Berbuka Puasa di Warung Makcik Kiah, Sri Petaling| Alhamdulillah, hari ni dah hari ketiga kita semua berpuasa. First day berbuka Eyza masak je kat rumah. So, untuk second day puasa (semalam), Eyza dengan hubby berbuka dekat Warung Makcik Kiah. Sesekali berbuka kat luar ok la kan. Nak jugak rehat dari masak. Hihihi.
Warung Makcik Kiah (MCK) ni baru je beroperasi selama 5 bulan dan masakan dekat sini diinspirasi dari masakan Allahyarhamah Cik Kiah iaitu ibu kepada Y.Bhg. Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi owner restoran ni sendiri yang memang dikenali ramai dengan masakannya di kuantan lebih 4 dekad dah pun.
MENU RAMADHAN
Untuk Bulan Ramadhan ni, MCK ada buat beberapa set menu yang kita boleh pilih untuk berbuka. Ni set menu yang akan ada dekat MCK sepanjang Ramadhan ni.
Set A
Hidangan untuk 2-3 orang makan
Menu:
Kurma
Nasi Putih
Daging Padprik
Sayur Campur
Tomyam Ayam
Sirap
Buah-buahan potong
Harga : RM 29.90
Set B
Hidangan untuk 4-5 orang makan
Menu:
Kuih-Muih
Nasi Putih
Ayam Padprik
Sayur Campur
Tomyam Campur
Telur Dadar
Sirap
Buah-buahan potong
Harga : RM 59.90
MCK menyediakan pelbagai masakan tempatan dan Thailand bermula dari jam 11 pagi hingga jam 10 malam. Kalau kita tak sempat nk pergi ke Restoran, boleh je just order dengan Food Panda. MCK terima bayaran tunai dan online seperti Fave.
MAKANAN LAUT SEGAR DARI SANDAKAN
Selepas ni, MCK akan perkenalkan masakan makanan laut segar dari Sandakan. Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang fresh. Eyza kalau pergi Sabah, memang takkan lepaskan peluang makan Seafood. Lepas ni, dah x payah sampai ke Sabah, kita makan je dekat MCK. Best tu.
Diantara makanan laut yang akan ada dekat sini ialah Ikan Kerapu, Jenahak, Merah, Tenggiri, Siakap Liar, Pari, Udang Laut, Ketam Bunga dan macam-macam lagi Semua ni akan diterbangkan harian dari Sandakan untuk dimasak segar oleh Chef dari dapur MCK kepada pelanggan dengan harga yang sangat berpatutan.
So, kalau korang mencari tempat berbuka untuk berbuka petang ni, korang boleh lah ke Restoran Warung Makcik Kiah di Sri Petaling. Waze je Warung Makcik Kiah.
Warung Makcik Kiah
No. 15, Jalan Radin Bagus 9,
Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Email : info@premia.com.my atau hubungi En. Rizal di talian 017-2767273
No comments:
Post a Comment