Alhamdulillah... 28 Jun hari tu, aku dan beberapa rakan blogger diberi kesempatan dan peluang untuk ke NZ Garden, Jalan Ampang bagi menghadiri Majlis Pelancaran Persidangan Rashidun Caliph 2014. Persidangan Rashidun Caliph ini dianjurkan oleh Tathweer Sdn Berhad.
Tathweer Sdn Bhd adalah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor dan diterajui oleh 4 orang anak tempatan ini memberikan perkhidmatan yang mencapai tahap piawaian global dalam aspek komunikasi interaktif, pengurusan majlis, pemasaran dan pengembangan keusahawanan.
Tathweer adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, 'Revolusi' iaitu menyediakan suatu platform unik untuk merapatkan jurang antara kita dengan mencipta idea-idea baru yang tidak lari dari teras objektifnya iaitu untuk membawa keamanan dan harmoni di alam semesta ini.
Terdapat 4 orang penting dalam pengurusan Tathweer Sdn Berhad...
Majlis dimulakan dengan bacaan doa agar majlis berjalan dengan lancar.
Antara blogger yang hadir bersama Orang Kuat Persidangan ini. |
Nak tau apa dia Persidangan Rashidun Caliph? Ha.. Meh sini aku citer...
- Persidangan Islamik yang bakal mengambil tempat di PWTC hujung bulan Ogos ini memfokuskan kepada elemen persepsi terhadap Islam pada hari ini yang banyak menimbulkan persoalan dari segi bagaimana umat Islam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam.
- Aspek yang dibincangkan bakal menerapkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini, dan usaha untuk mengkaji semula pemahaman mereka terhadap konsep Islam dari segi konteks peradaban kontemporari; menimbangkan antara keutamaan;membangunkan suatu kaedah yang boleh diterima pakai untuk diinterpretasikan; dan bagaimana kita boleh menguasai semula prinsip Islam berkaitan mentaati perintah dan suruhan Allah s.w.t melalui keadilan sosial dan kemanusiaan keseluruhannya.
- Bertemakan "Past Experience-Future Lessons", turut mengetengahkan 3 topik yang menjadi kunci utama, iaitu :
a) Righteous Caliph (Kalifah Soleh)
b) Righly Guided (Mendapat Petunjuk)
c) Righteously Guided (Bimbingan Yang Adil)
- Persidangan selama 1 hari ini juga, bakal menampilkan barisan 6 orang panel penyampai dari pelbagai negara dan berbeza latarbelakang, namun mempunyai asas tauhid yang sama, yang bakal berkongsi pentas bertukar-tukar idea dan buah fikiran berkenaan topik yang dibincangkan.
6 panel yang dijemput adalah nama-nama yang memang sudah terkenal di peringkat Antarabangsa. Mereka adalah :-
Semua orang boleh mnyertai persidangan ni... Muslim dan bukan muslim juga dijemput hadir... Persidangan ini juga boleh dihadiri secara perseorangan ataupun secara berkumpulan...
Tiket untuk menyertai Persidangan ini hanya berharga RM200.. Nak Diskaun? Ha.. ni ada berita baik.. untuk 300 pembeli pertama, mereka hanya perlu membayar RM 150 untuk harga tiket..berbaloi kan? Tiket-tiket boleh dibeli disini..
So, apa tunggu lagi.. jom la kita beramai-ramai menyertai persidangan ini.Banyak ilmu yang dapat kita kongsi bersama..
Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari Tathweer.com
No comments:
Post a Comment