Timez Hotel Melaka menawarkan 15 Dekorasi Bilik berbeza - Blog Eyzamiel

25.11.18

Timez Hotel Melaka menawarkan 15 Dekorasi Bilik berbeza


Hai uolls. Buat pe tu? Minggu ni dah start cuti sekolah. Mesti ramai yang plan nak pergi bercuti kan. Eyza baru je bercuti kat Melaka minggu lepas. Saje je pergi sebelum cuti sekolah sebab nak elak jammed. Best sangat sebab kali ni Eyza stay dekat hotel yang lain dari yang Eyza pernah menginap sebelum ni.

Kali ni Eyza menginap dekat Timez Hotel yang terletak di Jonker Street. Timez Hotel ni adalah Modern Heritage Hotel dekat Melaka. Kalau uolls tengok pun mesti rasa nak stay sini.


Eyza sampai dalam pukul 3.30 petang tu terus dah boleh check in. Masuk je dalam hotel ni, korang akan nampak berderet susunan jam swatch pelbagai warna dan jenis dekat dinding lobby. Teruja Eyza tengok. Mesti owner hotel ni peminat jam Swatch.


Nak check in pun mudah je sebab receptionist kat situ sangat membantu. Cakap pun lembut je. Dah dapat kunci bilik, terus la nak masuk sebab dah penat sangat.

Lif kat sini pun unik. Eyza lupa plak nak amik gambar. Tapi video ada. Nanti uolls boleh tengok kat video bawah.


Bilik

Dekat sini ada 15 dekorasi yang berbeza dengan 5 konsep iaitu:

♥️ Cina
-  Clip-Clop Room
-  Oriental Beauty Room
-  Lattice Room
- Screen Suite

♥️ Peranakan
- Cherki Room
- Manek Room
- Little Nyonya Room
- Hundred Peonies Room

♥️ Portugis
-  Azulejos Room
-  Fortaleza Suite

♥️ Belanda
- Dutch Square Room
- Kapit Room

♥️ British
- Pop Art Suite
- Victorian Room
- Union Jack Room


Eyza dapat bilik 103 - Manek Room (Peranakan). Masuk je dalam bilik Eyza jadi teruja sebab first time dapat bilik hotel yang ada konsep manek ni dan diaorang siap hias untuk Eyza celebrate Birthday. Walaupun Birthday Eyza dah lepas, still ada jugak surprise. Tq Timez Hotel.


Dah la bilik cantik dengan hiasan Manek tu. Kreatif betul la pihak hotel ni. Moden tapi masih tak lupakan ciri-ciri tradisional.


Dalam bilik ni disediakan Air Mineral, Teh, Gula dan yang paling rare ada mesin expresso dalam bilik. Kita boleh buat expresso sendiri je. Best betul. Tak payah lepak kedai kopi dah memalam. Bancuh sendiri je kat bilik.


Selain dari tu, dalam bilik disediakan TV Besar ( Ada RTM, TV3 dan Astro), Hair Dryer, Iron, Peti Keselamatan, Cerek Elektrik, Selipar dan Peti Ais. Pendek kata lengkap la semua dalam bilik. Tak perlu nak call housekeeping minta hantar iron sebab dah disediakan sekali iron board. Arah kiblat pun diaorang ada tampal dalam drawer. So, senang sangat untuk kita solat.


Bilik air pun boleh tahan jugak. Ada 2 jenis shower dan toiletries disediakan. Bilik Eyza xde Bath Tub, tapi kalau nak boleh tempah sebab ada bilik yang ada. Boleh la berendam kalau ambik bilik tu. Kalau x silap, yang suite ada.


Sarapan


Bila booking bilik kat sini, uolls akan dapat sekali pakej breakfast. Tapi kat sini tak buat buffet tapi ala carte. Ada 4 pilihan sarapan yang kita boleh pilih. Masa check in nanti diaorang akan tanya pilihan sarapan yang kita nak. Esoknya bila turun sarapan, just inform no bilik, diaorang dah tahu menu apa yang kita nak.Walau bukan buffet, portion sarapan ni besar n kenyang tau.


Kalau korang malas nak keluar lunch, hotel ni juga ada sediakan menu lunch. 

Sarapan akan disediakan dekat SuperRabbit Cafe. Tempat makan ni tak la besar sangat tapi selesa dan menenangkan. Untuk baby ada disediakan baby seat.


Kat sini juga ada section untuk kita ambik sendiri kopi, teh dan Air kosong. Refill la banyak kali pun.No hal.



Eyza stay dekat sini 3 hari 2 malam. Maknanya Eyza sarapan 2 kali kat hotel ni. Untuk hari pertama, Eyza pilih Set B - Mushroom Aglio Olio dan Hubby pilih Set A - Nasi Lemak.



Hari kedua pulak, Hubby still setia dengan Nasi lemak tapi Eyza try Set D iaitu Big Breakfast.


Serius makanan kat sini semua sedap. Puas hati la. Untuk breakfast, kita boleh turun dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi.

Hotel ni sangat strategik sebab dari Hotel, jalan dalam 10-15 langkah dah jumpa Pasar Malam Jonker Street yang famous tu. Pastu jalan x sampai seminit pulak boleh jumpa Mamee Jonker House. Kalau belah kiri, boleh ke Hard Rock Melaka. Memang senang la. Tak payah bawak kereta. Jalan kaki je.


Kalau korang datang ke Melaka, Eyza memang suggest korang menginap kat Timez Hotel ni. 

Kalau ada peluang datang lagi sini, Eyza nak stay bilik Fortaleza Suite atau Pop Art Suite pulak sebab ada Bath Tub. Leh la berendam.

Maklumat lanjut boleh layari:

Website : www.timezhotel.com

Facebook : Timez Hotel Melaka

Instagram : Timez Hotel

Alamat : Timez Hotel Melaka
                 No. 31, Jalan Hang Kasturi,
                 Jonker Street,
                 75200 Melaka.

No. Tel : ±606-2812109

Email : Info@timezhotel.com


Thanks Timez Hotel.

2 comments:

  1. Cantik hotel ni. Unik. Btw ai baru foolow sini =)

    ReplyDelete
  2. Menarik la hotel dia....
    deco dia pun nice sgt...

    ReplyDelete