PRIMAVALET Lancarkan Koleksi Raya Ekslusif Sempena Lebaran 2018 - Blog Eyzamiel

6.5.18

PRIMAVALET Lancarkan Koleksi Raya Ekslusif Sempena Lebaran 2018

Baju Raya dari PRIMAVALET|Kalau tanya Eyza antara baju yang ditempah atau baju "Ready Made" , Eyza akan pilih baju "Ready Made". Eyza suka sangat koleksi baju raya yang dah siap sebab kita dapat tengok design dan takkan sekali-kali akan jadi kes baju raya tak siap. Eyza dah serik petang raya baru tailor hantar baju. Rasa nak menangis pun ada sebab pagi raya kena pakai baju lama dulu. Adoi la. Bila hari raya, tailor main ambik je..Sempat tak sempat belakang kira. Sebab tu la Eyza dah serik. Lebih baik beli dah siap. Tahun ni pun, awal-awal lagi Eyza dah siapkan baju raya sedondon dengan husband. Takyah la kelam kabut nanti. Senang kan?

Ramai kawan-kawan Eyza dok tanya kat mana nak beli baju raya "Ready Made".. Ha.. ni la Eyza nak share pasal PrimaValet .. Baru-baru ni Eyza sempat la pergi Majlis Pelancaran Koleksi PrimaValet untuk Raya 2018 di Hotel Majestic. Majlis yang dihoskan oleh Elfira Loy dan Faizal Ismail ni memang happening sebab ada lebih dari 800 tetamu yang datang.


Kali ni PrimaValet ada lebih dari 126 orang model untuk peragakan busana istimewa untuk koleksi Hari Raya. 

Masa sidang Media, PrimaValet sempat memperkenalkan duta 2018 yang digelar "Stars of PrimaValet" dan semua dutanya bukan calang-calang tau.. Semuanya famous dan ramai pengikut di Instagram macam Zul Arifin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan si comel Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Saheizy Sam.


Wah.. mesti ramai yang ternanti-nanti koleksi dari artis pujaan ramai ni kan. Tahun ni, ada lebih dari 70 koleksi dan rekaan untuk hari raya. Eyza suka PrimaValet ni sebab diaorang ada koleksi dari kanak-kanak sampai dewasa. Nak cari baju sedondon pun senang.

Antara koleksi yang Eyza tengok malam tu ialah Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya,Baju Kurung, Baju Kanak-kanak, koleksi sedondon satu family dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabrik saree.







Koleksi Raya tahun ni adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib dan koleksi dari Primavalet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids. Selain dari tu, ada juga koleksi jenama Syus Couture, Zoud, Kukibesi dan Buranku.co pun akan ada dijual di Primavalet sempena hari raya nanti.






Koleksi Raya dari Pereka Fesyen Ezuwan Ismail pun ada kat sini. Bukan senang tau dapat pakai baju Fashion Designer dengan harga yang sangat berpatutan berbanding di luar.


Diam tak diam, dah pun setahun PrimaValet bertapak dan terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen pakaian muslimah dan kontempori tanah air. 


PrimaValet dah pun ada 3 outlet dan tak lama lagi akan buka 1 lagi. Wow. Satu pencapaian yang membanggakan dalam masa setahun ni. Outlet terbesarnya adalah di Ostia Bangi dan cawangannya pula di Senawang, Negeri Sembilan dan di Kota Bharu, Kelantan. Cawangan terbaru pula akan dibuka di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur.

So, kalau korang masih mencari baju raya dengan harga berpatutan boleh la beli dekat PrimaValet. Busana yang diperagakan malam tu akan ada di semua outlet PrimaValet secara berperingkat bermula 1 Mei 2018 sehingga 1 Ramadhan dan koleksi ni boleh juga dibeli di laman web www.primavalet.com dan juga melalui agen dan personal shopper.

Kredit Gambar cantik ni dari PaPa Din :  https://www.facebook.com/azuddin.ahmadzin

No comments:

Post a Comment