Sinopsis :
Kumpulan Spy 13 yang dibangunkan 3 detektif (johan, zizan, nabil) persendirian sangat terkenal kerana berjaya menyelesaikan banyak kes-kes yang ditugaskan. Salah seorang ahlinya juga mempunyai pelbagai keupayaan seperti menerbangkan bola kecil kepada musuh. Dipendekkan cerita, spy 13 diupah untuk membongkar rahsia salah seorang bapa ahli kumpulan sendiri dan mereka mendapati 1 konspirasi besar sedang berlaku, menyebabkan mereka perlu mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan konspirasi tersebut.
OK... Semalam aku ngan membe aku plus husband dia gi la tengok citer Uncle Usin ni kat MBO Galaxy Ampang..... Kami semua teruja la nak tgk citer ni.. ye la, kalau tengok dari segi nama-nama pelakon citer ni mesti la buat orang tertarik nak pg... Kalau ikutkan, sinopsis kat atas tu salah.... Diaorag bertiga bukan satu kumpulan.. Johan jd jahat dalam citer ni... Nabil pulak, dah dekat nak habis baru muncul....
Alhamdulillah, semalam x ramai pun yg tengok wayang kat situ... sekejap je dah dapat tiket.... pas amik tiket, beli popcorn, pastu lepak2 dulu kat luar... MB0 Galaxy pun dah cantik sekarang (nampak sangat aku dah lama x gi sana)....
Bila lampu menyala, kata dah bole masuk... kami semua berkobar-kobar la masuk dalam panggung.... Mula-mula start, ok.. aku rasa adegan dia lawak... pastu, dah mula rasa citer ni x best... bukannya apa, dah la citer cam sangkut (mcm beli cd cetak rompak), ada adegan yg kena potong, ada jugak sedikit aksi terlampau (bila zizan masukkan tangan dalam seluar) dan yg paling tak bole blah... bila ada aksi stunt, bole pulak nampak tali yang dipakai untuk buat terbang... KANTOI!
Ada couple kat sebelah aku, baru setengah cerita tu main, terus blah... pakwe dia kata ni citer lawak b*****g! kami teruskan jugak layan.. ye la, dah beli tiket.. tengok je la....
Bila keluar dr panggung, ramai la yg komen macam2...
Pendapat aku: kalau ikutkan citer ni macam best.. tambahan pulak dengan nama2 besar macam Zizan, Johan ngan Nabil.... tapi, aku tak paham naper filem ni letak nama Uncle Usin.. sebab Uncle Usin tu saper? Nabil? Nabil pun dah last sangat baru muncul.. tu pun, sebagai tuan punya premis penyiasatan Zizan.... Nak kutip sewa dr Zizan... ke aku yg tak perasan, uncle Usin tu dah muncul.. Musykil aku.... Kalau letak SPY 13 tu logik la jugak... Kalau ikut kiraan bintang aku cuma bagi 3 1/2 bintang... tapi, ni pendapat aku jer tau... maybe lain orang lain pendapat... kalau nak tau pendapat korang pulak camne, gi la tengok dulu citer ni....
Nota: Terkejut aku bila bukak Blogspot... dah jadi lain macam... pastu, dah la bila kita publish, semuanya jd sebaris jer.. Adoi... naper la blogspot ni tak tanya dulu, aku nak tukar ke tak... kan dah susahkan aku sekarang.. :)
aah nana pon terkejut blogpsot ni main tukar je..dah macam FB tukar jadi timeline plak..hehe
ReplyDelete