SACC Convec Raikan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus di Majlis Berbuka Puasa - Blog Eyzamiel

3.6.17

SACC Convec Raikan Anak-Anak Yatim Rumah Amal Al-Firdaus di Majlis Berbuka Puasa

Hari ni dah 7 Ramadhan. Sekejap je dah seminggu kita semua berpuasa. 

Bulan Ramadhan ni juga bukan sekadar untuk kita menahan lapar dan dahaga tapi juga bulan untuk kita membuat amal kebajikan yang berlipat kali ganda.

Sehubungan itu, SACC Convec iaitu sebuah Syarikat Hospitaliti yang menguruskan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor) mengambil kesempatan ini untuk meneruskan bakti kepada masyarakat. Eyza dijemput bersama Ahli kumpulan pekerja SACC dan Seri Selangor untuk sama-sama meraikan 43 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus di Dewan Plenary, SACC.



Majlis dimulakan dari petang dengan Tazkirah Ramadan dan selepas itu diikuti dengan Bacaan Ayat-Ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Annas (diterbangkan khas oleh MAPIM dari Syria). Ya Allah... merdu sangat suara Imam tu masa alunkan ayat-ayat Al-Quran.


Bila waktu berbuka, kami dihidangkan dengan Buffet Ramadhan yang ada pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Menariknya Buffet Ramadhan yang dianjurkan setiap tahun oleh SACC ini ialah berkonsepkan "Berbuka sambil Beramal". 

Untuk tahun ni, SACC telah bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  dalam membantu mengumpul dana untuk tabung Rescue Syria.

Kita pun boleh sama-sama menyumbang dengan beli baucer Buffet Ramadhan kat sini, RM 1 akan disalurkan ke Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM. Senang je kan nak dapat pahala di Bulan Puasa ni. Alhamdulillah sangat SACC dah memudahkan kita untuk menderma sambil kita menjamu selera dekat sini.

Sebut pasal menjamu selera, dekat sini ada pelbagai jenis hidangan..kiranya tak rugi kita bayar harga buffet RM 88.00+ ni


Sebenarnya ni adalah kali kedua Eyza berbuka kat sini untuk tahun ni. Apa yang palinggg Eyza suka kat sini ialah Lontong Selangor, Apam Balik dan Keledek Goreng. Sedap tau!


Makanan lain pun tak kurang hebatnya. Rambang mata tengok makanan sedap-sedap ni. Tapi.. walau macam mana pun, kita ambik makanan jangan sampai membazir ye.











Selesai berbuka puasa dan solat Maghrib, Majlis diteruskan dengan Ucapan dari Pengurus Besar SACC Convec iaitu En. Nasrudin Abu Bakar dan setelah itu Majlis Penyampaian Cenderahati dan Duit Raya untuk adik-adik Rumah Amal Al-Firdaus.

Yeay.. Eyza pulak yang happy macam Eyza yang nak dapat duit Raya.







Comel sangat adik-adik ni. Bila tengok diaorang happy, tetiba Eyza jadi sebak kenangkan mereka kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim. Eyza try jugak tanya-tanya kalau ada baby kat sini untuk Eyza ambik anak angkat, tapi tak ada sebab budak-budak ni berumur 3 hingga 6 tahun je.


Seronok adik-adik ni dapat duit raya sumbangan oleh SACC Convec dan hadiah kepada semua anak yatim. Sumbangan ini turut ditaja oleh ADABI CONSUMERS INDUSTRIES Sdn. Bhd. Dan JOSHAFA Sdn. Bhd.  Moga makin murah rezeki semua yang menyumbang untuk menjayakan program ni.

Sebelum balik, kami dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan Hijjaz dan selepas itu tetamu bersembahyang terawih bersama Imam yang diterbangkan oleh MAPIM dari Syria.


Buffet Ramadhan 2017 di SACC bertemakan Cita Rasa Nusantara dibuka sejak 27 Mei 2017 hinggalah 22 Jun 2017. Dekat sini ada lebih dari 100 hidangan yang kita boleh cuba dengan harga RM 88.00+

Kalau nak berbuka puasa di SACC, bolehlah contact nombor di bawah untuk tempahan atau pertanyaan:

Tel : 03-5511885 / 012-2206858


1 comment:

  1. Comel je tengok anak-anak yatim tu.. seronok mereka dapat berbuka kat tempat serba mewah ni

    ReplyDelete