Sape suka makan Mamee? Aku tahu ramai yang suka kan.. dari
aku kecik lagi Mamee dah ada.. Kiranya, Syarikat Snek yang terbesar di Malaysia
iaitu MAMEE Double-Decker (M) Sdn. Bhd (‘MAMEE’) telah lama bertapak dan makin
berkembang maju di Malaysia.
Baru-baru ini, aku sempat ke RUYI & LYN kat Bangsar
Shopping Centre untuk event MAMEE… MAMEE Double-Decker (M) Sdn. Bhd telah
bekerjasama dengan DyDo DRINCO, INC (‘DyDo’) , salah satu pengeluar minuman
tanpa alcohol yang terkemuka di Jepun untuk mengubah landskap perniagaan
minuman .
Ucapan dari Tan Sri Pang Tee Chew, Group CEO of Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd |
Ucapan dari Mr Tomiya Takamatsu, Group CEO of DyDo DRINCO, Inc. |
Mamee telah mengukuhkan kedudukan sebagai pengeluar makanan ringan di Malaysia. Antara produk
yang menjadi kegemaran ialah MAMEE Monster Snack, Mister Potato Chips dan MAMEE
CHEF.
Kerjasama antara MAMEE dan DyDo ini merupakan kejayaan untuk
kedua-dua syarikat besar ini.
Pada majlis ini,MAMEE telah melancarkan MAMEE DyDo Cool Tea iaitu
minuman herba untuk membantu mengekalkan tubuh secara semula jadi sejuk dari
cuaca panas dan makanan pedas.MAMEE DyDo Cool Tea digabungkan dari 8 ekstrak
semulajadi herba yang berasal dari Mesona Chinesis, Liquorice Root,Daun Lotus,
Bunga Honeysuckle,Bunga Chrysanthemum ,Daun Mulberry, Selfheal dan Grosvenor
Momordica yang amat sesuai untuk menyejukkan badan.
Pada majlis tu jugak, kami dihidangkan makanan yang sangat
pedas dan minuman Cool Tea… Memang kombinasi yang menarik. Dengan rasa pedas
dalam mulut, air Cool Tea memang sangat-sangat menyegarkan dan menghilangkan
rasa pedas dan panas dalam mulut.
Rasa air Cool Tea ni pun sedap.. aku paling suka Cool Tea
yang warna kuning.. Teh Herba + Chrysanthemum… lepas minum memang rasa lega
sangat kat tekak..
2 hari lepas, badan aku panas macam nak demam.. nasib baik
stok Cool Tea ada lagi kat rumah.. bukak setin, minum… Alhamdulillah, panas badan
turun n tak jadi demam.. memang berkesan…
Apa kata korang cuba.. gerenti puas hati.. sedap tau..
Nak dapatkan kat mana? La..Banyak kedai yang jual.. kat 7e,
Supermarket, Hypermarket, Kedai runcit dan stesen minyak… korang gi je cari kat
sana.. mesti ada.. ok.. lepas ni kalau makan durian ke, makan pedas ke ataupun
panas hati sebab sangkut dalam jammed bole la minum Cool
Tea.. Gerenti korang Cool.. hihihi…
PERGHHHH! dia dah up entry...kahkah...tapi serius laaa...mmg air herba ni elok utk panas dalam
ReplyDeletehahaha.. mood rajin tengah datang..
Delete