FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 2 - Blog Eyzamiel

24.12.15

FOOD TRAIL PUTRAJAYA BY GAYA TRAVEL #EATTRAVELWRITE ~ DAY 2

Alhamdulillah... pagi hari kedua kami semua  mulakan aktiviti pukul 9.30 pagi. Tapi sebelum tu sarapan la dulu kat Hotel Everly. Banyak jugak pilihan makanan untuk sarapan kat sini...


Sarapan kat hotel ni aku makan sikit je sebab takut sakit perut. Aku ni pagi-pagi ada masalah sikit kalau terlebih makan. hahaha.. tapi walau makan sikit tetap kenyang tau.. sebab misi kami kan makan.. so, tak sempat lapar, dah makan balik..


Selesai sarapan, kami semua bertolak ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Kat sini, kami diberi macam-macam penerangan tentang tumbuh-tumbuhan .. Sebelum ni aku memang tak tau yang kat Putrajaya ni ada Taman macam ni.. dah macam kebun buah... ada jugak buah yang aku tak pernah tengok pun ada kat sini.


TIKET MASUK
1. Lawatan ke DUSUN: RM2 (Individu)
2. Lawatan Berpandu: RM5 (Individu) RM3 (Pelajar)
3. Lawatan Buggy: RM4 (Individu) RM3 Pelajar)
4. Permainan Tradisional: RM5 (Individu)
5. Argo Telematch: RM2 (Individu)
6. Rubber Art: RM3 (Individu)
7. Colouring & Drawing: RM5 (Pelajar)






Ni CempedakNangka.. sebab buah ni kawen.. sebab tu nama dia panjang..

Kat sini ada jugak pokok berries... sedap bila kita makan terus dari pokok.. masam-masam manis rasa dia..



Dalam trip kami ni ada media dari Malaysia, Eqypt dan Indonesia. Dan yang bestnya Juara Dewi Remaja 2003/2004 Annahita pun ada.. Sporting plak tu.. ceria je dia.. apa kitaorang buat semua dia buat jugak.. takde pun nak sombong2.. i like.




Penat berjalan dalam tu, kami semua berehat kat rumah pekebun kecil.. tak sangka diaorang ada sediakan air kelapa dan buah-buahan yang fresh dari pokok.. sukanya.. lega tekak.. buah dah la manis.. siap kitaorang tapau bawak balik..


Kat sini jugak ada pokok getah dan mesin memproses getah keping.. so, untuk sesiapa yang tak pernah tengok macam mana proses getah keping, bole la datang tengok kat sini.


Settle je melawat Taman Warisan Pertanian, kami semua berehat makan tengahari kat Medan selera yang terdapat kat sini. Nama Medan selera ni ialah Penanggah. Kat sini jugak ada surau dan tandas. Korang bole solat kat sini. Aku makan Nasi Ayam dan minum air sirap bandung.




Bila semua dah kenyang, kami bertolak ke tempat Cruise Tasik. Wah. Aku tak pernah naik tau. Ni kira First time naik. Kat sini juga, ada orang akan ambilkan gambar kita dengan ular sawa atau burung merpati. Si Eina ni nampak je ular terus nak bergambar. Aku awal-awal dah lari. Untuk 2 keping gambar cuma berharga RM 20.00




Mula-mula aku ingatkan naik kapal ni.. rupanya kapal kami lagi best.. Kami naik Picnic Boat. wah.. memang lain dari yang lain.. Sekarang ni tengah ada promosi.. Cuma RM 50 untuk 30 minit dan Boat ni boleh memuatkan 8 orang dalam satu boat. Kalau nak tau pakej lain atau nak tau apa-apa tentang cruise ni.. bole klik sini..


Sebelum naik boat kami kena ambik bekalan picnic dulu.. ye la, kalau xde makanan bukan picnic namanya kan...


Aku suka tengok mangkuk tingkat comel dari @Tiffinayan ni ..Comel..pastu warni warni.. Adam anak Ruby pun suka sangat ngan mangkuk tingkat ni.. comel..senang dia nak bawak ke sana sini..



Aku satu Boat dengan Blogger FatinBella , Mahamahu , Eina ,  Tarmizi dan Naomie . Picnic Boat ni kita bole kemudi sendiri dan nak tau tak sape kapten kami? FatinBella ye. Jangan pandang rendah dengan Lady Driver. 



Selesai berpiknik, kami sempat singgah di Moroccon Pavillion Putrajaya.. Kat sini kami sempat la melawat rekabentuk bangunan di Moroccon dan kami rasa bertuah sangat sebab dapat masuk ke kawasan yang sebelum ni dilarang mengambil gambar.. kiranya gambar-gambar kami ekslusif la.. 





dah selesai bergambar kat sana, kami balik ke hotel untuk mandi dan berehat. malamnya kami semua ke Umai cafe untuk makan malam pulak.


Ramai betul orang kat Umai Cafe ni.. Kami semua dah disediakan tempat khas di Roof Top... Macam-macam makanan yang ada.. 


Dari Umai Cafe kita bole nampak Masjid Sultan Mizan atau lebih dikenali dengan Masjid Besi.. Cantik sangat dengan lampu-lampu yang bercahaya...

Tapi ramai yang cakap Umai cafe ni Specialty dia Nasi Goreng Umai dengan cekodok.. Bila dah try.. memang betul, sedap..





Dan yang paling best masa kami kat Umai Cafe ni bila kami diajar buat cekodok pisang oleh Owner Umai Cafe sendiri..




Nampak macam senang je kan.. comel dan sekata masaknya... 


Dah habis demonstrasi, kami diberi task untuk buat cekodok pisang jugak... kami kena buat 4 kumpulan.. 


cekodok kumpulan A
cekodok kumpulan B
cekodok kumpulan C

cekodok kami.. Kumpulan D
 Juri pun pening nak pikir pemenang.. sebab bila dah belajar dengan owner Umai Cafe.. semua jadi expert buat cekodok...


Dan selepas penat juri memikir dan merasa... Cekodok kumpulan A menang no 1 dan cekodok kami menang no 2.. Yeay...

Alhamdulillah.. dah selesai 2 hari kat Putrajaya ni.. esok ada sehari lagi.. Nak tau apa aktiviti esoknya? Tunggu next entry ye.. :)

#EatTravelWritePutrajaya
#GayaTravel
#PPJ
#PerbadananPutrajaya


kredit :


No comments:

Post a Comment