Blog Eyzamiel

19.6.12

::Belajar Menjahit::

Tuesday, June 19, 2012 9
::Belajar Menjahit::
Sekarang ni aku tgh dok ushar2 tempat utk belajar menjahit..
Ingat dihati macam mau belajar jahit la pulak sbb upah baju sekarang ni makin lama makin mahal...
ye la, tailor yg aku dok tempah ni... sikit2 dia naikkan harga...
sekarang ni tempah baju kurung pun dah 65 hinggit..
tak ke masak camtu...

Tp bila mengenangkan perangai aku yg hangat2 tahi ayam ni..
aku sendiri cam ragu2..
bole ke aku buat baju..
Berjaya ke nanti?
Sedap ke pakai?
Rosak x kain aku nnt?
Macam2 la yg aku dok pikir....

Adoi..
belum apa2 lagi dah pikir macam2...
sementara aku dok survey tempat belajar tu..
sekarang ni aku belajar jahit manik dulu..
ala, belajar ngan kawan aku je pun..
yang penting.. F.O.C...

Saja la nak try tgk aku ada bakat tak nak jahit manik..
Alhamdulilah, berjaya gak aku habiskan..
bila tgk satu baju dah siap, mula la aku berkobar-kobar nak jahit kat baju lain pulak...

Untuk percubaan pertama ni tak berapa kemas sangat..
takpe, nnt kita improve lagi...
Bila dah seronok jahit manik, rasa cam dah x nak belajar jahit..
tp, bila fikir2 balik..
baik pandai dua-dua..
mana la tau leh buat pendapatan sampingan...

Kawan-kawan semua..
kalau tahu mana2 tempat belajar menjahit kat area Ampang @ Pandan Indah, roger2 la kat aku ye...

Percubaan pertama aku menjahit manik...

15.6.12

:: Kembali setelah lama menyepi::

Friday, June 15, 2012 1
:: Kembali setelah lama menyepi::
Mak ai... lama benar aku tak menulis kat sini.. Bukan sengaja.. tapi ada macam2 yg jadi membuatkan aku rehat jap...lagipun, kebelakangan ni aku x berapa sihat..... tapi, bila dah berehat.. Mood nak menulis pun terus hilang...

Malam ni, tetiba je mood nak menulis kembali.. dan aku pun dah semakin sembuh (walaupun belum sepenuhnya)... sakit apa? Biarlah rahsia.. hi..hi..hi...

Sepanjang cuti sekolah hr tu, adik2 aku dtg umah aku.. nak jalan2 kat KL katanya... Bawak je la...
Minggu lepas baru je aku balik kg, gi hantar adik bongsu aku balik sbb adik yg sorang lagi yg sama2 dtg ngan adik bongsu aku dah balik dulu sebab nak beli barang2 utk semester baru kat U... baru je nak hepi sebab umah meriah, dah kena tinggal sorang2 balik.. sedihnya...

Bila dah duduk sorang2 ni... aku malas nak masak.. bila weekend, hubby balik baru masak.... tapi, yg peliknya, walaupun aku jarang makan malam sbb malas nak masak.. tak jugak berat aku ni susut.. makin naik lagi ada la.. hi..hi..hi....

Dah tggl sorang2 ni... tetiba pulak rasa teringin nak makan dadih.... kalau beli, tak puas pulak nak makan... last2, rehat tadi,aku gi beli barang2 buat dadih..... balik je keja, terus semangat berkobar-kobar kat dapur... Akhirnya... siapla dadih jagung..... sejukkan dulu, pastu masukkan dlm peti sejuk..makan time sejuk.. Heaven sangat...



Sedap tau dadih yg aku buat ni (perasan! sendiri buat sendiri puji...hi..hi..hi..)

P/S: sekarang ni tengah pening dok cr baju nak gi Dinner Family Day.. temanya.. Floral.. kalau size kecik2 banyak la aku jumpa..tp kalau size plus cam aku ni ada ka? Pening..Pening...


 

8.5.12

::Salam Takziah::

Tuesday, May 08, 2012 1
::Salam Takziah::
Semalam kami semua kat opis dikejutkan dengan berita pemergian Abang dan kakak ipar membe opis... Memang kami semua terkejut sangat..
Pukul 5.45 pagi membe aku call untuk sampaikan berita sedih ni..
terus aku tergamam...
macam mana la tak tergamam....
aku memang kenal dengan abang dia..
aku ngan membe aku ni sama2 masuk kerja kat Hospital pada tarikh yang sama...
Banyak cerita-cerita family dia yang aku tau..
mak dia pun aku dah kenal...

Patut la semalam hujan mencurah-curah..
rupa-rupanya hujan yang turun tu bagi mengiringi berita sedih ni...
Abang dengan kakak ipar dia baru je kawin..
kalau x silap aku, bulan 2/2011 hari tu...
Meninggal eksiden kat Gambang....
Mujur la anak diaorang selamat..
itu la satu-satunya waris abang dia yang tinggal...

Dalam harian Metro hari ni ada cerita tentang kemalangan maut yang ragut nyawa abang ngan kakak ipar dia..... Nak tau cerita lebih lanjut... klik sini....

Limi, Tabah dan sabar menempuh semua dugaan dari Allah ini.... Semoga Roh Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.... Amin.... Salam Takziah....

4.5.12

::Pernikahan Scha dan Awal::

Friday, May 04, 2012 0
::Pernikahan Scha dan Awal::
Aku ni memang minat sangat ngan Scha...
Masa awal2 kemunculan dia dulu selepas menang Dewi Remaja aku tak minat pun..
tapi, start dia berlakon dalam Awan Dania, terus aku suka ngan dia...

Bila dapat tau dia couple ngan Awal..
Aku rasa best sangat..
Diaorang ni pasangan yang sepadan..
Walaupun aku ni bukan la peminat Awal, tapi aku tetap sokong ngan pilihan dia....

Bila tau diaorang nak kawen, lagi la aku xcited..
tambahan pulak bila Astro dah war-warkan yang pernikahan diaorang ni akan dibuat Live kat Astro...
Malam ni la.. 4 Mei..
Tapi, tunggu punya tunggu..
sampai sudah x tunjuk pernikahan diaorang..
frust betul aku...
geramnya aku ngan Astro..
kalau x dapat siar, tulis la kat situ..
ini x, asyik tulis akan disiarkan sebentar lagi....
bagi harapan palsu je kat aku....

Scha al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz








Alhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di’ijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya. Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di’hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pasangan tersebut di’ijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.

 Kredit: Rotikaya

lepas  frust tadi bila dapat tau Astro x tayangkan pun majlis Pernikahan Scha ngan Awal...
Aku pun search la kat Internet..
Alhamdulillah.... Rotikaya dah upload gambar2 nikah diaorang...
Terubat jugak la kekecewaan aku.....
Thank's Rotikaya...
Scha cantik sangat.. sweet....

Kepada Awal dan Scha... semoga Rumahtangga yang baru dibina ini Kekal sehingga ke Akhir Hayat... Amin....