Ramadhan Box Althea dah sampai! - Blog Eyzamiel

22.6.17

Ramadhan Box Althea dah sampai!

Eyza ni memang peminat barangan Kecantikan Korea dari website Althea. Dah banyak kali jugak Eyza shopping kat sini. Sempena Ramadhan ni Althea keluarkan Limited Edition Ramadan Box kaler hijau. Wah.. kelainan betul sebab sebelum ni Althea ni memang terkenal dengan Kotak Pink.

Dah la tengah ada Raya Giveaway Festival, iaitu dengan setiap pembelian kita akan dapat satu barang free! Best ni. Dan yang lagi best kita boleh pilih sendiri dari 9 barang yang Althea tawarkan. Rugi kalau tak grab peluang ni. Dah la dengan pembelian RM99 ke atas dapat Free Postage! Berbaloi-baloi sangat.

So, Eyza pun ter'shopping' la. Hihihi. Cepat jugak servis Althea ni. Eyza baru je shopping minggu lepas, semalam parcel dah sampai. Yeay! Boleh cantik-cantik sebelum raya.



Kali ni Eyza dah tak beli barangan mekap sangat sebab baru je beli. Kali ni Eyza beli benda lain jugak. Nak tengok tak apa yang Eyza beli? Jejoms kita bongkar kotak.


Semua barangan yang kita beli diwrap dengan plastik bubble supaya barang-barang tu tak pecah. Ye la...jauh kan terbang dr Korea. 


Eyza grab 6 item kali ni. Memang puas hati sangat.


1. Water Sleeping Mask Laneige (RM 77.00)


Dah lama Eyza nak beli Water Sleeping Mask ni. Hari tu tengok kat kaunter Laneige harga sebekas ni RM 100+. Tapi, dekat web Althea ni baru RM 77.00. Jimat banyak tu. Rugi kalau Eyza tak grab kan.


Eyza suka sangat pakai Sleeping Mask ni sebab pakai waktu nak tido, esoknya bangun kulit jadi moist sangat. Rasa puas hati.

2. All Kill Blackhead Remover Stick (RM 33.00)


Eyza ni ada banyak blackhead dengan whitehead. Sebelum ni jenuh la dok tekan dengan kuku nak buang sampai keluar air mata. Sakit. Hahaha.


Dengan Blackhead Remover Stick ni kita just sapu je kat hidung dan cuci. Terus hilang Black & Whitehead.Senang sangat.


3. Witch's Pouch Love Me Blusher (RM 11.00)


Selalu Eyza suka pakai blusher kaler pink-pink tapi kali ni Eyza beli blusher kaler coklat-coklat sikit. Boleh buat shading sekali.


Kaler ni cantik bila kita mekap nude je. Didatangkan dalam bekas yang cantik dan 2 tingkat.


Dekat atas ada blusher dan tingkat bawah ada berus blusher. Senang. Bawak satu bekas je. Tak perlu nak bawak berus asing.

4. The White Platinum Edition (RM 31.00) - Free Gift


Kan tadi Eyza ada inform yang kita boleh pilih hadiah free dari Althea kan? Ha.. ni la yang Eyza pilih. The White Platinum Edition. Eyza dah lama dok cari base untuk mekap.Tengok review macam best je yang ni.


Tadi pergi kerja, Eyza just sapu The White Platinum Edition ni sebelum pakai BB Cream. Memang best la sebab muka tak berminyak dan nampak berseri sikit. Ahkak suka.

5.Lipmanicure High Fix (RM 30.00)


Eyza ni memang lipstick lover. Kalau beli mekap, mesti selit jugak dengan lipstick atau Lip Matte. Kali ni Eyza pilih LipManicure.


Eyza suka kaler dan bentuk botol. Cute!

6. 4D Mascara (RM 16.00)


Ni benda yang palinggg Eyza suka dan banyak kali repeat beli dekat Althea. Dah la harga murah, hasil superb. Eyza suka sebab bulu mata lentik dan bila cuci tak hitam bawh mata. Susah nak jumpa maskara macam ni sebab tu la Eyza setia dengan jenama ni je.


Last sekali, dalam kotak tu kita akan dapat sampul duit raya..tapi tak ada duit la. Walau tak ada duit, tapi kita akan dapat less RM 15 dengan pembelian atas RM 150.

Eyza memang in love dengan barangan dari Althea ni. Tak pernah tak puas hati. Semuanya best. Kalau uolls nak beli jugak, jom tengok dekat Web Althea.


Happy Shopping uolls!

2 comments:

  1. amboiii diaa...sakan raya nak cantik bagai! hahahaha

    ReplyDelete
  2. Bestnya..Water Sleeping Mask Laneige tu dah lama nak try..

    ReplyDelete