Susah tau nak cari Pembersih yang sesuai untuk kawasan intim wanita. Ye la.. kalau salah pilih, kawasan miss v tu akan rasa gatal dan tak selesa. Dan yang paling kronik, kalau ada keputihan. Memang siksa rasanya.
Pembersih Wanita Sumber Ayu kini dah berwajah baru tau. Nampak lebih segar dan wangi. Tapi, bahan utama masih lagi dikekalkan iaitu ekstrak sireh. Orang tua-tua dulu selalu pesan basuh Miss V dengan air sireh untuk menjaga Miss V.
Sekarang ni, tambah-tambah kalau kita duduk kat KL ni memang susah la nak cari Sireh. So, takyah pening-pening pikir. Guna je Pembersih dari Sumber Ayu. Ianya selamat untuk Miss V dengan PH3.5.
Didatangkan dalam 6 variasi haruman yang segar dan menarik untuk gaya hidup wanita masa kini.
1. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid– Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.
2. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis
3. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
4. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Musk – Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
5. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
6. Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Fruity– Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Ianya boleh didapati di seluruh pasaraya di Malaysia dengan harga RM 3.60 (90 ml) & RM 5.80 (200 ml). Pek 90 ml tu comel je. Kita boleh bawak travel atau simpan je dalam handbag.
No comments:
Post a Comment