NY Steak Shack Sunway Piramid - Blog Eyzamiel

11.6.16

NY Steak Shack Sunway Piramid

Eyza ni jarang ke Sunway Piramid. Kalau pergi pun sebab ada event je. Tak pernah tahu kat sana ada Restoran Steak yang sedap.

Kebetulan hari tu pergi event, masa nak balik lalu kedai NY Steak Shack ni. Ingat nak try tapi kenyang lagi. So, tak jadi makan sana. Sampai la baru-baru ni dapat jemputan ke sana. Yeay, akhirnya dapat juga merasa makan kat sini selepas asyik dok tertangguh.


Nama pun NY Steak Shack, dah tentu2 la makanan Barat kat sini. Tapi, ada juga menu Barat yang dah di Malaysiakan sebab ada yang pedas tau. Memang kena dengan selera Eyza yang suka pedas ni.

Sebelum makan kita mesti la order air dulu. Banyak sangat pilihan air kat sana sampaikan rambang mata nak memilih. Pilih punya pilih, Eyza dengan Emi pilih air-air ni.


Eyza pilih Banana Milk Shakes Chocolate (kiri) dan Emi pulak pilih Banana Milk Shakes Black Forest (kanan)


Selain dari 2 air kat atas tu, kami juga dihidangkan dengan D'Chiller (RM 6.25) . Ni adalah Ais Blended Lemon Milk Shakes dicampur pulak dengan Daun Pudina. Memang rasa segar je bila minum.

Dah minum mesti la nak makan pulak kan? hihihi. Best tau menu kami pada hari tu. Kami dihidangkan dengan menu baru yang bertemakan "The Gastronomic Adventure". Ada macam2 pilihan makanan di bawah tema ni. 

Jom tengok antara menu yang sempat kami try.


D'Bomb (RM 10.50)

Serius menu ni memang sedap. Bebola daging yang besar dan sedap, dihidangkan pulak dengan brown sos, roti bakar dan jagung grill. Memang terangkat. Kombinasi meatball dan sos tu memang kena sangat dengan selera eyza.



Just Wings (RM 11.55)

Kepak ayam rangup yang disalut dengan sos yang unik. Tak pedas so bebudak pun boleh makan. 




Spicy Salsa Lamb Burger (RM 25.33)

Burger ni rasa unik tau sebab daging burger dibuat sendiri. Tebal dan masih lembut di dalam. Pastu Burger ni tak pakai sos biasa tapi guna sos Salsa. Sedap sebab ada rasa pedas dan balance dengan rasa daging tu.




D'Perfect Match (RM 63.50)

Satu pinggan ni boleh makan 2 hingga 3 orang tau sebab portion memang banyak. Dalam ni ada Nasi yang sedap (makan nasi saja pun best), daging dan kambing yang diperap , sayur-sayuran dan jagung. Pendek kata memang hidangan lengkap la.Kambing tu pedas  sebab diperap dengan cili api. Penggemar pedas mesti try menu ni.



Meaty Affairs (RM 63.50)

Ha.. ni lagi best sebab ada Nasi, Meatball, Chicken Wing, Lamb Leg, sayur dan jagung. Boleh makan 2 hingga 3 orang jugak ni.



Treasures In A Bag (RM 63.50)

Ini pun sedap. Ia didatangkan dalam plastik dan dituang di depan kita panas-panas. Best  tengok meletup-letup panas kuah tu dalam pinggan . Yang ni pun boleh share sebab portion besar. Ada Rib Eye Steak, Meatball, Sayur, Jagung dan sos lada hitam yang sedap.

Untuk penggemar Steak, eyza memang recommed kedai ni. Sedap!



Alhamdulillah kenyang.

Untuk maklumat lanjut bole klik kat bawah ni:




6 comments:

  1. Allah! Geram tengok Meaty Affairs dengan Treasures in A Bag tu.. Harga perghhh! Memang sedap nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Portion memang banyak. Boleh share2. Nanti boleh la buat gathering #EAOfficialCrew kat sini. :)

      Delete
  2. teringat spicy salsa lamb burger dia...Ya Allah...sedapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ar. Suka rasa Salsa yang pedas2 masam tu.

      Delete
    2. mana ada pedas kak oii..hahahaha

      Delete
    3. Pedas la.. i rasa pedas.. Maklum la lidah omputih.. hahahah

      Delete