Assalammualaikum.. Selamat Tengahari Uolls..
Uolls kalau ke Luar Negara memang tukar duit banyak siap-siap atau akan aktifkan Kad untuk Pengeluaran Antarabangsa? Macam Eyza akan tukar duit yang Eyza rasa mencukupi tetapi kadang-kadang tak cukup jugak. Hahaha.
Bila jadi macam ni mesti gelabah kan? Ye la.. Nak shopping banyak lagi ni, tapi duit tak cukup. Dah la bukan selalu sampai tempat bercuti tu. Sebab tu la Eyza aktifkan kad bank supaya Eyza boleh ambil duit dekat Negara lain.
Sebelum ni Eyza aktifkan kad melalui Mesin ATM tapi kali ni Eyza buat melalui Online Banking. Untuk Kad CIMB, uolls kena ada CIMB Clicks.
Cara nak aktifkan, Eyza tulis step by step ye.
1. Login https://www.cimbclicks.com.my/
2. Tengok sebelah kanan ada Setting, klik dekat situ.
3. Klik Card Services
4. Pilih Overseas Spending & Withdrawal
5. Keluar No. akaun kita dan klik dekat situ.
6. Status Kad masih Deactived
7. Tukar status ke Temporary
8. Tukar Duration ikut berapa lama kita nak aktifkan kad tu diluar negara
9. Request TAC dan masukkan macam biasa. Klik OK.
10. Successfull
11. Boleh semak balik dekat Status Kad, akan tukar jadi Temporary.
Dah siap!
Boleh pergi bercuti dan shopping dengan tenang. Hihihi.
Sekarang dah senang...aktifkan secara online pun boleh...untuk langkah berjaga-jaga kalau nak ke luar negara...aktifkan je kan...takut tiba-tiba tak cukup duit ke...TIBA-TIBA..hehe
ReplyDeleteKan.. Eyza selalu aktifkan je.. takut ada emergency.. ada duit nak amik.. hihihi
DeleteTerima kasih. Bagus sangat post senang macam ni. memang suka baca awak punya post
ReplyDeleteTq awak sudi baca entry Eyza. Eyza sendiri pun kalau lupa bukak balik entry ni. Hihihi.
Deleteboleh gne untk booking hotel ?
ReplyDeleteAlamak.. saya pun x sure la awak..
Deletebole ke nk aktifkan kad cimb kt mesin atm je?dh bkk cimb clicks..kat mn ntah setting... x jmpe..
ReplyDeleteCimb Clicks yg baru ni Eyza pun pening. Tak try lagi godek kat mana nak buat. Nanti klu dh dapat Eyza inform ye. Sorry tau x boleh bantu
DeleteBoleh aktifkan kat ATM. Sebelum ni Eyza mmg buat kat situ je.
DeleteBlh thu x ? Klu kita keluarkan di luar negara ada cas tambahan x?
ReplyDeleteAda.. tapi x ingat berapa casnya.. lepas tu duit ikut currency negara tu. Kalau nak keluarkan better amik amaun yg banyak dan sekali je supaya tak na cas 2,3 kali
DeleteUntuk terima duit dari luar negara buat mcm tu jugak ke? Ke ade cara lain...
ReplyDeletehai, sy first time nak travel luar negara. lepas aktifkan card ni, means dah boleh swipe dekat sana ke??? bayar macam biasa? semua kad cimb boleh ye?
ReplyDeletelps tukar online kena call customer service jgk ke xpayah dah?
ReplyDeletesaya nak tya kenapa coway x boleh buat pemotongan online debit card ye?? saya nak buat pemotongan di fb utk pengiklanan pun x boleh..
ReplyDeleteSy pun sama coway x boleh buat penolakan sewa bulanan walaupun dah aktifkan autodebit, masa awal pemasangan boleh pulak tolak.sy pakai cimb bank
DeleteKalau just nak aktifkan kad atm je tp bkn utk ke luar negara pun boleh ke?
ReplyDeleteBoleh je cuma x digalakkan. Better nak pergi br kita aktifkan.
Delete