Assalammualaikum...
Annyeong haseyo
Eyza ni bukan la peminat tegar K-Pop. Cerita Korea pun Eyza tengok kalau kebetulan buka TV. Tapi, Rancangan Running Man memang kegemaran Eyza. Suka sangat tengok. Kalau ada kat TV tu jarang la Miss tengok.
Eyza dah lama pendam hasrat nak ke Korea. Asyik tengok Sally Samsaiman je pergi. Mana boleh jadi macam ni. Hihihi
So, berbekalkan angan-angan nak pergi Korea tu, Alhamdulillah 9 hingga 13 April hari tu Eyza dah dapat jejakkan kaki kat Seoul, Korea. Sekarang ni dekat Korea tengah Musim Bunga. Ikutkan hati nak pergi time Winter sebab cita-cita dari kecik nak main Snow. Tapi, sebab lambat sangat nak tunggu Winter, kita pergi la time Spring dulu. Ada rezeki kita pergi time Winter pulak ye.
Eyza pergi ni dengan Travelling Buddies. Eyza ambil pakej Bajet je. Bayar je semua kat diaorang. So, part tiket train (dekat Korea), makan dengan penginapan dah settle. Cuma tiket Flight je Eyza kena beli sendiri. Pastu bawak la duit poket sikit untuk shopping kat sana. Nanti next entry Eyza cerita detail siap dengan bajet ye.
Untuk Entry ni Eyza just nak cerita tentang persediaan sebelum ke Korea Musim bunga ni.
Mula-mula kena pastikan bawak :
1. Jacket Tebal / Winter Coat
2. Gloves (Eyza tak bawak, just masukkan tangan dalam poket jacket)
3. Thermal Clothes
4. Toiletries
5. Sport Shoes / high Cut Atau Any Comfortable Shoes
6. Passport (Paling Penting ok!)
7. Poket Money
8. Lotion @ Baby Oil untuk kulit kering
9. Travel Umbrella atau Rain Coat
10. Wet Tissue atau botol air sebab kat sana toilet takde paip air
11. Baju yang bersesuaian dengan cuaca sejuk
12. Sunblock (Eyza dah surnburn sebab tak bawak sunblock)
Ha.. Rasanya tu je la yang paling penting. Benda-benda sampingan lain kalau nak bawak boleh je. Ikut kemampuan uolls nak usung bag harung dari satu stesen ke satu stesen la kalau pergi backpackers macam Eyza.
Nanti Eyza sambung lagi ye cerita tentang aktiviti dan kos Eyza ke Korea. Bye.
bestnya dpt travel... Bila la Liez dapat join g korea ni...
ReplyDeleteBestnya dpt g Korea hehe.. tapi musim bunga mmg perlu ke bwa jacket tebal, glove & thermal wear? Hajat nak pergi tahun dpn..
ReplyDelete