Gossip Box dari Althea Korea / Pstt.. Korang.. Ada dengar tak pasal Gossip Box dari Althea yang viral hari tu? Kalau tak pernah dengar, mai sini Eyza nak bagitau. Ni bukan membawang tau, ni just nak share barang baik je dengan korang.
Sebenarnya kan, Gossip yang Eyza nak share ni pasal Skincare Althea Bare Essential dari Althea Korea. Jauh tau parcel ni terbang sampai ke Malaysia. Rupanya ni la rahsia artis-artis Korea ni cantik.
Setakat ni Eyza memang puas hati sangat kalau shopping kat Website Althea. Bukan setakat Skincare, mekap pun Eyza shopping kat sini.
Dah la packagingnya kemas dan dimasukkan dalam kotak yang cantik bagi menjamin barang sampai dengan selamat dekat customer.
Gossip Box Althea Bare Essential ni ada Set Lengkap Penjagaan Wajah Althea iaitu Pembersih (Contour Cleanser), Toner (Primer Water) dan Pelembap (Fixer Cream). Bukan tu je, dalam kotak tu ada jugak Cermin Muka, Marble Althea dan 5 keping sample.
LANGKAH 1 (PEMBERSIH) : The Contour Cleanser (150g/5.29 oz -RM23.00)
Countour Cleanser ni best sebab ada macam biji-biji halus yang boleh hilangkan kulit mati kat muka. Muka akan jadi lembut je.Ianya macam pemcuci plus skrub muka sekali.
LANGKAH 2 (TONER) : The Primer Water (200ml / 6.76fl.oz -RM43)
Primer Water ni best sebab dipatenkan dengan formula "dewdrops" yang boleh me;embutkan kulit dan menutup liang roma.Bukan tu je, ianya dapat buat kulit muka lebih cerah dan sekata.
Dah settle 2 step tu, jangan lupa pakai pelembap. Pelembap penting tau untuk kulit. Ia dapat bagi kelembapan 24 jam dekat kulit sebab ada trehalose yang ada estrak kelembapan.
Tengok packaging pun ekslusif je kan. Sebab tu la Eyza kata, produk dari Althea ni tak pernah kecewakan Eyza. Best, murah dan berkesan.
Maklumat lanjut boleh layari:
No comments:
Post a Comment