Majlis Berbuka Puasa Indigital Sdn Bhd dan Rakaman Program Ramadhan Muzik-Muzik ke 32 - Blog Eyzamiel

15.6.17

Majlis Berbuka Puasa Indigital Sdn Bhd dan Rakaman Program Ramadhan Muzik-Muzik ke 32

Assalammualaikum... 

Hai uolls... Sape tengok Rancangan Muzik-muzik? Eyza dulu rajin jugak dok tengok. Sekarang ni dah tak sempat dah asyik busy je.. Tapi kekadang kalau sempat Eyza tengok jugak..

Baru-baru ni Eyza dan beberapa orang gang blogger sempat ke Majlis Berbuka Puasa Indigital Sdn Bhd dan Rakaman Program Ramadhan Muzik-muzik yang ke 32.


Majlis yang cukup meriah ni berlangsung di Hotel Royal Kuala Lumpur. Majlis ni jugak menghimpunkan ramai artis-artis tempatan untuk sama-sama meraikan anak-anak dari Rumah Amal Asnaf Al-Barakh.


Ani Mayuni yang jadi pengacara untuk malam tu. Memang happening.



Majlis dimulakan dengan berbuka puasa. Memandangkan anak-anak tu semua turun selepas tunaikan solat maghrib, para tetamu hanya makan light-light je dulu sementara tunggu anak-anak tu semua turun. Selepas semua dah turun, baru kami makan berat untuk menghormati anak-anak yang diraikan.





Tetamu yang datang pun ramai. Penuh la dewan makan tu. 


Selepas berbuka dan solat Maghrib, beberapa artis jemputan buat persembahan. Antaranya Ezlynn, Maya, Ronnie Hussin dan ramai lagi.


Selepas tu, ada Majlis pemberian duit raya untuk adik-adik ni. Yeay.. happy betul diaorang. Eyza yang tengok ni pun rasa happy jugak.





Eyza sempat la bergambar dengan beberapa artis. Alhamdulillah.. semua tak sombong. 



Moga makin murah rezeki Indigital Sdn Bhd sebab meraikan anak-anak ini.


Makan sedap, mata pun dah mengantuk. Jom la kita semua balik. Hahaha.

Tq Sally jemput iolls.. Lain kali jemput la lagi.

1 comment: