Macam-macam ada di Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor - Blog Eyzamiel

25.10.17

Macam-macam ada di Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi Johor

Hai uolls!

Sape pernah ke Desaru Fruit Farm? Eyza first time sampai sini. Mula-mula Eyza ingatkan kat sini cuma ada buah-buahan je sebab nama pun fruit farm kan.. tapi bila Eyza dah sampai barulah Eyza tau yang rupa-rupanya macam-macam ada kat sini tau.

Desaru Fruit Farm ni bermula pada tahun 1990 dan dibuka untuk Agro Tourism pada tahun 2001. Dari 2001 hingga 2010 ladang ni menerima lebih kurang 180,000 pelawat setahun dan sehingga ke hari ini seramai 1.6 million pelawat. 


Sampai je kat sana, kami di bawa melawat kebun buah dulu. Macam-macam buah ada kat sini.


Tengoklah buah nangka tu montok betul. 


Masa ni buah naga masih belum berbuah.. takpe la..kita tengok bunga pokok buah naga je la dulu..


First time Eyza tengok pokok pisang panjang macam ni. Wakil dari Desaru Farm cakap pokok pisang ni bawak tuah. Kalau yang belum ada anak, pegang pokok pisang ni InsyaAllah akan berhasil. Eyza bukanlah percaya sangat pun, ni semua kuasa Allah kan.. tapi memang unik la pokok pisang ni.


Sedap tau makan buah fresh dari pokok.  Eyza sempat la rasa buah markisa, belimbing dan jambu.


Selain buah-buahan kat sini jugak ada pokok herba macam daun misai kucing.


Yang menarik kat sini bila diaorg tanam sayur dalam botol air plastik yang kita dah guna.Bukan saja dapat kitar semula tapi jugak dapat jimatkan tanah uolls. Kalau kita yang dok KL ni boleh la try cara ni. Tak payah dah nak beli sayur lepas ni.


Dah penat berjalan, kami minum jus buah-buahan segar kat sini. Wah.. memang tak membazir.. dari buah menjadi busuk baik buat jus. Ada jus kedondong, roselle dan markisa. Eyza ambik jus kedondong. Ok la rasa dia cuma masam-masam manis sikit. Kalau tak silap sebotol cuma RM 3 je.


Dah basahkan tekak, kami terus lagi berjalan dalam kebun ni.



Dalam ni rupanya ada jugak muzium pertanian. Dalam muzium ni kita dapat tengok alat zaman dulu yang digunakan untuk bertani.



Seterusnya kami ke Petting Zoo.. comel betul arnab kat sini.


Eyza sempat bagi arnab ni makan carrot.. suka betul dia dapat makan..



Dah habis melawat zoo, kami balik ke ofis naik lori uolls. Rare kan? Tapi pengalaman ni memang best.



Best o naik lori... dapat fresh air gitu..


Sampai je ofis, kami diberi penerangan tentang madu. Niat hati macam nak beli, tapi duit x bawak banyak. Pendamkan je la hasrat tu. Tapi Eyza sempat rasa madu tongkat Ali. Pahit giler.. Hahahah.



Selesai dekat situ, kami dijamu dengan buah-buahan fresh dari kebun kat sini. Siap ada goreng pisang cili kicap dan cempedak goreng. Sedap..



Ingatkan tu je, rupa-rupanya siap ada makan tengahari. Mak ai dah la semua sedap. Terliur kita tau..


Kat sini juga ada restoran yang kita boleh pesan makanan yang dimasak menggunakan bahan-bahan dalam kebun ni je.Macam-macam menu ada antaranya sotong goreng tepung cicah sos buah naga, kari ayam kampung, tomyam cendawan, kerabu betik dan asam pedas ikan pari. Eyza suka semua makanan kat sini. Takde satu pun yang Eyza tak suka..  

Kalau datang Desaru Farm, try la makan kat sini. Gerenti korang pun suka.

Mesti korang nak tahu harga tiket masuk kan? Sabar...jap ye Eyza tulis satu-satu..

Pakej A: Going Green
RM 27 per person
- Stroll thru the Passion Fruit, Waterapple Trall and Herbal Garden
-Collect Information at the Agriculture Gallery & enjoy Malaysian past time games (Capteh/5 stones/Congkak and Ting Ting)
-Tasting honey
-Visit the Mini Petting Zoo
-Inclusive of lunch (box) & Fruit platter

Pakej B:Earth Day Project
RM 37 per person
-Learn about GAP Control
-Learn about effective Microorganisme
-Tasting honey
-Learn about propagation technique Hand on Marcoting.
-Walking through the Jambu Trail and stop at Petting Zoo
-Enjoy sumptuous out door lunch and tropical fruit fiesta

Selain pakej ni, kat sini ada juga Adventure Park Dirt Kart. Untuk 5 laps cuma berharga RM 30.00 sahaja.

Kalau suka paintball kat sini pun ada tau. Paintball War Game cuma RM 65 per pax untul 150 pallets termasuk Mineral Water dan Certified Marshall. Kalau nak tambah pallets pun boleh dengan kadar bayaran macam kat bawah ni:
-RM 40 (150 pallets)
-RM 120 (500 pallets)
-RM 220 (1000 pallets)
-RM 420 (2000 pallets)

Bestkan? Bukan setakat boleh makan buah, siap pakej beriadah sekali.

Maklumat lanjut: 

Desaru Fruit Farm Trading
No. 1, Hentian Penawar,
Sungai Cemaran,Desaru,
81930 Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor

No. Tel: +607-8223886 / 07-8308076
No. Fax: 07-8224886

Email : sales@desaruff.com


No comments:

Post a Comment