Alhamdulillah. Hari ni dah 20 Julai. Ada apa dengan 20 Julai? Hari ni sangat bermakna untuk Eyza. First sebab hari ni Ulangtahun Perkahwinan Eyza yang ke 9 dan jugak Birthday Althea.
#AltheaTurns1 hari ni tapi Eyza dapat hadiah Anniversary dari Althea. Penggemar barangan kecantikan dari Korea mesti kenal sangat dengan Althea Korea ni kan? Best tau shopping kat sini. Rambang mata dibuatnya. Dah la Eyza ni penggemar barangan mekap. Rasa macam nak beli semua. Hahaha.
Walaupun barang-barang ni semua dipos terus dari Korea, tapi cepat je sampai kat Malaysia. Terkejut jugak Eyza dibuatnya. Ingatkan lambat lagi sampai. Nasib baik sampai sebelum Anniversary. Bolehlah bercantik-cantik di Hari Anniversary. Mana la tahu nak gi Candle Light Dinner ke.
Bukan setakat make up dari Korea je dijual kat website ni, tapi boleh dikatakan ada penjagaan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ada Syampoo, Skincare, Lotion Badan, Body Mist. Pendek kata, apa je utk cantik semua ada kat sini. Selalunya kalau kita tengok cerita Korea, mulalah teringin nak guna barangan Korea. Betul dak? Dengan website Althea ni memang mudah. Tak perlu nak pergi Korea pun.
Sempena #AltheaTurns1 ni, pihak Althea Korea ada banyak sangat benda best untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Antaranya:
1.Limited Edition Party Box + DIY Party Kit
Kalau uolls order barang di Althea mulai hari ni iaitu 20 Julai 2016 hingga 31 Julai 2016, uolls akan dapat Limited Edition Party Box dan DIY Party Kit ni (selagi stok masih ada). Eyza dah dapat. Cantik uolls.
Nak tengok tak apa yang Eyza beli? Macam-macam ada. Tu pun ada lagi yang Eyza nak beli. Tapi yang tu tunggu gaji dulu.
Eyza beli Maskara, Lipstik 2 jenis, Eyebrow, Eyeshadow, Brush dan Body Mist.
Eyza memang dah lama cari Eyeshadow warna-warna tanah macam ni. Akhirnya kat Althea baru la Eyza jumpa. Memang tak tunggu dah. Terus grab. Berus tu pun sedap pakai. Bila sapu Eyeshadow jadi cantik je.
Eyebrow ni senang nak guna untuk bentukkan kening. Eyza ambik light brown. Nampak macam semulajadi je kening. Siap dapat refill lagi. Berbaloi beli.
Body Mist-Peach, bau wangi pastu tahan lama. Lepas mandi je terus sembur. Nak tido kena la wangi-wangi. Bau fresh dan lembut je.
Dua2 lipstik ni Eyza suka. Kaler memang sesuai dengan Eyza. Pastu, ia x buat bibir kering. I like.
Maskara ni nampak je macam biasa2. Tapi, kalau nak effect bulu mata panjang, memang Maskara ni paling sesuai. Sekarang ni hari2 nak pakai Maskara pergi kerja. Lepas tu, kalau kita cuci takkan jadi hitam bawah mata akibat maskara. Nampak natural je.
2. Free Goodies Bag untuk 1500 pembeli pertama!
Dah la barang kat sini murah, siap dapat goodie bag lagi tu.
3. Birthday Giveaway
Pilih 3 best seller item dan dapat rebat 100% (tertakluk pada terma dan syarat). Biar betul? Memang betul la ni. Hihihi.
4. #AltheaTurns1 Instagram Contest
Althea nak bagi hadiah lagi? Best betul. Birthday dia, tapi kita dapat hadiah.Hadiah yang ditawarkan memang best. Rugi kalau uolls tak join. Ada Macbook Air, Ipad Air 2, Iphone 6s, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea Crefit dan Beauty Hamper. Best kan? Nak join jugak la.. Mana la tahu ada rezeki kan.
Senang je nak join. Cuma perlu selfie dengan Limited Edition Althea Box dan Party Kit. Dan jangan lupa tau hashtag AltheaTurns1.
Apa tunggu lagi. Jom kita shopping dekat https://my.althea.kr/
HAPPY BIRTHDAY ALTHEA KOREA!
Hye Eyza, this is Mira from Althea. We would like to thank you for joining in our online Birthday Celebration. We hope you had fun.
ReplyDelete