Hi Uolls.
Minggu lepas Eyza dengan rakan-rakan blogger ke Johor Baharu untuk FAM Trip Bloggers anjuran Tourism Johor dan MITA Johor. Best sangat-sangat sebab Eyza memang dah lama teringin nak jalan-jalan kat Johor. Rasanya last Eyza ke JB pun masa adik Eyza konvo kat UTM 7 tahun lepas. Lama kan? Sebab tu la Eyza teruja dengan trip ni.
Seawal 6.30 pagi kami semua dah berkumpul dekat KL Sentral sebab kami akan bertolak dari sana terus ke JB.Lebih kurang pkl 7.15 pagi kami pun bergerak ke JB dengan menaiki bas persiaran yang disewa khas untuk Trip ni.
Alhamdulillah.. perjalanan kami lebih kurang 4 jam setengah lancar je cuma sangkut jammed sikit sebelum Bangi sebab ada excident.
Sampai je Johor Baharu, kami semua dibawa ke destinasi pertama iaitu Kampung Sungai Melayu.
Kampung Sungai Melayu
Kampung Sungai Melayu ni terletak di hujung Selatan Negeri Johor dan perlu lalu ladang Kelapa Sawit untuk masuk ke kampung ni.
Banyak aktiviti kami kat sini. Kalau nak tahu detail apa yang Eyza buat kat Kampung Sungai Melayu ni boleh klik kat Sini
Selesai di Kampung Sungai Melayu, kami singgah pulak dekat Ekspo Johor Berkemajuan.
Ekspo Johor Berkemajuan
Kalau korang nak mengenali Negeri Johor dengan lebih dekat, Eyza syorkan korang singgah ke Ekspo Johor Berkemajuan.
Dekat sini korang boleh tengok pelbagai pameran barangan dari makanan, senjata ataupun kenderaan mengikut daerah-daerah sekitar Johor.
Dekat perkarangan luar, ada disediakan pameran Bas dan caravan yang boleh disewa untuk apa-apa majlis atau kembara.
Eyza sempat meninjau kat dalam bas. Wow. Memang nampak mewah sangat. Sewa untuk sebiji bas ni cuma RM 2000 sehari dan Caravan pulak RM 1600 sehari.
Terdapat kemudahan seperti peralatan dapur, katil, tandas dan yang bestnya boleh karaoke dalam bas ni. Takdelah bosan kalau kita pergi kembara.
Caravan pulak sesuai kalau kita tak ramai sangat sebab ianya lebih kecil dan hanya ada ruang yang terhad.
Masuk pulak kat dalam ekspo ni, kita akan nampak macam-macam. Banyak sangat kalau nak cerita ni. Hahaha.
Eyza paling tertarik dengan pameran senjata oleh Angkatan Tentera Malaysia. Eyza cuba jugak angkat senapang ni. Berat tau! Bayangkan macam mana abg2 askar angkat senapang sambil berlari. Hebatlah.
Ada juga pameran destinasi percutian dan buah-buahan tempatan.
Cantik pulak baju tradisional Johor ni. Raya tahun depan nak hubby pakai baju melayu Johor la. Baru nampak hensem. Hihihi.
Habis kat Ekspo, kami terus ke Sanrio Hello Kitty Town.
Sanrio Hello Kitty Town
Hello Kitty Town ada 6 seksyen iaitu:
1. Ruang Tamu
2. Dapur
3. Bilik Air
4. Bilik Kitty's
5. Secret Closet
6. Bilik Mimmy's
Nak tau apa lagi yang menarik dekat Hello Kitty Town ni boleh klik sini
Tempat ni ada 4 tingkat kalau tak silap.
Tingkat pertama : Kafe & Kedai Cenderamata
Tingkat kedua : Sanrio Hello Kitty Town
Tingkat ketiga: Watak kartun lain macam Barney dan Pingu
Tingkat keempat: Thomas Town
Dekat Thomas Town, kami sempat naik permainan Bertie The Bus. Semua jadi kanak-kanak riang ria balik. Seronok tau!
Tempat ni dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk pembelian tiket boleh layari:
Kalau datang ke Johor, tak lengkap la kalau tak singgah Legoland kan.
Kami sampai kat sana dah agak lewat petang, kena cepat-cepat explore dalam tu sebelum Legoland tutup. Tapi kami no hal, masa suntuk pun sempat bersukaria dalam tu.
Sempat la jugak Eyza main 2 mainan dalam Legoland ni.
Nak tahu apa lagi yang best dalam ni? Boleh klik sini
Dah penat berjimba dalam Legoland, badan pun dah melekit jom la kita Check In hotel. Untuk malam pertama ni kami menginap dekat Amari Hotel.
Amari Hotel Johor Bahru
Kami dibawa melawat sekitar hotel dan selepas tu check in bilik.
Tengok bilik je Eyza dah teruja. Cantik sangat-sangat. Maklumlah Hotel 5 bintang.
Nak tengok lebih detail review Eyza boleh klik sini
Jutaan terima kasih untuk semua staff dekat Amari Hotel ni yang super friendly dan sporting terutama sekali Ms. Betty. Memang sempoi!
Lepas dah mandi dan rehat, kami semua bersiap nak Dinner dekat Dapur Warisan.
Dapur Warisan
Sedap-sedap makanan kat sini. Kalau ada rezeki Eyza datang Johor lagi, Dapur Warisan adalah destinasi wajib untuk Eyza singgah makan.
Dah la lauk pauk sedap, siap kami dipersembahkan dengan tarian Zapin. Meriah uolls.
Nak tau apa lagi menu menarik dekat Dapur Warisan ni? Klik sini
Dah kenyang, kami belum mengantuk lagi. Sempat la kami singgah ke Bazar Karat. Saja jalan-jalan cuci mata. Eyza berjaya tak beli apa-apa kat sini. Dari Bazar Karat, kami terus sambung ke Bazar Deepavali pastu terus balik Hotel Amari.
Dari Bazar ni ke Hotel lebih kurang 15 minit jalan kaki. Bila berjalan ramai-ramai memang tak rasa jauh pun. Sedar-sedar dah sampai.
Settle dah aktiviti kami untuk hari pertama. Masih berbaki 3 hari lagi untuk aktiviti kami seterusnya kat Johor Bahru ni.
Nak tahu apa lagi yang kami buat sepanjang trip ni? Tunggu ye.. Nanti Eyza update.
Wahh seronoknya jenjalan johor
ReplyDeletebestkan eyza..bila gaknya dapat peluang macam ni lagi
ReplyDeleteBestnyaaa jalan2 kat Johor. Acik baru first time mai sana, itu pun sebab nak pi Singapore
ReplyDelete