June 2011 - Blog Eyzamiel

30.6.11

::Kecewa::

Thursday, June 30, 2011 5
::Kecewa::


Aku rasa sedih sangat...
Semua ni terjadi atas kesilapan aku sendiri....
Kesian hubby....
Berkorban apa saja untuk aku..
tapi aku sia2kan peluang yang diberi....
aku kecewa dengan diri aku sendiri.....
Moga2 peluang yang datang masih terbuka untuk aku.....
Amin....

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

29.6.11

::Terpaksa Tunda::

Wednesday, June 29, 2011 2
::Terpaksa Tunda::
Rentetan daripada entry ni...
Aku terpaksa tunda plan yang ini...

Tadi dah call hotel..
Semua tarikh dalam bulan Julai dah penuh..
Nak tak nak...
terpaksa tukar ke bulan September...
Dah x jadi percutian untuk Anniversary...
Nak buat camner...
Terpaksa la...
Walaupun hati tak rela.. :)
 
eyza

27.6.11

::Sekali Lagi::

Monday, June 27, 2011 1
::Sekali Lagi::


Aku memang x sabar nak tunggu citer ni keluar kat pawagam 30 Jun ni...
Mesti best sebab ade shaheizy sam, lisa surihani dan si comel..mia sara...


Sinopsis/Synopsis Sekali Lagi

Arman (Shaheizy Sam) merupakan seorang pesakit yang percaya dirinya menghidapi penyakit autisme. Dia dijaga oleh ibu (Kartina Aziz) dan ayah saudaranya (Alex Yanz) selepas pembedahan. Dia dijodohkan dengan (Shasha Zurazie) atas pilihan ibunya. Satu hari, Arman diperas ugut dan kehadiran Amy (Mia Sara Nasuha) menyelamatkan Arman. Sejak hari itu, mereka berkawan baik sehinggalah hal persahabatan mereka diketahui ibu Amy, Shiela (Lisa Surihani). Shiela berang dan melarang Amy berjumpa Arman. Mengapakah Shiela berbuat begitu? Segalanya terjawab dalam filem romantik indah lakonan mantap SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA dan BRONT PALARAE di pawagam.


Arman (Shaheizy Sam) is a patient who believes that he is suffering from autism. He is taken care by his mother (Kartina Aziz) and his uncle (Alex Yanz) after his surgery. He is married to (Shasha Zurazie) who happens to be his mother’s choice. One day, Arman was blackmailed and Amy’s (Mia Sara) presence saved Arman. Since that day, they became good friends until Amy’s mother, Sheila (Lisa Surihani) finds out about their friendship. Sheila became very angry and prohibited Amy from meeting Arman. Why is Sheila doing this? Everything will be answered in this beautiful romantic film played by SHAHEIZY SAM, LISA SURIHANI, MIA SARA NASUHA and BRONT PALARAE in the cinemas.




Aktor yang tgh panas sekarang ni.. Shaheizy Sam...


Sama Comel.... Lisa dan adik Mia...

kredit: sini


Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

25.6.11

23.6.11

::Kek Lapis Sarawak::

Thursday, June 23, 2011 1
::Kek Lapis Sarawak::


Semalam akak opis aku balik dari Sarawak....
pastu dia ade bawak kek lapis...
lama gak aku tak makan kek lapis ni...
Selalunya..
kalau raya kat Sarawak....
malam raya, aku,kakak ipar ngan adik ipar aku dah sibuk2 buat kek lapis ni..
sampai 2 periuk pengukus..
aku lebih sukakan kek lapis yang kukus sebab dia lebih moist..
kebanyakan kek lapis yang dijual dibakar..
agak kurang sikit moistnya....(pendapat aku ler, lain orang lain citarasanya)

aku bawak kek yang akak tu bagi balik umah..
kemain happy lagi hubby...
aku sempat makan 2 potong jer..
yang lain, semuanya dihabiskan oleh Hubby....
tu mesti penangan rindu kampung halaman tu..
lagipun tahun ni kitaorg raya kampung aku...
takde la acara buat kek lapis beramai-ramai...

Tak ape abg, tahun depan kita raya Sarawak.. abg bole makan kek lapis puas2 ye...

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

22.6.11

::Makan Luar::

Wednesday, June 22, 2011 0
::Makan Luar::
Semalam hubby ajak makan kat luar...
saja nak ubah selera pulak...
asyik makan nasik jer kan..
sesekali nak pulak makan western..

Kul 5 hubby datang opis sebab nak konvoi balik sekali....
Balik umah dulu sebab aku nak parking keta....
Pastu naik keta hubby jer....

Kami makan kat Cheras batu 9..
aku x ingat nama kedai tu...
Tapi malam2 ramai org makan kat situ...

Western dia memang sedap...
semalam hubby order Chicken chop...


Hubby punya... tapi aku yang banyak makan sebab aku rasa chicken chop hubby lagi sedap dari yang aku punya....

Aku pulak order Black Pepper steak... Tapi aku rasa yang ni cam kureng sikit sebab sos dia sedikit masin..... tu sebab la aku habiskkan chicken chop hubby....


Steak aku yang sedikit kureng...

memang kenyang sesangat...... tapi yang aku peliknya...
dalam kul 10..
hubby leh request masak megi...
2 bungkus pulak tu....

Nak x nak..
masak la jugak..
dah hubby nak makan...
suka aku tgk hubby berselera makan..
walaupun aku cuma masak megi mee..
hubby tetap cakap sedap.... (nak amik hati kut...hi..hi..hi..)

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

::Serba Salah::

Wednesday, June 22, 2011 0
::Serba Salah::

Tahun ni Opis aku jadi tuan rumah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk JKN Selangor....
Macam biasa..
bila dah jadi tuan rumah..
mestilah koir kami yang kena nyanyi masa majlis tu nanti...
dan aku adalah salah sorang ahlinya...

Nak dijadikan cerita....
aku dipilih untuk suara utama bersama 3 lagi ahli koir..
maknanya..
cuma kami berempat untuk suara utama....

dan..
apa yang buat aku frust...
Tarikh rehearsal kat dewan utama bole pulak sama tarikh  dengan plan aku yang ini...

Aku dah minta untuk skip..
tapi....
katanya tak boleh sebab Pengarah nak tgk semua ada berdasarkan senarai nama....

Sob..sob...sob... (tgh menahan nak nangis)..
Aku baru jer nak hepi2 dgn hubby..
kenapa la benda camni pulak yang datang....

Sekarang ni dah serba salah...
samada nak tunda tarikh untuk plan aku @ larik jer dr pg rehearsal tu....

Ni yang Aku tak suka....tak suka....dan tak suka....
Mak!!!
Tolong anakmu ini.......

eyza

21.6.11

::Kena tinggal lagi::

Tuesday, June 21, 2011 3
::Kena tinggal lagi::

Tadi hubby call..
Esok dia kena balik Johor semula...
Baru jer jumpa hubby.....
Dah nak kena tinggal lagi...
Sedihnya..


20.6.11

::Rancangan untuk 4th Anniversary::

Monday, June 20, 2011 4
::Rancangan untuk 4th Anniversary::


Anniversary tahun ni aku ngan hubby dah plan nak habiskan masa berdua...
Ye la..
kebelakangan ni kami jarang jumpa..
hubby kat Johor, aku pulak kat Kl...
sebab tu la kami rancang nak bercuti sambil rehat puas-puas..

Destinasi percutian kami tak jauh pun dari Kl...
tak kisahlah...
janji dapat spend time together...

Harap sangat cuti aku dan hubby diluluskan..
kalau tak lulus..
masak la kami berdua sebab hotel semua dah bayar..
Rugi pulak kalau nak 'burn' ajer duit tu...

Aku harap sangat semua plan kami berjalan dengan lancar...
InsyaAllah...

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

19.6.11

::Selamat Hari Bapa::

Sunday, June 19, 2011 2
::Selamat Hari Bapa::

Pic: kredit to google

Ada yang panggil Ayah, Walid, Baba, Abah, Pak, Papa dan macam2 lagi...
Tapi..
Walau apapun panggilannya....
Mereka tetap memainkan peranan yang penting untuk kita...
Tanpa insan yang bergelar Ayah...
Tiada la kita semua di muka bumi ni.. Betul x?

Teringat kenangan dulu2 ngan ayah aku..
Ayah aku ni memang seorang yang amat garang....
Kami adik beradik x berani nak mintak apa2..
kalau kami semua tgh bergaduh...
dengar ja suara ayah..
terus semua berbaik...

Dulu...
kami sekeluarga hidup susah...
cuma tinggal dalam pondok kecil ja...
Tapi,
walaupun kami susah...
tiada bekalan elektrik dan air paip...
Ayah tetap memberi galakan dan semangat untuk kami adik beradik belajar...
dia x nak kami hidup susah macam dia...
Ayah dulu adalah seorang pelajar yang pintar...
ayah pernah mendapat tawaran sambung belajar ke MCKK...
Tapi rezeki ayah x der sebab masa tu mak ayah (tok aku) meninggal....
memandangkan ayah adalah anak sulung,ayah terpaksa lupakan hasrat untuk sambung belajar sebab terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga adik2nya...

Teringat lagi..
zaman aku sekolah dulu....
Kalau time amik 'report card' kat sekolah...
ayah sanggup datang...
walaupun dengan hanya mengayuh basikal...
tapi bila dapat result yang teruk ajer..
siap la...

Walaupun...
Ayah jarang memukul kami adik beradik..
tapi, kalau sekali dia marah...
memang kami adik beradik bole kecut perut....

Dulu aku tak berapa rapat sangat dengan ayah...
sebab sifat garang ayah...
aku lebih selesa berbicara dengan mak...
tapi bila aku sambung belajar kat KL...
sedikit demi sedikit aku rasa semakin akrab dengan ayah....
mungkin bila dah berjauhan barulah aku sedar yang selama ni ayah memang sayangkan aku....


Sekarang ni..
aku rasa penat lelah ayah bekerja untuk sekolahkan aku dan adik2 memang berbaloi....
masa aku sambung belajar kat kolej..
adik ayah boleh tanya.. "abg ade duit ke nak hantar anak pg kolej?"...
sampai begitu sekali diaorg pandang hina pada ayah.....
tapi, ayah dah buktikan..
selagi tulang 4 keratnya masih ada...
dia mmg xkan meminta-minta...
dan Alhamdulillah...
aku berjaya jgk dapat Diploma walaupun ayah x meminjam 1 sen pun dengan sesiapa....
cuma aku ade buat pinjaman PTPTN..
dapatlah sikit menampung kehidupan aku kat sini.....
Dan Alhamdulillah jgk...
Berkat kerja kilang....
Ayah dapat menanggung pengajian adik2 aku...

Dan kini...
alhamdulillah..
kami adik-beradik dah berjaya....
Aku dah bekerja kat sektor awam..
Adik pertama aku lulusan politeknik dan sekarang kerja technician kat Kulim....
Adik kedua aku lulusan UTM dan sekarang bekerja di PPUM....
adik ketiga aku masih menuntut di UiTM jurusan pentadbiran awam...
dan adik aku yang bongsu.. tahun ni amik PMR....

Aku bersyukur sangat Ya Allah...
kerana mengurniakan kami seorang ayah sebaik ayah aku....

Kalau nak diceritakan tentang hero aku ni..
1 entry memang x cukup... :)


Untuk Ayah....
Selamat Hari Bapa....
Ayahlah Hero hati Along....
dan....
Untuk hubby...
walaupun abg belum bergelar ayah..
InsyaAllah...
jika Allah mengabulkan permintaan kita nanti...
abg tetap akan dapat menyambutnya......

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

17.6.11

::Pasal sambut posa:

Friday, June 17, 2011 0
::Pasal sambut posa:

pic: kredit to google

Tadi adik aku mesej...
tanya nak balik kampung ke x permulaan puasa ni...

Memang tiap2 tahun dah jadi macam wajib la kami semua sambut posa kat kg....
Bila dah kawin pun hubby x kisah nak teruskan tradisi ni...

Tapi tahun ni..
Aku x berani nak bagi kata putus kat adik aku lagi...
sebab...
sekarang ni hubby tinggal kat Johor....
Cuma hujung minggu saja balik sini....
selagi Projek kat UTHM tu belum siap, aku x berani janji kata nak balik.....
tapi kalau x balik, kesian pulak kat mak ngan ayah....

Tgk la macam mana...
maybe, kalau hubby x dapat balik...
aku balik jer ngan adik aku....
Hubby pun cakap dia x kisah..
nak buat macam mana...
Dah dia ada kerja...

Harap2 la..
awal puasa nnt projek tu dah siap dan hubby dapat ikut....
Baru la meriah bila semua adik beradik berkumpul...
Rindu pulak kat mak ngan ayah bila citer bab kampung ni..hi..hi..hi...


Cepat la siang.... sebab esok hubby balik..... :)

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...

16.6.11

::"Dia" dah datang::

Thursday, June 16, 2011 3
::"Dia" dah datang::


Aduh...
tadi kat opis tetiba jer perut ni buat hal...
pegi toilet..
tgk2... cik P datang..
patut la sakit...

balik umah..
bancuh milo panas2 dan minum..
baru kurang sikit....
Harap2 malam ni aku bole tido ngan lena..
kalau x, terpaksa la telan panadol menstrual....

Moga cycle kali ini berjaya.. Amin.....

Kalau nak duit lebih, jangan lupa klik kat sini yer...