Ramai yang tanya, penting ke Sunscreen untuk kulit muka kita? Bagi Eyza memang penting sebab ianya dapat jaga kulit kita dari sinaran UV. Lagipun Sunscreen mi dapat lindung kulit kita dari terbakar, kusam dan mengelupas.
Eyza cakap macam ni sebab Eyza dah pernah kena masa Eyza pergi Korea hari tu. Eyza pergi masa musim Spring. Masa tu cuaca sejuk, berangin tapi muka Eyza still kena Surnburn. Hitam wei satu muka..Pastu muka pedih dan mengelupas. Bayangkan kat Korea yang sejuk tu pun Eyza kena surnburn, ni kan pulak kat Malaysia yang memang kita tau cuaca macam mana kan. Balik je dari Korea, Eyza memang cari produk yang memang protect kulit dari Sinaran UV yang boleh buat Eyza kena surnburn.
Sekarang ni Eyza dah jatuh cinta dengan Sunscreen Petal Velvet Sunaway dari Althea Korea. Bagi Eyza, produk dari Althea Korea ni memang tak pernah kecewakan Eyza.
Petal Velvet Sunaway ni mengandungi SPF 50+ PA++++ yang mengandungi bahan semulajadi seperti Damask Rose yang dapat buatkan kulit kita lebih sihat. Dah la bau wangi. Suka betul Eyza bau rose dari Sunscreen ni. Dalam ni juga ada Granium Oil yang dapat rawat masalah jerawat.
Tekstur Sunscreen ni tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Just nice orang kata. Bila sapu kat muka, memang meresap elok je. Eyza suka pakai sebelum Eyza pakai foundation. Mekap pun tahan lama.
Sebelum ni Eyza pernah guna Sunscreen jenama lain, tapi bila kita sapu satu muka jadi putih. Hahaha. Memang lawak sgt. Sunscreen ni tak macam tu sebab nampak macam kita x pakai bedak pun kat muka.
So far, Eyza memang puas hati la dengan produk ni. Lepas ni memang sebelum keluar rumah je, Eyza mesti akan sapu Sunscreen Petal Velvet Sunaway ni.
Selain dari Sunscreen Petal Velvet Sunaway, koleksi ni jugak ada Petal Velvet Powders yang ada 3 jenis warna iaitu kod #0, #23 dan #Pink Lavender.
#0 Transparent
#23 Warm Beige
#Pink Lavender
Mesti ramai yang nak tahu harga kan? Percaya la cakap Eyza, produk kat Althea ni murah dan mampu milik. Ni senarai harga:
1. Sunscreen Petal Velvet Sunaway (55ml) - RM 43.00
2. Petal Velvet Powder #01 dan #23 (3gm) - RM 16.00
3. Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3gm) - RM 17.00
Murah kan? Ha.. tu la.. produk Althea ni memang x mengecewakan. Kalau nak lagi murah, boleh beli set iaitu 1 Sunscreen dan 1 Powder sebab kalau beli set dapat diskaun 10%. Just bayar RM 53.10. Nak beli kat mana? Klik link Althea ni. Selamat shopping uolls. Gerenti rambang mata nanti.
product althea memang terbaik..
ReplyDelete