Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat - Blog Eyzamiel

19.4.17

Drypers / Lampin Pakai Buang dan Baby Wipes jenama Goo.N Friend boleh dibeli di Lazada dengan harga kombo lebih jimat


Sekarang ni rumah Eyza meriah sangat sebab anak buah Eyza 2 orang tinggal dengan eyza. Takde la sunyi rumah.

Bila dah ada anak kecik kat rumah ni, Eyza kena la jugak ambik tahu susu apa diaorang minum, drypers apa diaorang pakai, apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang  tak suka.

Sebut pasal drypers/lampin pakai buang, baru-baru ni Eyza ada nampak satu jenama dekat Lazada ni. Harga pun berpatutan. So, Eyza pun semangat nak bagi anak buah Eyza try.


Drypers ni jenama Goo.N Friend  edisi Doraemon. Kiut sangat. Anak-anak buah Eyza pun happy bila nampak Drypers ni. Semangat diaorang nak pakai.



Ada macam-macam saiz iaitu dari saiz S hingga la ke XXL Anak buah Eyza ni dua-dua pakai saiz XL. So, memang senang la. Boleh share. Yang saiz XL sesuai untuk 12 hingga 17 kg. Diaorang ni pulak memang suka jenis pant. Yang kakak dah pandai pakai sendiri, sebab tu dia prefer yang Pant. Sarung je terus.





Antara kelebihan Drypers Goo.N Doraemon Edition ni ialah:

~ Corak kartun Doraemon yang menarik sesuai untuk kanak-kanak
~ Fleksible dan senang untuk kanak-kanak bergerak
~ Lebih selesa dan kering
~ Lembut dan selesa
~ Pengudaraan yang baik sesuai untuk kanak-kanak yang senang kena ruam lampin
~ Nak buka? Just koyak je. Senang kan?

Selain dari Drpers, jenama Goo.N juga ada juga Baby Wipes. Senang satu jenama ada macam-macam barang. Siap ada bekas bentuk kepala Penguin lagi. Satu pek ada 55 helai.



Baby Wipes ni:
~ Tak menyebabkan elergi
~ Tak mudah kering
~ Lembut
~ Boleh digunakan seluruh badan
~ Bebas Alkohol, Paraben dan pewangi

Kat mana nak beli? Kat Lazada la. Ada pelbagai diskaun. Kalau beli set kombo lagi banyak yang kita boleh jimat.Nak tahu detail boleh layari :

https://www.facebook.com/GOONDiaperMY/


No comments:

Post a Comment