Mamee Rai Ulangtahun ke-45 bersama Mamee Jonker House , Melaka - Blog Eyzamiel

21.12.15

Mamee Rai Ulangtahun ke-45 bersama Mamee Jonker House , Melaka

Aku sure ramai yang suka makan snek Mamee. Tambahan pulak, jenama ni dah lama bertapak dalam industri makanan kat Malaysia ni. Mesti ramai yang tahu kilang Mamee ni kat Melaka kan? Alhamdulillah, sebelum ni aku dah pernah melawat kilang Mamee dengan geng-geng Blogger lain. Dan kali ni, aku dan geng media lain dibawa ke Melaka untuk menyambut ulangtahun penubuhan Mamee yang ke 45. 

Untuk trip kali ni kami tak ke kilang sebab kilang tengah diubahsuai . Kami semua dibawa ke Mamee Jonker House di Banda Hilir, Melaka. Bertempat di lokasi yang strategik Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali dengan nama Jalan Jonker. Mamee Jonker House yang dibuka pada 8 Ogos 2013 merupakan stor konsep jualan ulung di bawah kumpulan Mamee selepas lebih 40 tahun berkecimpung sebagai penggiat industri pembuatan makanan dan minuman. Walaupun kali kedua, tapi aku tetap eksited tau. Lagipun, dah lama pun aku tak pegi sana. Kali ni mesti banyak yang dah berubah.


Kami semua dibawa ke Melaka dengan bas khas yang disediakan oleh pihak Mamee. Sepanjang perjalanan ke Melaka memang tak boring langsung. Macam-macam aktiviti atas bas. Ada cabutan bertuah, soalan kuiz dan yang paling rare, pertandingan karaoke atas bas.



Sampai je sana, kami disambut dengan meriah . Mamee Jonker House menampilkan segmen Kafe Mamee, Galeri World of Good Taste, Noodle Doodle, Dapur Lil Monster dan Stor Cenderamata. Macam-macam tau ada kat sana.


Galeri World Of Good Taste
Mula-mula kami dibawa melawat Galeri World of Good Taste. Sebelum ni, masa aku pegi sana Galeri ni blom ada. Walaupun ruang galeri ni tak la besar sangat tapi macam-macam informasi ada kat sini. Kita boleh berhibur  dalam dunia Mamee Monster House yang pertama di Malaysia dan pelbagai segmen menarik untuk gambar kenangan. Kat situ juga, kita bole tahu tentang sejarah dan evolusi produk Mamee Double Decker dalam suasana yang interaktif. Yang paling buat aku rasa kagum bila pihak Mamee membangkitkan nostalgia kedai runcit zaman dulu dalam galeri ni. Klasik betul.Bayaran masuk cuma RM 5, siap dapat goodies bag tau!
















Dapur Lil Monster
Habis melawat galeri, kami dibawa ke tingkat atas pulak untuk belajar cara buat Snek Mamee Monster yang semua orang suka tu. Step by step diaorang ajar. Untuk bengkel selama 90 minit ni, korang just bayar RM 15.00 je dan bole mendapat pengalaman istimewa praktikal penyediaan snek mamee kegemaran. Snek Mamee ni Tak ada bahan pengawet langsung. So, jangan la korang percaya kalau ada khabar angin yang cakap Mamee ni ada letak wax untuk bagi keras. Sebenarnya, mereka Cuma stim dan goreng je. Proses yang sama jugak kat kilang besar tu.








Noodle Doodle
Dah habis belajar, kami dibawa masuk pulak ke Bahagian Noodle Doodle. Kat sini kami diberi sorang satu cawan dan bole kaler ikut suka kita. Dah siap, bole bawak ke kaunter untuk pilih perisa mamee kita sendiri. Kita bole tengok live dr diaorang masukkan Mee sampailah ke packaging. Memang best.







kredit : sally
Kafe Mamee
Lunch pulak, Kami diberi menu untuk kami order di Kafe Mamee Jonker House. Aku mesti la order Chicken Rice Ball sebab menu ni adalah salah satu Signature dish kat sini. Air plak aku ambik Latte dan tak lupa pencuci mulut Cendol.




Sambil-sambil lunch tu, pihak Mamee buat Cabutan bertuah lagi. Aku terkejut sangat bila diaorang sebut nama aku. Selalu aku ni susah sangat nak dapat kalau ada Cabutan Bertuah. Alhamdulillah, rezeki. Aku dapat Ipod. Yeay.



Stor Cenderamata Mamee
Kat sini jugak ada macam-macam jenis makanan dan cenderamata keluaran Mamee. Kalau datang sini, jangan lupa beli cenderamata ekslusif Mamee ni tau. Cantik-cantik semuanya.

kredit : Sally
kredit : Sally
kredit : Sally
kredit : Sally 

Jangan lupa lawati Mamee Jonker House hari ni dan sertai aktiviti menarik sempena Ulangtahun mamee yang ke 45! Untuk maklumat lanjut, layari www.mameejonkerhouse.com dan ikuti laman social facebook serta instagram @mameejonkerhouse untuk perkembangan terkini. 


2 comments:

  1. wah..bestnya event mamee ni.. :)happy anniversary yg ke 45 mamee

    ReplyDelete