Eyza suka buat aktiviti luar. Tapi, bila dah kat luar tu tahu je la, mesti berpeluh pastu rasa tak selesa.
Berpeluh merupakan fungsi utama semula jadi yang
terdapat pada badan manusia bagi mengekalkan suhu badan. Ia mengelakan kita
daripada mengalami kepanasan melampau terutamanya ketika melakukan
aktiviti-aktiviti luar dalam cuaca yang panas terik. Walaupun berpeluh itu baik
dari aspek kesihatan, air peluh yang bercampur dengan bakteria di sekitar
kawasan kulit akan mengeluarkan bau yang kurang meyenangkan. Pelbagai jenis
deodoran dalam saiz, haruman dan formulasi boleh didapati di rak-rak pasar
raya, pasar mini, dan farmasi, namun pilihan yang banyak ini bukan sahaja tidak
memberi penyelesaian tetapi menyukarkan pengguna untuk memilih deodorant yang
sesuai.
Memilih deodoran yang sesuai dengan anda
kadangkala memberikan tekanan, tetapi dengan deodoran NIVEA Pearl & Beauty, anda tidak perlu lagi risau! Dengan
formulasi yang lembut pada kulit serta ekstrak mutiara yang menyuburkan
bahagian bawah lengan, ia memberikan kulit segar, halus dan cerah bagaikan
mutiara. Dengan perlindungan selama 48 jam daripada peluh dan bau badan, ia
memastikan bahagian bawah lengan anda kekal segar dan yakin sepanjang hari.
Selama bertahun-tahun, NIVEA sering menggalakkan para wanita untuk menggapai aspirasi,
merialisasikan matlamat serta menyerlahkan potensi yang ada dalam diri mereka. NIVEA sentiasa menyokong semua
inisiatif bagi memperkasa golongan wanita dan membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan diberikan melalui bekalan kemahiran serta keyakinan bagi mendapatkan
pekerjaan supaya mampu memperbaiki taraf hidup serta membina masa depan yang
lebih cerah.
Tahun ini, dengan semangat untuk memperkasa
wanita, NIVEA Pearl & Beauty
menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016
pada 5 Jun (Ahad). Terbuka kepada semua, orang ramai diberikan peluang untuk
mengambil bahagian bagi memperkasa wanita melalui pendaftaran atas talian. Pada
bulan Mei, peserta akan diberikan kit larian yang mengandungi semburan deodoran
NIVEA Pearl & Beauty, Sehelai
baju-T NIVEA Empower Run, sehelai
skirt tutu, sehelai bib larian dan pelbagai barangan dari Watson. Para peserta
digalakkan untuk memakai skirt tutu yang dibekalkan dalam kit larian sebagai
simbol kewanitaan dan menunjukkan bahawa wanita mampu mencapai apa jua
keinginan dengan cara sendiri yang paling elegan.
Seramai 2,000 peserta hadir seawal pagi bagi
menyertai acara NIVEA EMPOWER RUN 2016
di Setia City Mall, Oval Field. Sedia untuk beraksi, para peserta berpeluang
untuk bertemu dan beramah mesra dengan selebriti-selebriti tempatan kegemaran
mereka seperti penyanyi R&B dan pengamal kesihatan terkemuka Atilia Haron,
pelakon dan model yang sedang meningkat naik, Eyka Farhana dan juga pemenang
Miss Malaysia 2010 Nadia Heng yang turut berperanan sebagai pengacara pada hari
tersebut!
Sebelum larian dimulakan, setiap peserta
diberikan belon NIVEA yang
bio-degradable. Larian bermula dengan peserta mengangkat tangan penuh yakin dan
melepaskan belon ke udara. Aktiviti ini merupakan simbolik melangkaui segala
batasan. Semasa acara larian, peserta akan melalui kawasan kiosk foto bagi
merakamkan aksi penuh teruja & bersemangat bersama rakan larian mereka.
Setelah
larian sejauh 5km ini, peserta mengakhiri larian dengan aktiviti terakhir di
stesen ketiga menerusi Pearl & Beauty
Experience. Di stesen ini, mereka dapat merasai kesegaran dan nafas baru
dengan deodoran NIVEA Pearl &
Beauty. Selain daripada activiti yang terdapat di
dalam larian ini, para peserta turut bergembira dengan acara White Ball Treasure Hunt yang memberi
mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Sambil menghilangkan dahaga dengan minuman 100
Plus dan Air Mineral Ice Mountain yang tersedia di stesen minuman, peserta
dihiburkan dengan persembahan istimewa dari Atilia Haron. Beliau menyampaikan
sebuah lagu tema NIVEA Women
Empowerment. Selain membawa pulang pingat diatas kejayaan menamatkan larian
yang penuh dengan keterujaan, beberapa perserta yang bertuah juga turut membawa
pulang hadiah cabutan bertuah pada akhir acara.
Menjadi sebahagian dari aktiviti larian ini
bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta serta menyuntik kesedaran
tentang kehadiran deodoran NIVEA Pearl
& Beauty, malah aktiviti ini sebenarnya membantu golongan wanita yang
kurang bernasib baik untuk membina masa depan yang lebih cerah.
Para peserta
secara tidak langsung telah menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik
dan memerlukan. NIVEA telah
mendermakan hasil keuntungan yang diperoleh melalui acara larian ini kepada
organisasi kebajikan “For Wisdom & Revolutionary Development (FORWARD)”.
Forward merupakan organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cenderung untuk
membantu komuniti yang memerlukan melalui bekalan latihan kemahiran yang
bersesuaian agar mereka dapat memperoleh pendapatan serta memberikan pendidikan
yang secukupnya kepada anak-anak.
“Kami ingin menyeru orang ramai supaya mengambil
bahagian bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
Kita tidak mahu memberikan bantuan yang mampu memberikan faedah jangka masa
pendek, sebaliknya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran serta latihan yang
bersesuaian agar mereka dapat mencari nafkah dan mencipta pendapatan dengan
usaha sendiri” kata Ng Hock Guan,
Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura pada acara NIVEA
Empower Run.
Jelas beliau lagi, “Kempen Memperkasa Wanita
sentiasa menjadi tapak bagi NIVEA menggalakkan
wanita mencapai impian mereka. Wanita tidak seharusnya meletakkan batasan ke atas
diri mereka kerana kami percaya dengan tunjuk ajar yang betul, segala impian
tidak mustahil untuk dikecapi.”
Melalui kerjasama ini, matlamat NIVEA dan FORWARD adalah membantu
golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dari kemelut kemiskinan.
NIVEA
Pearl & Beauty boleh didapati dalam botol roll-on
bersaiz 25ml pada harga RM5.50 (Kawasan Semenanjung & Sabah Sarawak), botol
roll-on bersaiz 50ml pada harga RM10.50 (Kawasan Semenanjung & Sabah
Sarawak)dan botol semburan 150ml pada harga R,16.90. NIVEA Pearl & Beauty juga terdapat di pasaraya terkemuka &
farmasi di seluruh Negara.
Untuk maklumat lanjut berkenaan NIVEA Pearl
& Beauty, sila layari www.NIVEA.com.my
dan laman Facebook rasmi www.facebook.com/myNIVEA.
wah semua biru..buat dekat sacc mall pulak tu..dah lama tak pergi event macam ni
ReplyDeleteBest kan. Semua biru. Paling cute Tutu Skirt tu.
DeleteEna dulu pakai deo Nivea yang warna biru.. BEst sangat!..
ReplyDeleteKak Yong suka yang biru gelap. Nivea Men! Bau kasar sikit tapi i like.
Delete