Makan Minum di Melaka : Malacca Avocado Choc Viral - Blog Eyzamiel

21.11.18

Makan Minum di Melaka : Malacca Avocado Choc Viral


Sebelum ni kalau Eyza ke Melaka, Eyza mesti akan singgah minum Coconut Shake. Tapikan sekarang ni dah ada Air baru yang Viral dekat Melaka iaitu Malacca Avocado Choc. 


Lokasi dia terletak sekali dengan Kuih Keria Viral Hajah Rahmah. Dari tepi jalan nak ke Klebang tu kita akan nampak signboard ni sebelah kiri.Masa Eyza lalu hari Isnin tu tengok ramai yang beratur.  Hari selasa tu, Eyza pergi awal. Takde orang. Yeay. Senang nak beli.


Eyza ni dah la memang suka air Avocado, tu yang gigih jugak pergi beli hari Selasa tu. Ada macam-macam yang boleh dicampur dengan Avocado rupanya. Eyza ni tak berani nak cuba yang lain, takut tak sedap. Eyza setia dengan Avocado Chocolate.



Harga ok la sebab Avocado ni memang mahal pun. Selalu kalau beli kat luar sebiji dah 3 ringgit lebih.


Rasa sedap cuma manis sikit sebab ada chocolate dan Aiskrim. Mungkin lepas ni boleh minta kurangkan coklat tu. 


Kedai ni buka seawal pukul 10.00 pagi  sampai la pukul 7.00 malam. Kalau nak minum kat situ pun boleh sebab ada meja makan.


Dah dapat baru la Eyza boleh balik KL. Lain kali kalau datang, Eyza nak try perisa lain pulak la. Eyza bagi 4.5/5 bintang. 


3 comments:

  1. nampak sedap lah! tapi tertanya tanya rasa avocado tu

    ReplyDelete
  2. harga dia boleh tahan tapi ok laa dengan rege avocado tu sendiri kan...nnt kita nak pi tryyy

    ReplyDelete
  3. x pernah try lagi avodaco ni...klu nampak,nak try juga laaa

    ReplyDelete