Cleodora mengeluarkan Koleksi Aidilfitri 2017 - Blog Eyzamiel

24.4.17

Cleodora mengeluarkan Koleksi Aidilfitri 2017

Wanita dan perhiasan umpama lagu dan irama tau. Kalau takde macam tak lengkap je penampilan. Tapi ye la.. Tak semua orang mampu nak beli berlian. So, kita beli la yang ala-ala tapi nampak mewah gitu kan. 

Sebab tu la Cleodora akan melancarkan koleksi  Aidilfitri dengan tema 'Bling Bling Aidilfitri". Ni merupakan projek pengeluaran berskala besar dan pengeluaran secara menyeluruh melibatkan beberapa buah negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Myanmar, Qatar dan Australia.


Cleodora ni diasaskan oleh Dato Seri Ratu sejak tahun 2011 tau. Maknanya dah 6 tahun produk ni bertapak di pasaran fesyen. Tapi sebelum ni penjualan aksesori ni agak slow sikit sampailah pada Tahun 2014, Dato Seri Ratu keluarkan koleksi Flora & Fauna yang unik, elegan dan mewah.

Baru-baru ni Eyza sempat la ke Showroom Cleodora ni untuk tengok sendiri koleksi ni. Masuk-masuk je Eyza dah rambang mata. Semua nampak unik dan cantik. Koleksi Cleodora lengkap dari subang hingga la ke gelang tangan. Semua ada.

Eyza suka tengok koleksi Teddy Bear. Comel je. Bukan saja sesuai untuk kanak-kanak, Eyza yang dah dewasa ni pun berkenan.

Koleksi Subang




Koleksi Rantai







Koleksi Gelang





Koleksi Cincin





Cantik kan? Kalau korang yang tengok ni rasa cantik, inikan pulak Eyza yang tengok depan-depan. Rasa nak semua je koleksi ni. Hihihi.


Cleodora ni menggunakan emas kuning dan putih kualiti 24k. Emas ni mudah dibentuk, teguh dan mampu memberi pegangan utuh untuk batu permata yang menghiasinya. Warna emas yang tahan lama dan tak akan pudar walaupun didedahkan dengan air, habuk dan haba.

Harga Cleodora memang mampu milik dan ianya dapat menyerlahkan penampilan si pemakai supaya tampak ekslusif dan mewah.


Dato Seri Ratu menyeru para usahawan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menceburi bidang perusahaan Cleodora.Selain bimbingan profesional dan latihan perniagaan, Cleodora menawarkan pelbagai insentif lumayan seperti percutian percuma, wang tunai dan kenderaan mewah.


Galeri pameran dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi hingga 5 petang di Suite 110 & 111, tingkat 26  Menara Maxis KLCC  khas untuk anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

Atau boleh hubungi :
Pegawai Pemasaran Cleodora
Puan Hani - 0174520144

1 comment: