Hai Uolls!
Eyza ni orang Kampung tapi seumur hidup tak pernah lagi rasa pengalaman naik bot sambil tangkap ketam dan melawat tempat penternakan Kupang.
Nasib baik la Eyza join FAM Trip Kembara Johor 2017 ni. Dapat la Eyza merasa semua pengalaman best yang tak pernah Eyza rasa sebelum ni dekat Kampung Sungai Melayu, Johor ni.
Kami sampai lebih kurang pukul 12 tghr. Kedatangan kami disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar. Dah macam kenduri kawen dah.
Apa yang lagi rare ialah penduduk kampung yang main kompang tu la yang akan bawak bot kitaorang menyusur sungai tu nanti. Memang serba boleh betul.
Sebelum kami naik bot, kami diberi 'life jacket' serta taklimat macam mana nak tangkap ketam. Teruja uolls. First time kan.. Hihihi..
Jujur Eyza cakap, ni la pertama kali Eyza tau pasal Kampung Sungai Melayu ni. Tapi, kalau korang rajin google, rupanya kampung ni agak famous sebab ada banyak aktiviti dan pakej menarik yang disediakan untuk pelancong.
Sedikit Sejarah tentang Kampung Sungai Melayu ni.
Kampung Sungai Melayu terletak di hujung selatan negeri Johor di Malaysia berhampiran Johor Bahru dan Singapura. Kampung ini dibuka lebih daripada 100 tahun yang lalu.
Penduduk kampung ini keseluruhan berbangsa Melayu dan kebanyakannya nelayan tradisional. Kampung ini terkenal dengan tangkapan makanan laut segar seperti ikan siakap, ikan sembilang, udang, ketam dan ternakan kupang.
Selain itu, hutan bakau yang mengelilingi hampir 75% dari kampung itu merupakan salah satu tempat persinggahan bagi burung migrasi dari Siberia pada bulan Ogos hingga April setiap tahun.
Kampung ini juga digunakan oleh tentera Jepun sebagai salah satu laluan untuk menyerang Singapura semasa Perang Dunia Kedua.
Ha... baru la Eyza tau rupanya Kampung ni ada sejarahnya yang tersendiri ketika Zaman Jepun dulu.
Kami pun dah tak sabar nak explore Sungai Melayu ni.
Titi ni tak boleh naik ramai-ramai bagi memastikan balance dan senang nak berjalan atas tu.
Mula-mula kami naik satu bot berempat, tapi lepas tu kena tukar berdua je satu bot.Maybe sebab Eyza berat sangat kut. Hahaha.
Seronok naik bot ramai-ramai macam ni. Dah boleh buat lumba bot.
Dengan pemandangan kiri kanan yang cantik. Nampak hutan paya bakau dan bangunan pencakar langit yang menjadi santapan mata kami.
Mula-mula kami pilih lokasi dan turunkan tempat menangkap ketam. Tinggal je kat situ, kami pun menyusur sungai dan berhenti dekat tempat penternakan Kupang.
First time Eyza naik kat tempat penternakan Kupang ni. Sekarang ni dah moden, takde lagi dah sangkar yang dibuat dari kayu. Kalau sangkar kayu memang tak boleh naik la.
Dekat tempat kupang ni, Encik Pandak Ahmad terangkan satu rahsia yang selama ni Eyza tak tahu pun.
Nak tau tak rahsia apa? Ha.. kalau uolls terer, yang mana kupang jantan dan yang mana kupang betina?
Rupa-rupanya yang isi oren tu betina. Selama ni tahu makan je. Tak terfikir nak cari mana jantan mana betina. Hahahah.
Selesai kami kat tempat kupang, kami dibawa pula ke Rumah Rakit. Kat sini kita boleh sewa untuk memancing selama Sehari ataupun bermalam kat sini.
Wah.. mesti menarik kan kalau berpeluang bermalam atas rumah rakit ni.
Selesai dekat rumah rakit, kami pun kembali ke tempat kami turunkan alat menangkap ketam tu.Agak-agak kami dapat tangkap ketam x?
Hahaha...of coz la tak kan.. Tapi takpe, semua ni pengalaman untuk kami.
Dah penat tangkap ketam, kami pun kembali ke Jeti. Sampai je kat sini, perut dah mula berbunyi mintak diisi. Tapi jangan risau sebab kat sini ada Restoran yang pakar dalam menghidangkan Asam Pedas dan Kupang.
Klik Sini: Makan Asam Pedas di Kampung Sungai Melayu
Alhamdulillah.. kenyang betul kami makan tengahari tu.
Dah kenyang, kami pun nak bergerak ke destinasi seterusnya pulak. Nak tau ke mana? Tunggu!!
Tapi sebelum tu, jom kita tengok apa aktiviti dan pakej yang ditawarkan kat sini.
Aktiviti / Tarikan
-Boat Tour -Tradisional Game
-Bird Watching -Seafood
-Crab Catching -Local Products
-Mussel Farm -Fisherman Lifestyle
-Malay Tradisional Lifestyle
Pakej
Pakej 1:Boat Tour Package (RM 35.00 per person)
-Mangrove River Cruise
-Crab Catching
-Visit Mussel Farm
-Visit Historical Site-Japanese Army attacked Singapore during WW2
Pakej 2:Learning Package (RM 25.00 per person)
-Crab Catching
-Netting (Menjala)
-Local products Demonstration
-Handcraft making
Pakej 3:Malay Kampung Trail (RM 30.00 per person)
-Visit Traditional House
-Petting Zoo
-'Kain Sarong' and 'Batik' Demonstration
-Tradisional Game
-Local Products Demonstration
Pakej 4:Fishing Package
-8.00 a.m to 5 p.m ( RM 25.00 per head)
-8.00 a.m to 9.00 p.m (RM 30 per head)
-7.00 a.m to 8 a.m ( overnight)
2 rooms @ Raft House & Barbeque Kitchen ( RM 50 per head)
Pakej 5:Bird Watching
-Migratory bird is from November till March every year
*Next Product:Kayaking dan Camping Site untuk projek akan datang
Lokasi:
36km dari Airport Senai
37km dari Skudai Toll
30km dari Tambak Johor
28km dari Bandaraya Johor Bahru
15km dari Gelang Patah
10km dari Kota Iskandar
11km dari Hello Kitty/Puteri Harbour
15km dari Legoland Theme Park
6km dari Marlborough College
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
No Tel: Pn Sharifah (+6019 7045904)
Email : sungaimelayuecotourism@gmail.com
Alamat:
Sungai Melayu Eco Tourism
80200 Johor Bahru,
Johor.
Banyaknyaaa kupangggg! Fav acikkkk....
ReplyDelete