Hai uolls!
Eyza kalau ke Kluang mesti akan singgah minum kopi dekat Kluang Railway. Tapi untuk Kembara Johor ni kami ke Kilang Kopi Kluang terus tau.
Besar jugak kilang ni. Kopi cap Televisyen ni dah lama bertapak di Malaysia.
Mula-mula Eyza tertanya-tanya jugak kenapa letak kopi Cap Televisyen. Rupa-rupanya, dulu televisyen ni mahal dan x semua org mampu beli. Satu kampung cuma satu rumah je ada televisyen. So, semua orang akan berkumpul dekat situ dan tengok TV ramai-ramai. Pengasas kopi Cap Televisyen ni nak kopi ni sama macam tu. Semua orang boleh duduk sekali nikmati kopi beramai-ramai.
Kami dapat explore dan tengok cara-cara buat kopi kat sini. Kebanyakan pakai mesin, memang canggih.
Dah puas explore dalam kilang, kami dihidangkan dengan roti bakar, nasi lemak dan kopi Kluang.
Patut la masa kami sampai tu kilang ni tengah renovate, rupa-rupanya tak lama lagi kat sini akan dibuat cafe jugak. Sambil lawat kilang kita boleh makan.
Tapi serius, memang sedap. Eyza suka sangat Nasi Lemak, Roti Bakar dengan kopi kaw kat sini.
Sambal nasi lemak kat sini sedap tau. Kalau nanti ada peluang datang Kluang, datang kilang ni dan boleh rasa makanan kat sini kalau cafe dah buka.
Selain dari tu, kat sini juga ada jual pelbagai jenis kopi yang dihasilkan kat sini. Harga murah uolls. Kami pun borong kopi tak ingat. Hahaha.
Satu pengalaman best jugak melawat kilang macam ni.
Sebelum balik, kami sempat bergambar beramai-ramai depan kilang ni.
Maklumat lanjut:
Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd
76, Jalan Besar,
Kampung Yap Tau Sah,
86000 Kluang,
Johor.
Waktu Operasi : 8 pagi - 5 petang
No. Tel: 07-7731943
No comments:
Post a Comment