::Pernikahan Scha dan Awal:: - Blog Eyzamiel

4.5.12

::Pernikahan Scha dan Awal::

Aku ni memang minat sangat ngan Scha...
Masa awal2 kemunculan dia dulu selepas menang Dewi Remaja aku tak minat pun..
tapi, start dia berlakon dalam Awan Dania, terus aku suka ngan dia...

Bila dapat tau dia couple ngan Awal..
Aku rasa best sangat..
Diaorang ni pasangan yang sepadan..
Walaupun aku ni bukan la peminat Awal, tapi aku tetap sokong ngan pilihan dia....

Bila tau diaorang nak kawen, lagi la aku xcited..
tambahan pulak bila Astro dah war-warkan yang pernikahan diaorang ni akan dibuat Live kat Astro...
Malam ni la.. 4 Mei..
Tapi, tunggu punya tunggu..
sampai sudah x tunjuk pernikahan diaorang..
frust betul aku...
geramnya aku ngan Astro..
kalau x dapat siar, tulis la kat situ..
ini x, asyik tulis akan disiarkan sebentar lagi....
bagi harapan palsu je kat aku....

Scha al-Yahya Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali Lafaz








Alhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di’ijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya. Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di’hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di’rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.
Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pasangan tersebut di’ijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.

 Kredit: Rotikaya

lepas  frust tadi bila dapat tau Astro x tayangkan pun majlis Pernikahan Scha ngan Awal...
Aku pun search la kat Internet..
Alhamdulillah.... Rotikaya dah upload gambar2 nikah diaorang...
Terubat jugak la kekecewaan aku.....
Thank's Rotikaya...
Scha cantik sangat.. sweet....

Kepada Awal dan Scha... semoga Rumahtangga yang baru dibina ini Kekal sehingga ke Akhir Hayat... Amin....



No comments:

Post a Comment