Alhamdulillah. Ni kali kedua Eyza dijemput ke Vivatel Kuala Lumpur. Kali ni Eyza diberi peluang untuk sama-sama berbuka bersama Anak-anak dari rumah Baitul Rahmah yang terletak di Rawang. Vivatel KL meraikan 30 anak-anak ini sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. Syukur sangat masih ada yang prihatin dengan anak-anak ini.
Majlis berbuka puasa ini bertempat di Retro Cafe dan dihadiri oleh ramai orang termasuklah Owner Vivatel KL serta ahli kumpulan Kha Seng untuk turut sama meraikan anak-anak ini.
Seawal jam 6.30 petang, anak-anak bersama penjaga mereka tiba di Vivatel KL dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel.Anak-anak ini merupakan Tetamu kehormat pada majlis ini dan mereka dikhaskan di meja hadapan oleh Pihak Pengurusan Vivatel KL.Ini merupakan salah satu cara pihak Vivatel mengambil berat dan tidak melupakan individu yang kurang bernasib baik di Bulan Mulia ini.
Acara dimulakan dengan Bacaan Doa dan diikuti dengan ucapan dari Pengurus Besar hotel iaitu En. Nasir Ismail dan Penjaga Rumah Baitul Rahmah iaitu Puan Dayang Sapiah.
Selesai ucapan, anak-anak ini dijemput untuk mengambil makanan dahulu. Terpancar kegembiraan anak-anak ini yang membuatkan eyza terasa sebak. Melihat anak-anak ini membuatkan eyza terfikir betapa bertuahnya eyza mempunyai apa yang eyza ada sekarang. Eyza rasa bersyukur sangat dapat sama-sama dengan anak-anak ini dan dapat melihat keceriaan dari setiap anak-anak yang hadir.
Ada pelbagai juadah yang disediakan. Ini antara yang Eyza ambil. Kali ni eyza tak banyak ambil gambar makanan sebab dok fokus kat anak-anak comel ni. Tapi kalau nak tau makanan apa yang best, bole terjah entry eyza sebelum ni.
Selesai Berbuka dan Solat Maghrib, kami dihiburkan dengan persembahan Nasyid dari anak-anak Baitul Rahmah.Ya Allah, pandai betul budak2 ni. Sedap pulak tu diaorang bernasyid.
Pada akhir Majlis, anak-anak ini diberi duit raya dan 'goodies bag' dari Pihak Vivatel KL.Bestnya. Sebenarnya, ini bukanah kali pertama pihak Vivatel meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Tahun sebelum2 ni pun memang dah ada.Cuma baru tahun ni eyza berkesempatan untuk hadir sama pada Majlis ini. Eyza harap, pihak Vivatel dapat teruskan dan jadikan seperti acara tradisi bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.Seronok rasanya bila Syarikat besar sama-sama berkongsi rezeki mereka macam ni.
Sedikit info tentang Rumah Baitul Rahmah:
Rumah Baitul Rahmah didaftarkan di bawah Pertubuhan Baitul Rahmah, bertempat di No. 9, Jalan Desa 7/1 Bandar Country Homes, Rawang. Telah ditubuhkan pada Februari 2010.
Rumah ini menempatkan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun yang merupakan anak yatim dan juga daripada keluarga yang miskin, ibu tunggal dan OKU.
Bagi pihak yang berminat untuk membantu dan memberi sumbangan kepada Rumah Baitul Rahmah sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba bolehlah hubungi Puan Dayang Sapiah di talian 019-674 5706 / Puan Habibah Abdullah 017-308 5667.
Rumah ini juga menerima sumbangan seperti dalam pendidikan, kewangan atau peralatan seperti pakaian seragam, buku, alat tulis dan bag sekolah.
Semua sumbangan boleh disalurkan terus kepada :-
PERTUBUHAN BAITUL RAHMAH
No 9 Jalan Desa 7/1,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Nombor account :
Maybank : Rahmah Resources (5629 9100 7549)
Maybank : Habidah Abdullah (1620 1298 5520)
Pengetua : Puan Habibah Abdullah (017-308 5667)
Penjaga : Puan Dayang Sapiah Abg Azahar (019-674 5706)
Marilah kita mencari pahala lebih di Bulan Ramadhan ini dengan menyumbang dan membantu anak-anak ini membeli keperluan Hari Raya mereka. Moga ramailah insan-insan yang berhati mulia dan ikhlas membantu di luar sana. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment