Eyza tak pernah sekali pun turun join aktivi KL Pagi Bebas Kenderaan dekat Dataran DBKL / Merdeka. Kebetulan awal bulan hari tu, KKM anjurkan "BIG WALK" dekat Dataran. Sebagai warga kerja KKM wajib la sokong kan.
Gigih tau Eyza paksa Hubby join sekali. Nasib baik la dia nak. Malam sebelum "Big Walk" tu dah la dua-dua layan movie sampai pukul 3 pagi. Bangun pagi mata lebam dua-dua. Hihihi.
Kami pergi naik LRT je. Turun kat Stesyen Bandaraya. Masa sampai tu, orang dah start jalan. Kami terus je la masuk dalam orang ramai-ramai tu.
Kami start dari Dataran DBKL, lalu Jalan Sultan Ismail dan pusing balik melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lepas tu berkumpul balik dekat Dataran DBKL.
Happy betul bila dah sampai. 3 KM je kan. Tak rasa penat pun.
Yang bestnya bila join program macam ni ialah bila kita dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama kita tak jumpa.Aku sempat la jumpa kawan-kawan masa sama-sama kerja kat Hospital Ampang. Sekarang ni masing-masing dah tukar tempat kerja. Tapi still dekat KL. Cuma jaranggg sangat nak jumpa.
Lepas ni aku ngan hubby ingat nak join lagi la. Best pulak aktiviti macam ni bila hujung minggu. Kalau duduk kat rumah pun tido je kan. Hihihi.
No comments:
Post a Comment