Selamat Tahun Baru 2018!
Ramai kawan-kawan tertanya-tanya kenapa Eyza dah lama tak update blog. Diaorang nak tahu perkembangan kandungan Eyza. Maklumlah 10 tahun tunggu. Bukan Eyza je happy, kawan-kawan yang tahu pun excited.
Mungkin ada yang dah tahu, dan ada yang belum tahu. Sebenarnya Allah lebih sayangkan baby Eyza. Allah hanya pinjamkan selama 12 minggu je dalam perut ni. Sedih? Allahhuakbar.. hanya Allah je tahu perasaan Eyza masa tu. Setiap masa hanya menangis je sebab Eyza dah menanti selama 10 tahun. Kawan-kawan yang kahwin sama tahun, anak-anak diaorang semua dah masuk darjah 5 tahun ni. Sedih macam mana pun, itu yang Allah takdirkan untuk kami suami isteri. Alhamdulillah.. sekarang ni Eyza dah boleh terima dan Redha atas ujian Allah. Sekurang-kurangnya Eyza tahu yang Eyza boleh mengandung cuma rezeki melahirkam tu belum sampai lagi.
Macam mana boleh gugur? Ni la soalan yang paling banyak Eyza dapat dari kawan dan saudara mara yang tahu Eyza keguguran. Masa mula-mula, asal orang tanya je sambil taip whatsapp bagitau sambil menangis. Hampir semua yang Eyza bgtau Eyza akan menangis sampailah Eyza buat status dekat FB supaya tak ada lagi yang akan bertanya. Kalau ada yang tanya pun Eyza diam je sebab Eyza dalam proses nak rawat hati sendiri dulu.Nasib baik la Husband dan family banyak bagi sokongan kat Eyza.
Kronologi keguguran :
6 Disember 2017 - Eyza nyaris nak eksiden pagi tu dan rasa perut macam tak selesa. Malamnya terus Eyza ke Klinik Az Zaara kat Ampang untuk scan. Masa tu Eyza risau sebenarnya sebab simptom2 pregnant macam dah hilang. Eyza dah tak muntah waktu pagi. Tapi Eyza sedapkan hati maybe Morning Sickness Eyza sekejap je.Masa nak scan tu Eyza berdebar sangat. Bila Sonografer scan je, dia kata baby duduk dalam kantung cuma heartbeat x nampak. Eyza dah cuak. Patutnya masa ni dah 11 minggu. Mustahil x nampak. Bila ukur pun dia kata kandungan kecik macam 8 minggu je. Eyza dah menangis teruk dah masa ni. Husband dok tenangkan Eyza tapi Eyza memang tak boleh kawal perasaan. Terus Eyza nak jumpa Doktor. Bila dah jumpa Doktor dia pulak bagi gambaran yang memang baby tak dapat diselamatkan. Siap dia bg contoh Dato Siti lagi yang still boleh mengandung walau pernah gugur. Eyza rasa tak dengar apa yang Doktor dok bebel. Eyza just nangis tanpa henti depan Doktor tu.
10 Disember 2017 - Start bleeding tapi sikit je. Bila google ramai yang cakap bleeding sikit tu biasa. Eyza pun buat tak tahu je. Masih cuba sedapkan hati yang tak ada apa-apa.
11 Disember 2017 - Dah 12 Minggu. Masa ni Eyza ada appoinment dekat HUKM untuk check up pregnancy.Dalam hati ni hanya Allah yang tahu betapa risaunya Eyza.Eyza tak bagi hubby ikut pegi check up sbb Eyza kalau nampak dia nanti akan nangis. Eyza suruh hubby tggu dalam kereta je. So.. Eyza cekalkan hati Eyza pergi sorang. Masa ni Eyza dah bersedia dengan segala kemungkinan. Bila scan, sonografer beritahu yang baby Eyza tak grow Eyza senyum je. Cuba Redha. Masa jumpa Doktor, lembut je Doktor tu bagitahu. Airmata terus je mengalir. Tapi tak la sebanyak dan sekuat masa kat klinik Az Zaara tu... Habis tu call hubby, masuk je dalam keta terus menangis teruk padahal sebelum tu ingat mampu tak nangis.
Doktor bagi 3 pilihan:
Pilihan Pertama : Dia akan bagi 2 minggu untuk janin keluar sendiri, kalau tak keluar jugak dia suruh proceed option kedua.
Pilihan kedua : Masuk ubat. Ubat ni kena beli kat Private Wing HUKM dan masukkan 3 kali. Kalau tak silap yang ni kena admit wad.
Pilihan ketiga : Cuci atau lebih dikenali dengan D&C. Doktor tak suggest buat yang ni sebab katanya sebab badan Eyza besar takut ada yang luka masa cuci tu sebab diaorang masukkan alat tapi tak nampak keadaan kat dalam.
Apa pilihan Eyza? Setiap malam Eyza doa supaya baby keluar sendiri sebab Eyza takut kalau cuci.
Alhamdulillah.. Allah perkenankan doa Eyza.
14 Disember 2017 - Eyza dah start sakit sikit-sikit masa dekat opis. Tapi Eyza bertahan je. Malamnya makin kuat. Dalam pukul 9 malam.. Darah makin banyak.. Sakit yang teramat sangat.. Lagi sakit dari senggugut. Rasa perut ni macam kena carik. Eyza hanya mampu istigfar dan mengucap sebab terlampau sakit.
Eyza asyik ulang alik ke toilet. Darah keluar ketul sikit-sikit macam period. Pukul 10 lebih, Eyza rasa nak buang air besar. Duduk je kat toilet, Eyza dapat rasa ada ketulan darah yang besar keluar. Dalam mangkuk toilet dah penuh darah. Tak nampak apa langsung yang ada hanya warna merah. Eyza pun tak sangka yang janin dah keluar masa ni sebab ingat ketul darah macam sebelum ni, Eyza pun terus pam toilet.Lepas tu perut rasa kurang sakit tapi darah makin banyak tak henti-henti sampaikan kain batik Eyza pakai lencun.
Hubby paksa gi HUKM sebab tengok muka Eyza dah pucat. Dengan kain batik je Eyza gi hospital. Pergi Emergency O&G HUKM, masa daftar tu kain dah lencun dengan darah sampaikan nurse suruh tukar kain hospital. Masa Doktor scan, dia kata dah kosong. Janin dah keluar sendiri. Ya Allah, masa tu baru Eyza teringat ketulan besar yang Eyza rasa keluar tu rupanya janin. Sampai sekarang Eyza menyesal sebab pam tanpa tengok baby sendiri. Maafkan IBU sayang.
Sebab rahim dah kosong, Doktor tak bagi ubat atau suntik apa-apa pun. Eyza tak kena admit wad dan dapat mc seminggu sebab tak cuci. Kalau cuci MC 2 minggu.. Dapat MC sampai 20 Disember, Eyza ambik cuti rehat sampai hujung tahun. Tak mampu nak masuk opis lagi. Takut ramai yang tanya Eyza akan lagi sedih..Nasib baik bos memahami. Tq Bos.
Esok Eyza akan kerja balik. Harap tahun 2018 ni akan bagi Eyza semangat baru dan baby baru. Mudah-mudahan Eyza kuat. Buat semua kawan-kawan TTC, Moga tahun 2018 ni akan lebih bersinar untuk kita dan Moga kita semua akan dapat Baby 2018.
Amin..
Semoga Allah SWT berikan rezeki lebih buat Eyza. Semua ini dugaan Allah SWT untuk umatNYA.. Doa Liez untuk Eyza semoga Eyza dan suami kuat hadapi dugaan..
ReplyDeleteAmin.. Tq Liez..
DeleteInsyaallah Eyza..Moga 2018 ada rezeki baby untuk geng TTC macam kita ni..Aamiin..Positif Eyza, kurang2 eyza tahu boleh pregnant..Kalau kat tempat saya lagi la huhu, tak pernah lekat langsung..Tapi malas nak fikir sgt walaupun dalam hati Allah je yang tahu..Jarang update kat blog pasal cerita TTC ni sbb tak nak stresskan diri sendiri...
ReplyDeleteAmin.. Moga ada rezeki baby 2018 untuk kita... Eyza pun sblm ni mmg x tulis pun psl ttc kt blog ni.. Dulu eyza ada blog khas utk ttc tapi dh kena hack.. Sabo je la..
DeleteSalam Eyza, tabahkan hati ye?Yani baca entri Eyza pun Yani terkedu, tak tahulah boleh setabah Euza ke tidak kalau berdepan dengan situasi ini...semoga Allah SWT berikan kesembuhan pada Eyza dan moga ada rezeki zuriat muncul tidak lama lagi. Jaga kesihatan Eyza....tenangkan hati dan lapangkan fikiran sementara waktu ni. Jangan banyak fikir yang negatif...
ReplyDeleteW'salam Yani.. Tq.. Mudah2an Eyza dapat rs jadi ibu nnt Macam Yani. Jaga kandungan ye Yani.. X sabar nk tgk si comel tu nnt..
DeleteTake care Eyza.. Smoga ada rezeki lps ni
ReplyDeleteAmin.. Tq Mama Tisya..
DeleteBe strong kak..nad doakan akk akan dapat zuriat nanti
ReplyDeleteTq Nad.. Amin..
DeleteIngat satu je - Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya. So, Dia lebih tahu yg Eyza mampu hadapi.
ReplyDeleteTabah n sabar.
Everything will be fine.
InsyaAllah :)
Tq Kekda.. InsyaAllah Eyza Kuat hadapi dugaan Allah ni. Doakan Eyza ada rezeki LG 2018 ni
DeleteYa Allah, kuatkan kak eyza =)...InshaAllah ade rezeki lain nanti... ^____^
ReplyDeleteAmin.. InsyaAllah Kak Yong kuat..
DeleteSemoga Eyza kuat semangat ya.. Allah lebih sayangkan baby Eyza.. InsyaAllah tahun baru ni Eyza akn bina hidup baru, semangat baru and baby baru.. (^_^)
ReplyDeleteTq awak.. InsyaAllah. Amin..
DeleteAllahu...masa Sally msg akk pun Sally rasa bersalah sangat sebab tanya..hopefully ada rezeki lain utk akk dan abg Jamil..semoga dipermudahkan segala urusan akak :)
ReplyDeleteTakpe Sally.. Takde rezeki kali ni.. Doakan ada rezeki lagi lepas ni.. Amin..
DeleteTakziah kak..semoga tabah menghadapi dugaan Allah,dan mendapat sinar pada tahun ni.
ReplyDeleteAmin...mudah2an ada rezeki lagi untuk baby 2018. ;)
DeleteInsyallah,Allah akan beri lagi Eyza,yang penting kita kena usaha,akak mse 1st preggy pun gugur 12 minggu.Masa tu mmg tak rasa pun bby dah takde..Cuma instinct kuat mengatakan baby takde malam tu,esoknya ajak husband pi klinik untuk scan dan doktor sahkan memang kantung tu dah tak cantik,bby betul² dah ada kat bawah.So terus pi Hospital..
ReplyDeleteInsyallah..akak doakan moga semuanya dipermudahkan
Amin.. doakan Eyza ada rezeki lagi ye kak. Harap2 ada rezeki baby 2018. ;)
DeleteSorry to hear this.. Moga ada rezeki kita untuk preggy tahun ni.. :)
ReplyDelete