Salam Ramadhan uolls. Kejap je kan dah 10 Ramadhan. Dah beli baju raya ke? Eyza sekarang ni memang malas dah nak tempah-tempah. Beli siap je senang. Dah banyak online shop jual baju untuk Plus Size macam Eyza ni.
Rasanya dah 3 tahun Eyza tak tempah baju. Bukan apa, selalu kalau tempah mesti dapat malam raya walaupun tempah 3 bulan sebelum puasa. Sadis kan? Sebab tu la Eyza beli siap je. Baru puasa hari pertama baju raya dah sampai. Hahaha. Over sangat kan.
Ramai jugak kawan-kawan dok tanya Eyza shopping baju dekat mana. Erm.. penat jugak nak cerita sorang-sorang. Cara paling senang, Eyza up je kat blog. Sape tanya lagi, Eyza suruh je bukak blog. Senang kan?
Untuk tahun ni, Eyza beli baju raya dekat Mis Claire yang memang dah terkenal dengan fesyen baju untuk wanita-wanita comel macam Eyza ni.Sebenarnya ni bukan kali pertama Eyza shopping kat sini, dah banyak kali pun. Semua baju kat sini menepati apa yang Eyza nak.
Mis Claire adalah salah satu jenama baju wanita plus-size dari Malaysia.
Reka bentuk
pakaian dari Mis Claire tertumpu kepada
gaya yang kemas dan anggun, serta pemilihan material
yang terperinci bagi memastikan keselesaan wanita plus size.
Sempena Aidilfitri 2017, Mis Claire mengeluarkan koleksi
Raya yang merangkumi corak, gaya dan warna yang menawan
dari saiz 2XL sehingga 7XL. Eyza sendiri pun rasa macam nak beli semua je.
Koleksi Minimalistik
SET KEBAYA MINIMALISTIK
Baju Kebaya telah menjadi pakaian tradisional dalam budaya dan
sejarah kita. Ia merupakan salah satu busana kemestian yang sesuai untuk majlis dan keraian - potongan yang menyerlahkan
kewanitaan dengan warna polos yang menarik,
dan ditambah dengan aksesori mampu menyerlahkan
penampilan anda.
*tidah termasuk
kerongsang
KURUNG MODEN
RENDA
Minimalistik yang ditampilkan, si pemakai masih mampu
tampak mewah dengan renda berjurai
KURUNG MODEN STAIL “NEELOFA”
Walaupun rekaan berunsur minimalistik, set kurung ini tetap tampil moden dengan
gaya
yang diinspirasikan oleh Neelofa.
Koleksi Noir
KEBAYA RIAU
Kebaya Riau Yang dikemasi dengan tenunan keemasan mampu menonjolkan sisi anggun wanita selain memberikan gaya unik.
KURUNG PAHANG
Baju Kurung Pahang yang berdasarkan potongan pesak, klasik dan sopan semestinya pilihan utama untuk Hari Raya. Baju dan kain dijual berasingan.
Koleksi Garland
Koleksi Garland diinspirasikan dari corak floral yang unik dan romantik. Rekaan dan potongan koleksi ini membuat
pemakai nampak lebih langsing walaupun dengan corak bunga yang padat.
Baju dan kain boleh dibeli berasingan, saiz sesuai sehingga
6XL.
Koleksi Floral
KURUNG MODEN BABYDOLL
Potongan "Babydoll" yang menjadi trend semasa digubah menjadi kurung moden.
KEBARUNG FLORAL
Gabungan dua rekaan klasik, kebaya dan kurung yang menjadi pilihan
ramai pada tahun ini.
Set kebarung moden rekaan floral, ekslusif dari Mis Claire bakal
menyerlahkan lagi penampilan si
pemakai.
Selain dari baju Untuk koleksi Raya, Mis Claire juga ada baju kasual untuk kita santai.
Rambang mata kan? Ni baru sikit yang Eyza tunjuk. Kalau masuk web lagi la tak tahu nak pilih yang mana satu. Koleksi ni semua dah dilancarkan kecuali koleksi Floral yang akan dilancarkan esok. So, esok jangan lupa duduk depan PC untuk shopping kat sini. Eyza dah pilih. Uolls bila lagi? Nak tahu baju mana satu yang Eyza beli kat sini? Kena la tunggu Raya. Kalau tunjuk sekarang tak surprise la. :)
Bilik Pameran Mis Claire
Waktu Operasi:
Selasa - Sabtu
(10.00 pagi - 5.00 ptg)
Alamat:
35-First Floor,
Jalan SS 23/15,
Taman Sea,
Petaling Jaya,
Selangor.
Waze:
Mis Claire
No. Telefon:
03-78876008
*Sila hubungi untuk temujanji sebelum datang
cantik2 corak2 rekaan baju ni
ReplyDeleteSuka tengok kebaya tu.. cantiklah 😊😊
ReplyDeleteKoleksi Floral <-- Ini antara koleksi yang menjadi pujaan Sally...Selain sebab mmg tgh hot design yang macam ni...Koleksi ni bertemakan floral dan dalam masa yang sama masih mengekalkan tema minimalistik kepada design mereka.
ReplyDelete