kenal diri melalui warna.... - Blog Eyzamiel

21.4.09

kenal diri melalui warna....

sebenarnya aku dah lama dapat email ni dari membe aku kak nur tp baru hari ni sempat aku baca... jom kita check sesama warna2 kelahiran kita....

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui
tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang
itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir.
Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi,
sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu
mewakili warna Kuning.
Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian
diri kamu menerusi warna tersebut.
tapi jgnla pula terlalu percaya!!!
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah

Merah

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih!
Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis
yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu
sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini
dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila
kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
dalam
perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu
lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak
stabil
kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah.
Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara
kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti
tersendiri
yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan
tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang
ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />cuba mencabar kamu
kerana
kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar
untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan
perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi">Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati
dan
suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain mem**** buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang
harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai
si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan
itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian
ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,
ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu
buta namanya!

Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak
temakan diri!

No comments:

Post a Comment