Eyza ni memang sejenis suka masak dari beli kat luar. Tapi kekadang tu beli la jugak bila dah jemu makan masakan sendiri. Walaupun Eyza berdua je dengan Husband, balik kerja je mesti masak. Simple-simple pun jadi la. Perut kami berdua je pun yang nak makan. Kekadang satu lauk pun dah cukup.
Selalu Eyza akan beli barang dapur untuk stok sebulan terus kecuali barang basah je Eyza akan beli 2 minggu sekali. Tiap-tiap kali nak beli barang basah mesti pening nak beli kat mana sebab mana-mana pun harga memang rasa nak menangis rasanya. Kekadang, beli sikit-sikit pun dah dekat 200 ringgit. Mau tak parah.
Tapi tu dulu la. Sekarang Eyza dah tahu port untuk beli barangan basah yang murah. Ha.. sebab Eyza dah tau so Eyza kena share la ngan korang sekali. Tak nak la jimat sorang-sorang je.
Port jimat tu ialah dekat Segi Fresh Market.. Serius Eyza cakap, dah lama giler Eyza tak jejak pasar borong. Bukan sebab apa, sebab malas nak bersesak dengan orang dan malas bangun awal sangat untuk ke pasar borong.
Segi Fresh ni ala-ala pasar borong jugak la sebab harga yang ditawarkan standard harga pasar borong. Silap2 kat sini murah lagi. Lepas dah tahu je kat Segi Fresh ni murah, lagi la Eyza tak jejak dah ke Pasar Borong. Beli kat sini je senang.
Nak pegi pagi, petang atau malam semua boleh. Tapi kalau malam tu jangan la sampai lepas pukul 11 malam pulak. Memang tutup la jawabnya.
Eyza ni sejenis suka beli ikan. Terpaling suka ikan mabong dengan ikan kembung. Goreng makan dengan Nasi Panas-panas, picit cili api dengan kicap pun dah boleh buat makan bertambah.
Ikan kembung sekilo RM 7.90 dan Ikan Mabong sekilo RM 13.90. Allah.. Murah sangat ni. Terus Eyza borang 2kg setiap jenis.
Tambah-tambah Bulan Ramadhan dah nak dekat ni. Memang wajib la ada stok barang basah kat rumah ni. Nak masak untuk Sahur dan berbuka pun senang.
Kalau datang Segi Fresh ni mesti rambang mata. Rasa nak borong je semua. Eyza pergi baru ni, Eyza banyak memborong Udang. Fresh udang dia. Bukan Eyza je yang borong, kawan-kawan lain pun berebut nak ambik udang. 2 kg terus Eyza ambik. Boleh masak banyak kali. Puas hati la.
Daging dengan ayam pun ada kat sini. Eyza tak beli ayam kali ni sebab ada lagi kat rumah. Tapi Eyza memborong Lamb. Bayangkan Eyza ambik Lamb Chop 6 keping besar-besar. Berbaloi la. Isi pun banyak. Puas makan.
Telur, Sayur, buah pun murah kat sini. Sebab tu la Eyza kata, kalau datang sini boleh penuh satu troli.
Selain barang basah, barang-barang keperluan rumah yang lain pun ada. Kiranya, korang tak perlu pergi dua tempat untuk beli barang dapur. Semua ada dekat Segi Fresh ni.
Eyza hari tu nasib baik datang sorang je, malas nak borong sangat. Kalau datang ngan husband, silap-silap Eyza pun memborong penuh troli.
Eyza just beli Ikan Merah seekor, Udang 2kg, Ikan Kembung 2 kg, Ikan Mabung 2 kg, Lamb Chop 6 slice, Ikan Tenggiri sebesar tapak tangan 3 slice, Sayur-sayuran dan air. Cuba teka berapa total Eyza bayar. Lebih kurang dalam RM 150 je tau. Berbaloi sangat untuk stok 2-3 minggu ni.
Tentang Segi Fresh
Segi Fresh ni adalah dibawah Segi Group iaitu kedai runcit rantaian yang telah ditubuhkan selama lebih dari 20 tahun dalam pemborongan, peruncitan, perdagangan, logistik dan pelaburan hartanah.
Dengan falsafah perniagaan dan konsep inovatif baru digabungkan dengan ciri-ciri tradisional "pasar segar", SEGIFRESH telah menjadi perintis dalam industri ini dengan memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang baru untuk peniaga dan pelanggan. Sebagai pakar dalam perniagaan runcit/borong, SEGIFRESH adalah 'Pusat Pengedaran' yang menjanjikan barangan SEGAR dengan HARGA yang kompetitif, KEMUDAHAN membeli-belah untuk memenuhi keperluan pelanggan, dan PERKHIDMATAN yang terbaik..
Nilai-nilai Teras SEGI:
1. Segar
2. Pelbagai Pilihan
3. Harga
4. Kemudahan
5. perkhidmatan
2. Pelbagai Pilihan
3. Harga
4. Kemudahan
5. perkhidmatan
MISI SEGI:
- Synergy dalam kerja pasukan
- Kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan and kualiti
- Berkembangan dalam pembangunan peribadi & keusahawanan
- Integriti dalam semua keputusan
- Synergy dalam kerja pasukan
- Kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan and kualiti
- Berkembangan dalam pembangunan peribadi & keusahawanan
- Integriti dalam semua keputusan
Eyza memang syorkan golongan peniaga datang beli kat sini sebab kalau beli borong lagi murah. Dah la murah, bertambah-tambah murah.
Bulan Ramadhan pun dah tak lama dah, so boleh la beli barangan segar dengan harga murah dekat Segi Fresh ni. Bukan saja surirumah yang suka, peniaga-peniaga pun mesti suka membeli belah barangan segar kat sini.
Dengan 32 cawangan yang ada, Segi Fresh memang pilihan ramai orang.
Nak tahu maklumat lanjut dan cawangan terdekat? Boleh layari web, ig dan fb seperti dibawah:
Web : http://segifresh.com
Untuk pembelian online boleh layari : http://segifresh2u.com
wah..wah..wah...shopping banyak ke tuu
ReplyDelete