Blog Eyzamiel

19.8.15

Texas Steak House di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras

Wednesday, August 19, 2015 8
Texas Steak House di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras
Sape suka makan Western? Aku suka sangat.. tapi.. nak cari restoran western yang sedap dan harga berpatutan memang susah sikit la.. kalau ada pun mesti mesti harga mahal...

Hari tu aku teringin nak makan.. nak gi Station 21 cam malas plak nak redah KL.. so, hubby bawak aku makan kat TEXAS STEAK HOUSE area Bandar Tun Hussien Onn... kami pergi bertiga ngan adik aku...


Masa mula-mula sampai.. aku dah suka tengok konsep kedai ni.. ala-ala koboi gitu....



 Banyak jugak pilihan makanan kat sini...



Durian Belanda & Jus Tembikai
Epal Asam Boi
Spagthi Seafood

Black Pepper Steak
Chicken Chop






















Rating : 4 bintang / 5

Apa yang aku bole cakap.. sedap dan berbaloi.. ;)





17.8.15

SkinSoul Skin Shield Range

Monday, August 17, 2015 2
SkinSoul Skin Shield Range
Selain dari C-Jello dan Ultra Soft Facial Towelettes ni.. SkinSoul juga ada Produk Skincare dan Make Up tau... Rangkaian Produk Skincare ni diberi nama Skin Shield ... 


Skin Shield ni adalah rangkaian penjagaan kulit yang diperbuat daripada Ashitaba Organik Tulen dan gabungan ekstrak botani lain yang berharga dan berkesan untuk kulit.

 Ianya terdiri dari 5 benda asas untuk penjagaan kulit supaya bersih, cantik dan bersinar.

[ Hydra-Purifying Cleanser ]


Diperkaya dengan vitamin dan mineral dari organik tumbuhan Ashitaba dan diperkaya dengan ekstrak bunga Daisy, ianya membersih secara sempurna sambil melembapkan dan mencerahkan kulit bak mutiara.


Cara Guna:
 Basahkan muka.. Titiskan di tapak tangan beberapa titisan.. kemudian gosok hingga berbuih dan sapu kat muka... aku ada ambik gambar aku sapu kat muka.. tapi buruk bebenor.. terpaksa kansel letak kat sini.. hahahah....



[ Hydrating, Energizing & Pore Refining Lotion Mist Spray ] 


Lotion ni sangatlah ringan dan dapat membersihkan kotoran di muka dengan lembut . Ianya mengembalikan keseimbangan serta kelembapan kulit selepas membersihakn muka . Terdapat Witch Hazel Extract yang dapat membantu untuk mengurangkan kulit gelap dan liang roma tersumbat serta mengembalikan kesihatan kulit kepada PH semulajadi.


Cara Guna:
 Ambil kapas muka...  Titiskan di kapas (kalau ada) kalau tak kat tapak tangan pun tak pe.. beberapa titisan.. kemudian sapu kat muka...  kiranya fungsi dia sama macam toner la...


[ Lift & Bright Serum ]


Serum yang dapat menyerap nutrien ke dalam lapisan kulit serta memulihkan dan memberikan keanjalan kepada kulit.Polifenol aktid dan flavanoid dalam Ashitaba memainkan peranan penting dalam mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran.Ia menggabungkan bahan-bahan semulajadi bio dan kolagen yang penting untuk menambah kelembapan kulit.


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. serum kena sapu ke atas tau.. sebab kalau ke bawah takut kedut.. ;)


[ 12-in-1 Suncare Day Cream (SPF50) ] 


Day Krim 12 dalam 1 ni boleh dipakai ketika dirumah atau sebagai asas solekan... warna day krim ni akan blend dengan warna kulit kita... 

Ianya mempunyai 12 manfaat :
1. menghidrat dan melindungi kulit
2. mencerahkan kulit
3. menyamaratakan tona kulit
4. menyembunyikan dan menutup cela diwajah
5. melawan tanda-tanda penuaan
6. mencantikkan kulit
7. melindungi kulit dari sinaran UV
8. menyihatkan kulit
9. Melegakan kulit yang bermasalah
10. Mengurangkan kesan Radikal bebas
11. Merangsang kulit supaya muda remaja
12. Membuatkan wajah berseri


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. ratakan ke seluruh wajah... kalau nak keluar, boleh la pakai bedak.. kita buat macam foundation la Day Cream ni...


[ Night Cream ] 


Dengan vitamin dan mineral dari bahan organik Ashitaba ianya dapat mencerah dan menganjalkan kulit secara-perlahan-lahan.


Cara Guna:
 Picit di tapak tangan....  ambik dan sapukan sekitar muka.. ratakan ke seluruh wajah... pastu bole tido.. ;)

Muka sebelum pakai set ni..

Muka selepas tanpa mekap... just pakai Day Cream je...

Muka pakai Day Cream + Bedak Kompak Maybelline...

So, korang rasa macam mana? Ada perubahan tak? :)

Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Like Facebook SkinSoul..  Pegi mana-mana outlet SkinSoul, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)


15.8.15

Padan Muka Serangga semua, AFY Haniff datang menyerang!

Saturday, August 15, 2015 2
Padan Muka Serangga semua, AFY Haniff datang menyerang!
Hari tu kan aku dah janji nak citer pasal penyelesaian Lipas ngan Semut kat umah aku kan... Ha... Ni la produk yang aku guna...

 Rangkaian Produk Serai Wangi dari AFY Haniff... Banyak rupanya produk yang dikeluarkan oleh Syarikat ni... ni sebahagian je tau.. ada lagi.. tapi, jenuh plak kalau aku nak tunjuk semua... Nak tengok produk lain bole terjah website AFY Haniff...

Serai Wangi Afy Haniff Hanging Insect Repellant




Serai Wangi Hanging Insect Repellant ni memang comel... Cara nak guna senang sangat.. Bukak penutup.. tanggalkan penyumbat dalam botol.. dan terbalikkan sekejap sama macam kita pakai pewangi kereta tu.. pastu gantung la kat mana yang korang suka.. 


Aku gantung dalam almari kasut... tak nak lipas gigit kasut-kasut aku.. :)

Serai Wangi Afy Haniff Sprayer 



Aku suka yang ni.. senang nak cuci habuk ngan kotoran.... selalunya aku suka cuci kabinet meja makan.. bersih jer.. lipas ngan semut pun tak berani merayap kat meja makan dah.. selamat lauk pauk aku....


kat penutup botol tu ada off dan spray.. adjust jer...





Pekatan Herba Serai Afy Haniff



Yang pekatan ni aku suka pakai untuk cuci bilik air n mop lantai... rumah wangi.. lantai pun bersih... Pekatan ni ada 2 saiz.. 500ml dan 900ml...



Serai Wangi Afy Haniff Pelita



Aku suka sangat pasang pelita serai wangi ni kat rumah.. satu rumah bau serai wangi.. aromaterapi tu...


Serai Wangi Afy Haniff Anti Lipas & Anti Tikus


 Yang ni senang nak guna.. bukak bungkusan.. n letak je kat mana-mana kawasan yang dirasakan berisiko untuk ada Lipas dan Tikus....


Didatangkan dalam bentuk kiub kecik-kecik ni... letak je mana yang korang suka.. aku letak satu kat tempat barang yang aku sayang.. protect dari Cik Lipas siap-siap.. Untuk yang Cik Tikus.. aku bagi mak aku sebab kat kampung ada tikus.. umah aku takde.. So, lebih baik la mak aku yang pakai...

Sejak aku pakai produk-produk dari AFY Haniff ni.. rumah aku dah clear dari Cik Lipas dan Cik Semut.. Aman sikit rasanya.. kalau tak, serabut dok pikir.. hihihi...

Produk ni boleh didapati di Banyak Outlet yang terpilih seperti diatas ni... So, takyah risau.. banyak tempat yang ada... senang sangat nak dapat...

Untuk maklumat lanjut mengenai boleh tengok kat sini:


14.8.15

Senang sangat Cuci mekap dengan adanya SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes

Friday, August 14, 2015 3
Senang sangat Cuci mekap dengan adanya SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes
Hari tu aku dah makan C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul.. Kali ni aku nak cerita pasal satu lagi produk yang best jugak dari SkinSoul ...

Aku kan.. kekadang suka mekap.. takde la heavy.. Tapi BB Cream Seqy Beauty , Blusher ngan Lipstik adalah benda wajib aku pakai... kalau nak heavy sikit, aku sapu bedak, pakai eyeliner n pakai maskara.. dah siap... Tapi kan.. masalah jugak kalau dah bermekap ni.. nak kena cuci muka betul-betul.. tambahan pulak kulit aku ni memang kategori yang senang sangat cik jerawat nak singgah...

Selalunya, aku akan cuci mekap dengan mekap remover ataupun minyak zaitun.. memang la mekap tanggal.. tapi.. ada satu yang tak best bila pakai 2 jenis barang ni.. muka jadi berminyak.. tak syiok...  kena pakai pencuci muka plak nak hilangkan minyak tu... So.. x best camtu.. aku ni agak malas nak banyak step sangat.. kalau boleh.. guna satu benda.. dh cukup... hahaha... 


So, Dah alang-alang try Collagen dari SkinSoul ni... aku pun teringin la nak try Soft Facial Towelettes dia sekali... sebab tengok demo cam best.. 


SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni memang berkesan menangkalkan mekap.. tak kisah la korang pakai mekap tebal camne pun.. tanggal maskara pun senang tau...Ianya PARABEN FREE dan LANOLIN FREE serta tiada pewarna dan pewangi tiruan dan takde bahan kimia yang memudaratkan kulit.. Bau pun wangi.. macam bau baby...





Nak guna pun senang tau... Ambik sehelai.. tekapkan dekat muka untuk beberapa saat.. pastu lap la seluruh muka sampai hilang semua kekotoran yang ada... 




First time try pun dah sukaaaa sangat.... muka jadi lembut... pastu kotoran pun senang tanggal... 


aku try cuci sebelah je dulu (kiri) , kanan masih ada mekap.. nampak beza tak? 


Ni pulak muka yang dah dicuci semuanya.. just pakai tisu ni je.. best o.. dah takyah sibuk nak pakai pencuci muka semua.... lap ngan tisu.. muka dah bersih n lembut...

Nak bawak ke mana-mana pun senang.. pasni, kalau nak solat kat luar.. dah tak perlu bawak pencuci muka pakai.. cukup je bawak Ultra-Soft Towelettes ni... senang... serbaguna dan praktikal...

Macam mana nak dapatkan produk ni? Senang sangat.. Korang bole terjah mana-mana outlet SkinSoul  .. 

Untuk keterangan lanjut, bole layari:
Laman Web : SkinSoul
Facebook : SkinSoul

Untuk semua readers blog aku ni, korang boleh dapat sample produk dr SkinSoul.. Syaratnya mudah ajer.. Like Facebook SkinSoul..  Pegi mana-mana outlet SkinSoul, beli barang SkinSoul RM 100 dan ke atas, beritahu kod aku #SSMamaFieza dan korang akan dapat sample percuma dari SkinSoul.. So, tunggu apa lagi.. Jom kita terjah ramai-ramai ke sana... Selamat bercantik-cantik uolls.. ;)