tahu nak beli baju kat mana.. Jom la terjah ke Butik KZ Nabihah.. memang berbaloi..


KZ Nabihah,
C-23-Ground Floor,
Jalan Serai Wangi L/16L,
Sec 16, Alam Avenue 2,
Shah alam.
(waze : puspakom padang jawa)

*****************************************************************
Dah makin ramai yang suka dengan BB Cream Seqy Beauty ni.. Blogger Pemes macam Jumie Samsudin pun dah try.. dia dah review kat blog dia.. Baca la yer.. :)


15.12.14

1st GA By Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty

Monday, December 15, 2014 69
1st GA By Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty

Hai korang.. Sempena Bulan December ni.. aku nak buat giveaway yang best.. Syaratnya mudah jer...

1. Tajuk GA : 1st GA by Eyzamiel : BB Cream Seqy Beauty
2. Follow Insta Shop aku : izz_zara_shoppe (jika ada insta)
3. Follow insta Aku : eyzamiel (jika ada insta)
4. Follow Blog Aku : http://eyzamiel.blogspot.com 
5. Letak Gambar BB Cream Seqy Beauty macam kat bawah ni.. tak kisah la korang ambik     gambar ni atau gambar kat google.. yang penting.. mesti gambar BB Cream Seqy Beauty.
6. Linkkan gambar tu dengan entry ni.



7. Buat entry ringkas tentang BB Cream Seqy Beauty.. Bole tengok blog-blog ini untuk rujukan :


dan jangan lupa masukkan data ni dalam entry :

Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak)
Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :)

Untuk pertanyaan / pembelian :
Whatsapp atau Mesej sahaja
013-3151382

Instagram : izz_zara_shoppe
email : eyzafarza@gmail.com


* cara nak copy : highlight, pastu tekan ctrl C, then tekan ctrl V kat post.

hadiahnya : 1 x BB Cream Seqy Beauty


5 x sample BB Cream Seqy Beauty (setiap seorang 1 sample)



Tarikh tutup giveaway ni pada 31 Disember 2014. Kalau sambutan menggalakkan, kemungkinan kita akan tambah hadiah.. 

* Dah settle semua task, jangan lupa tinggalkan link kat comment yer.. 

K, selamat Mencuba. Harap-harap GA ni akan mendapat sambutan.. Amin..
 
*update terkini : senarai peserta

1.   hhhbeautyhealthcollections.blogspot.com
2.   sayangyana.blogspot.com
3.   giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com
4.   pengemudamerahjambu.blogspot.com
5.   rim-yeanna.blogspot.com
6.   liazakiahcerdik.blogspot.com
7.   adna2029.blogspot.com
8.   blogummiaimy.blogspot.com
9.   lissadblog.blogspot.com
10. theonlygirl98.blogspot.com
11. mamadarwiish.blogspot.com
12. mama3farhanah.blogspot.com
13. hzinnirah.blogspot.com
14. mekzumbie.blogspot.com
15. sallyyatiey.blogspot.com
16. hajarashikin.blogspot.com
17. tihasyira.blogspot.com
18. akuvsdiashadhira.blogspot.com
19. syuhadasalleh.my
20. dramaticyang.blogspot.com
21. twinkleeestar.blogspot.com
22. mariafirdz.com
23. cekgunorazimah.com
24. narumihuda.blogspot.com
25. rasulidolaku.blogspot.com
26. jnjikita.blogspot.com
27. cowament.blogspot.com

*kalau ada nama sesiapa yang kita blom update tolong inform yer. Takut terlepas pandang.

14.12.14

Aku jual BB Cream Seqy Beauty!

Sunday, December 14, 2014 13
Aku jual BB Cream Seqy Beauty!
Sticky Post! Untuk entry berikutnya.. Sila scroll bawah yer.. Tq..

Alhamdulillah... Dengan ini.. aku nak umumkan yang aku dah pun jadi AGEN SAH UNTUK BB CREAM SEQY BEAUTY.. Yeay..

Korang pernah dengar tak tentang produk ni? Tak Pernah? Haish.. takkan la kut.. Ni produk Bumiputra kepunyaan Blogger terkenal SEPET.. Tapi takpe, Kalau korang belum tau.. Mai sini aku bagitau...


Fungsi dan Kelebihan BB Cream: 

* Sesuai untuk semua kulit
* Menutupi cela di muka
* Sebagai bedak asas
* Lebih ringan dari foundation
* Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
* Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah
   (SPF   30+) 
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari
* Berfungsi melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
* Melambatkan penuaan
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Ingredients 

* Aqua Cream
* Beeswax
* Cety Alcohol
* Octyl Methoxycinnamate
* Cyclopentasiloxane
* Dimenthicone
* Caprylic/Capric Triglyceride
* Propylene Glycol
* Titanium Dioxide
* Iron Oxides
* Sodium Chloride
* Phenoxyethano

Kalau ada yang macam takut.. macam was-was nak try.. jangan risau.. BB Cream Seqy Beauty telah disahkan selamat oleh KKM..



Untuk keterangan lanjut.. korang boleh terjah sendiri blog SEPET.

Kat bawah ni aku sertakan sekali antara testimonial orang yang dah guna...




Jangan tak tau, blogger Khatyjem tu pun guna BB Cream ni.. sebab tu la muka dia cantik.. Ramai yang panggil dia Shila Amzah tau.. Nak baca testimonial dia.. klik sini..

Kalau korang jenis yang bukan bermekap.. korang cuma apply BB Cream ni jer pun dah cukup.. dan kalau korang jenis mekap, BB Cream ni kira foundation la sebelum pakai bedak.. memang best.. kekal lama tau.. dari pagi sampai petang pun.. muka maintan cun jer...

Sebelum ni, aku dah pakai macam-macam jenama BB Cream .. dari jenama murah sampai la yang mahal...tapi tak best.. muka akan jadi berminyak dan melekit... Tapi, Lain tau dengan BB Cream Seqy Beauty ni.. Rasa macam xde tepek apa-apa kat muka.. ringan sangat.. yang bestnya.. muka nampak segar walaupun kita dah terperuk kat opis selama 8 jam.. Yang lagi best.. sebotol boleh tahan sebulan lebih hingga 2 bulan ikut cara penggunaan kita.. Ha.. best kan.. Jimat $$$ uolls..


Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak)
Postage RM 5.00
Sesiapa yang beli ngan aku... aku akan bagi Free Gift... dan kalau dia bagitau yang dia pembaca blog aku... aku up sikit hadiah yang lagi best... :)

Untuk pertanyaan / pembelian :
Whatsapp atau Mesej sahaja
013-3151382

Instagram : izz_zara_shoppe
email : eyzafarza@gmail.com

9.12.14

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi ~ Hari Kedua (Telaga Harbour, Laksa Power dan Haji Ismail Group)

Tuesday, December 09, 2014 2
Percutian Bajet ke Pulau Langkawi ~ Hari Kedua (Telaga Harbour, Laksa Power dan Haji Ismail Group)
Sekarang ni aku super duper busy... sebab aku kena buat 2 kerja.. kerja hakiki aku + kerja kawan aku sebab dia cuti kawen.. takpe la.. tolong menolong kan... :)

Lunch ni baru la aku sempat nak update... tu pun versi tercepat dan terpantas... hihihi...

Ok, berbalik pada cerita kat Langkawi.. Habis jer selesai kat Cable Car kami pun terus nak gerak ke Airport.. nak makan Laksa .. tapi sebelum tu, kami singgah dulu kat Telaga Harbour.. ala.. tempat yang banyak kapal layar mewah tu...



Singgah kejap jer untuk bergambar.. lagipun dah petang sangat.. takde orang pun kat situ... dapat la tengok kapal-kapal layar yang cantik dan mewah tu....


Mama yang sporting.. macam-macam aksi yang dia buat...

Dah selesai bergambar lebih kurang.. kami terus gerak ke Airport untuk makan laksa.... disebabkan masa tu dah lewat.. dah gelap.. kami singgah je la kedai yang masih bukak.. kedai yang kami singgah adalah kedai Laksa Power... banyak jugak orang dok review pasal Laksa ni.. tapi.. pendapat aku la kan.. Laksa Power ni agak tak berapa sedap kat tekak aku.. aku tak tau la tekak orang lain.. tapi, aku maybe takkan gi dah kut... 


Cuma kat sini, suasananya memang best.. kita boleh makan sambil menikmati sunset... tenang jer... tapi, banyak nyamuk...hihihi..


Pastu, baru kami gerak ke Pekan Kuah... yang bestnya.. disebabkan dah gelap.. kami dah tersesat jalan.. dari Airport ke Pekan Kuah.. kami ambik masa sampai sejam baru sampai..hahaha.. buang masa betul..

Kami sampai kat Kedai Haji Ismail Group pukul 8.40 camtu... aku shopping ala kadar jer.. ye la.. kata budget kan.. terpaksa la beli apa yang aku teringin makan je la... yang lain2 tutup mata jer... lain kali je la beli..


First time aku beli coklat Whittaker's ni.. membe aku yang suggest.. memang sedap... almond penuh dalam tu.. asal gigit jer dapat Almond... puas hati sangat..


Kawan-kawan aku shopping macam-macam.. Mama siap shopping set pinggan.. aku cuma beli ni jer... tu pun jenuh nak fikir macam mana nak bawak balik... Maklumla, x beli kargo untuk simpan bag.. :)


Murah je bil aku.. ni kalau mak aku ni maunya 3,4 ratus habis bila kat HIG ni.. aku kan versi jimat.. hihihi...

Masa kat HIG, kami semua siap beli bag lagi... ala, bag macam bag thailand tu.. sebab dah x muat bag nak bawak balik esok.. nak beli bag tarik, bajet dah lari... bag siam pun bag siam la...


Masa shopping semua tak ingat dunia.. tapi, bila dah susun dalam bonet keta.. semua pening kepala.. sebab bonet dah penuh.. tu belum masuk dengan bag baju esok lagi... mana nak campak ni... huhuhu..

Semua dah penat... singgah pantai cenang.. beli burger jer.. itu je la dinner kami malam tu....


sampai jer hotel.. semua dah pening kepala.. dah tak cukup tangan nak bawak naik bilik.. merempong-rempong la semua bawak naik tangga tingkat 4.. dah la takde lift.. adoi.. seksa gak la.. masa beli tak beringat....

sampai jer bilik.. rasa lega sangat.. bila dihimpunkan.. MasyaAllah... banyaknya barang... Malam tu Elli ngan mama dah pening.. macam mana nak bawak balik esoknya.. lambat jugak la diaorang tido.. aku ngan Sha dah selamat lena dibuai mimpi.. diaorang tak habis lagi dok susun..

Nasib baik, bag aku muat letak barang2 yang aku beli.. cuma coklat jer aku pegang kat tangan untuk naik flight esoknya...

K, sampai sini dulu.. nnt aku citer 1 kerja giler yang kami buat esoknya.. hihihi...

Bajet :
Laksa Power ~ RM 22.00 ( aku belanja semua )
Beli Coklat kat HIG ~ RM 133.30
Beli bag plastik siam ~ RM 5.90
Burger ~ Free (Sha blanja)

Total : RM 161.20