~Bila nak ada anak ni?
~Sampai bila nak hidup berdua?
~Tak rasa rugi ke tak ada anak?
~Umur dah makin meningkat, anak tak ada lagi...
~Sayang ko tak ada anak, kalau tak bole join kitaorang pergi ekspo baby....
~La... tak ada anak lagi? dah lama kan kawen? kawan ko xxx tu dah berderet anak dia..ko kawen dulu kan sebelum dia?
Korang tak rasa sakit hati ke kalau dengar soalan macam ni?... tambah2 kalau time tu tengah kenduri kendara.. ramai orang.. dari orang tak tahu.. sampai tahu.. pastu, mula la ada yang mencelah... Kkdg diaorang hanya pandai bertanya jer... penyelesaian xde... menyakitkan hati jer....
Ada ke orang yang kawen x nak anak?... bohong la kalau kata tak nak.. walaupun mula2 x nak..lama-lama nnt mesti perasaan nak jadi ibubapa tu akan ada jugak kan? kalau orang kata aku tak berusaha... dia tahu ke apa yang aku buat? aku tak pernah cerita treatment aku kat sini... sebab? aku tak nak terlampau fikir soal ni... tapi... orang yang tak tahu.. main tuduh jer.. kata kami suami isteri ni tak berusaha... apa yang aku tak buat? aku pernah sampai tahap cucuk perut sendiri dengan ubat kesuburan.. tapi, xkan aku nak cerita semuanya tu pada org2 yang TERLALU AMBIL BERAT.. kang kata aku mintak simpati pulak.... susah kan nak puaskan hati orang?... kalau aku tak de anak, hati diaorang tu sakit sangat agaknya kut..... Ye la.. diaorang tak dapat pergi bercuti berdua @ bercuti bujang ngan kawan2 sebab xde orang jaga anak... Agaknya la kut kan?
Walau apapun, aku respek dengan kawan2 aku yang faham.... yang bagi kata-kata semangat.. yang suggest suruh aku try produk2 kesuburan... yang tak pernah bertanya tentang anak kat aku sebab takut aku kecil hati... yang pinjamkan anak diaorang untuk aku jadikan anak angkat dan teman untuk aku lepaskan rindu untuk ada anak sendiri..... Aku juga rasa bersyukur sangat sebab ada keluarga yang faham... yang tak pernah bertanya... yang tak mendesak... dan Alhamdulillah sebab aku dapat suami yang sangat..sangat...sangat.... memahami dan menyayangi aku sama seperti 12 tahun dulu (waktu kami mula-mula bercinta).. dan sampai saat ini kami masih dalam mood bercinta... Hubby bukan setakat My Soulmate.. tapi dia juga teman dan pendengar yang setia.. dia juga selalu bagi bahu dia utk aku bersandar dan menangis bila ada mulut2 yang mengata aku..
Ya Allah.. Aku bersyukur dengan kurniaanmu... Aku bersukur kerana menganugerahkan aku keluarga, Family In Law dan Hubby yang paling memahami dalam hidup aku... Aku Bersyukur Ya Allah...
Nak jugak letak gambar berdua macam Neenaanuar... hahaha.. |
pagi2 dh wat kita touching...be strong k.ieza @ along :)
ReplyDeleteTQ.. i yg tulih ni pun taouching gak tau... :)
ReplyDeletemmm....saya pernah melalui situasi seperti ni dulu. apa yang boleh saya katakan, SABAR adalah satu-satunya perisai kita.
ReplyDeleteSelagi masih berdua ni, eyza buatlah aktiviti yang sukar/jarang/tak dapat dilakukan oleh orang yang ada anak. contoh macam, pergi bercuti serata malaysia ke (kalau orang yang ada anak kecik/anak sekolah, kan terbatas sikit nak buat semua tu kan). takpun beli aset. beli rumah sendiri pastu beli rumah2 untuk dijadikan pasif income (Sebagai rumah sewa), saving banyak2, buat pelaburan, pergi umrah etc.
di samping itu juga, teruskan berikhtiar untuk dapatkan anak. jgn jemu berusaha.
untuk orang yang "terlalu ambil berat" tu, ala abaikan je diorang tu. kita ada life masing2 so takyah nak sibuk life orang lain. kan. kan kan.. :)
sabar eyza.. xde rezeki anak, rezeki kot lain kannn...... ida pun same ngan eyza.. meroyan kadang2 tapi bile spoke gn TTC jadik semangat balikk hehehehehhe
ReplyDeletepengalaman akan mematangkan kita...semoga Allah memudahkan segala perancangan akak yer.
ReplyDeleteSedih bila dengar ade kwn2 yang mengandung. Kdg2 perasaan bercampur2. Happy ada ada sedikit perasaan cemburu. Ya Allah kuatkan la hati
ReplyDeleteSalam... Tabahkan hati ya... Saya faham sangat2... Sabarlah... Allah bersama orang yang sabar... InsyaAllah...
ReplyDelete