FAM Trip Kembara Bloggers ke Johor ~ Hari Ketiga dan keempat - Blog Eyzamiel

27.10.17

FAM Trip Kembara Bloggers ke Johor ~ Hari Ketiga dan keempat

Hai Uolls!

Dah hari ketiga.. kejap je rasanya.. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap. Cantik betul pemandangan matahari naik dari bilik Eyza ni. Tak rugi menginap kat Desaru Tunamaya ni.


Hari ni kami nak explore Kluang pulak.. Sebelum check out, jom la kita sarapan dulu kat Pawana Restaurant yang terletak di Desaru Tunamaya.


Best tau sarapan sambil mengadap pool






Selesai sarapan, kami terus ke Kluang. Destinasi pertama kami kat Kluang ni ialah Kilang Kopi Kluang. Wah.. bukan setakat pegi kedai tau. Kilang pun kami terjah. Hihihi.

Kluang Coffee


Kat sini kami berpeluang untuk tengok proses kopi dihasilkan dan dapat minum kopi kaw. 





Habis melawat kilang kopi, perut pun dah kenyang kami terus ke Zenxin Organic Park.

Detail aktiviti kat Kilang Kopi Cap televisyen boleh klik Sini

Zenxin Organic Park


Disebabkan kami agak terlewat sampai kat sini, kami tak sempat nak explore dalam Ladang ni.Tapi, kami sempat rasa Buah-buahan dan Air jus Buah Naga Fresh dari ladang ni.Memang sedap.


Kat bawah ni ada pakej tour dekat Zenxin Organic Park ni.


Ada juga cafe kalau kita nak menjamu selera kat sini.




Untuk lunch, kami semua ke UK Farm yang terletak tak jauh dari Zenxin Organic Park.

UK Farm


Selesai lunch, kami dibawa melawat Ladang kambing dan dapat rasa minum susu kambing yang dibuat dekat UK Farm ni.


Malamnya kami menginap dekat Chalet yang ada kat sini.


Selesai Hari ketiga, Esoknya, kami sarapan dulu kat sini sebelum kami check out balik KL.

Nanti Eyza cerita detail tentang aktiviti best dekat UK Farm ni. Banyak tau aktivitinya. Best-best pulak tu.. Tunggu..


Banyak pengalaman best sepanjang Kembara Bloggers ni. Eyza happy sebab dapat kenal dengan ramai bloggers yang sebelum ni cuma kenal dekat  Sosial Media je. Kali ni dapat jumpa dan tak sangka semuanya kepala ting tong macam Eyza jugak. Korang memang Ohsem!

Terima kasih pada Mr Jocko (Bloogers Media), MITA, Tourism Johor dan semua sponsor yang terlibat secara langsung dan tak langsung sepanjang kembara ni.

Moga ada rezeki dapat peluang ke Johor lagi. Mana tau nak explore Pulau Rawa pulak ke? Eh.. Hihihi..


1 comment:

  1. Seronoknya dapat jenjalan sakan. Saya sendiri tak explore Johor sangat. Boleh try beberapa tempat dlm entry nih

    ReplyDelete