Semalam hari Cuti Umum.Hari Nuzul Quran. Eyza tak pergi mana-mana pun. Just duduk rumah sebab tak berapa sihat.Lagipun malas la nak keluar, mesti jalan jammed sebab ramai yang keluar shopping raya kan? Baiklah ahkak dok umah je. Takyah stress sebab jammed. Hahaha.
Dah tak sihat, melepek je kat rumah. Masak pun ala kadar je. Buat sambal sardin dengan goreng ikan masin. Tapi, tekak ni macam teringin Ayam Percik dengan kek. Nak keluar malas, tapi nak makan. Nasib baik la tetiba teringat kat Laman web Shogun2u. Try ushar ada ayam percik tak. Ushar punya ushar, nampak la Promosi Raya Special. Buy 1 free 1. Yeay.. Best ni. Tak yah la eyza beli 2 set, beli 1 pun dah cukup.
Cara nak beli pun senang je. Layari www.shogun2u.com . Kalau belum jadi membe Sign up membe dulu, kalau dah just login je.
Macam eyza just login je.
Kat sini kita boleh check sama ada Shogun2u ni hantar tak kat kawasan rumah kita. Untuk pembelian melebih RM25 free delivery ye. Memang jimat berbaloi.
Untuk Raya Special ni ada menu ala carte, biskut raya dan set meals. Eyza beli yang Set Meal. Ada 4 pilihan set yang boleh kita pilih.
Semua nampak sedap sampai tak tahu nak pilih set yang mana.
Disebabkan teringin nak makan ayam percik, eyza pun pilih set yang ke4 iaitu Japanese Nasi Beriani Ayam Percik Set.
Dah order, kita tunggu je rider datang hantar depan rumah. Kita boleh bayar secara Cash On Delivery atau online banking. Eyza pilih COD je senang. Dia hantar eyza terus bayar.
Eyza order pukul 5.10 petang, pukul 6.15 petang dah sampai. Cepat betul. Eyza suka sebab cepat. Ni pun rider tu dah minta maaf sebab lewat sikit. Eh, untuk makanan yang perlu dimasak kalau ambil masa 1 jam tu kira tak lambat la bagi eyza. Fast food pun kadang2 lagi lambat dari ni.
Disebabkan buy 1 free 1, beli satu set dapat 2 set. Jimat kat situ.
Nasi sedap, ayam pun cukup rasa. Besar pulak tu.
Air tebu
Kek Black Forest yang sedap
Promosi Buy one free one ni ada sampai 25 Jun 2016 ni je tau.
Untuk tempahan Bole layari:
Instagram:
@shogun2u
Kalau ena stay dekat area2 yg dia boleh delivery tu, dah lama order. Ramai kat sedap. Huaaaa teringinnyaaa
ReplyDelete