Cuti-Cuti Bujang dengan kengkawan di Sunway Hotel - Blog Eyzamiel

23.9.16

Cuti-Cuti Bujang dengan kengkawan di Sunway Hotel

Eyza memang akan peruntukkan setahun sekali untuk bercuti dengan member-member. Walaupun masing-masing dah kahwin, tapi kami tetap peruntukkan waktu untuk rehatkan badan tanpa gangguan.
Untuk kali ni, kami pilih Sunway Hotel. Sunway hotel merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perhotelan. Sebut je nama tu, mesti kita bayangkan hotel bertaraf lima bintang di pinggir bandar, dilengkapi dengan facility yang sempurna dan diuruskan oleh staf-staf yang sangat peramah dan sedia membantu. Dan, Eyza pilih tempat ni untuk lepak dengan kawan-kawan. Di samping tu, Eyza pun boleh relaks sekali. Maklumlah, dah lama tak cuti.
Nak dijadikan cerita, kawan Eyza rekemen Eyza book bilik dengan Traveloka.com. Mudah katanya, get the best deal! Betul kata kawan Eyza. This site offered the lowest rate of all. Eyza booking 2 bilik  2 hari 1 malam sebab kami pergi berempat. Kami pilih Bilik Premier Park View.

 Apa lagi, dengan seronoknya, Eyza dengan kawan-kawan  dapat stay at Sunway Resort Hotel Spa. Oh ye, pakej yang Eyza dapat tu dah cover sekali breakfast dan spa, tau. Best kan?!
So kitaorg check in bilik tengahari Sabtu. Ktorg dapat the best view of Sunway Lagoon Theme Park.
Dari situ juga, ktorg boleh tengok macam-macam gaya pengunjung-pengunjung theme park ni naik roller coaster. Ada yang pucat, ada yang tutup mata dan ada jugak yang sampai menangis. Haha, enjoy jugak tengok ragam manusia ni sebenarnya.

Oh ye, berbalik kepada cerita bilik ktorg tadi. Selain pemandangan, ktorg enjoy dengan katil King yang besar dan selesa kat Hotel ni. Selesa sangat, kalau boleh nak tidur je seharian, tak nak bangun dari katil, hahah! Bilik ni juga dilengkapi dengan TV LCD screen, wifi dan jugak broadband internet access serta executive writing desk. Eyza sempat lagi update blog walaupun tengah cuti. Hihihi
Selain tu, ada juga disediakan bar untuk kita buat kopi dan teh. Lengkap sangat, dah macam duduk kat rumah dah. Kemudahan yang paling best ialah ada 24 hour in room dining.
Selain kemudahan asas, tempat ni juga serve macam-macam jenis makanan. Eyza teringat-ingat  asam laksa masa makan tengahari kat situ.
Waktu petang, kami Cuma lepak  high-tea kat the hotel restaurant. Macam Eyza expect, lebih 100 jenis makanan tempatan dihidangkan. Semuanya best. Suasana dalam restoran tu pula amat tenang dan sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama yang tersayang .

Pada sebelah malam, kami tengok movie kat TGV Sunway Pyramid. Memang best. Balik bilik, terus rasa lapar pulak, terus order makanan kat hotel je. Macam biasa, makanan di Sunway hotel tak pernah kecewakan Eyza.
Esoknya, pagi-pagi lagi ktorg dah manjakan diri dekat Mandara Spa kat  hotel. Suasana kat sini amat tenang dan mendamaikan. Lepas habis sesi Balinese message selama 50 minit, ktorg tambah lagi masa untuk buat full body scrub dan facial. Kami semua puas hati sebab this is the best spa treatment kami pernah buat. Mana taknya, staf-staf kat sini semua sangat peramah dan lembut. Memang puas hati.
Lepas tiga jam spend masa kat spa, kami semua ke Café Hotel untuk ‘Brunch’ dan lepas tu check out.
Memang tak dinafikan pengalaman bercuti kat sini sangat menakjubkan. Daripada kemudahan asas, bilik, makanan dan servis-servis lain, semuanya memuaskan hati. Tak sangka pulak Eyza, ada hotel dekat Sunway Pyramid yang boleh bagi experience percutian singkat best macam ni. Tak sabar nak plan for the next trip kat Penang. Boleh la try Sunway hotel kat sana pulak!


1 comment: