Eyza dengan hubby ada selera masing-masing kalau makan kat luar. Kadang-kadang, Eyza nak makan makanan Chinese tapi hubby nak makanan Thailand. Selalu pening. Salah sorang kena mengalah. Takkan la nak makan kedai lain-lain pulak kan.
Selalunya kami akan cari kedai makan yang ada variety dari segi makanan dan masakan. Hari tu, Eyza makan dekat Campur Campur Kitchen yang terletak di D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya. Bestnya kat sini sebab ada Makanan Indonesia, Chinese dan Thai. Dah tak payah nak bergaduh pasal nak makan apa. Selera masing-masing ada kat sini.
Mula-mula masuk Eyza dah suka dengan dekorasi kedai.Ada pelbagai hiasan yang menarik dan Unik.Bahagian depan kedai ada dekorasi bertemakan mentol lampu dan bahagian belakang ada bertemakan Tradisional. Ada tempat tampi padi yang dibuat dari mengkuang dan talam lama.
Tengok je menu Eyza dah tertarik dengan cara hidangan air dalam mentol. First time Eyza minum air dalam mentol. Rasa nak bawak balik je mentol tu.hihihi.
Biru ni Lemonade Blue dan yang hijau tu Icy Green Mint.
Ni pulak Coffe in Hong Kong Style.
Tea in Thai Style
Ni dua-dua tu Almond Tea cuma 1 sejuk dan 1 panas.
Dekat dinding diaorang dah siapkan menu bergambar. Nak tau mana yang best seller pun boleh tengok kat situ je. Eyza try semua menu best Seller dan memang Eyza puas hati. Sedap bangat. hihihi.
Jom tengok apa yang Eyza dah try kat sana.
Ni Chicken Boxing. Sepinggan RM 12.90. Rasa rangup dan juicy. Eyza sorang je boleh habiskan sepinggan. Tapi kenangkan ramai lagi nak makan, Eyza makan 2 ketul je.
Chicken Wing With 3 rasa (RM 12.90). Sos tu ada rasa macam ikan 3 rasa. Ada rasa pedas, masam dan manis. Ayam tu dogoreng dulu, so masih rangup walaupun dah disalut dengan sos.
Kat sini ada pelbagai jenis Nasi Goreng. Eyza ni dahla penggemar Nasi Goreng. Memang wajib cuba la. Tamak kan?
Yang paling Eyza suka dan rasa unik ialah Nasi Goreng yang dibungkus dalam daun. Wah.. ni memang rare. Nama menu ni Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice in Lotus Leaf (RM 11.90).
Bukan saja unik. Rasa pun sedap tau. Cukup rasa semua.
Ada Fried Rice in "Yong Zhou' Style (RM8.90) , Fried Rice with Chicken & Salted Fish (RM9.90), Indo Nasi Goreng with Rempah Chicken (RM11.90),Campur Belacan Chicken Fried Rice (RM 11.90), Kam Heong Chicken Fried Rice (RM 11.90), Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (RM 16.90), Thai Pineapple Seafood Fried Rice (RM16.90) dan Indo Fried Rice with Flying Fish (RM 16.90)
Ha.. banyak kan menu Nasi goreng. Eyza pun rambang mata tak tau nak order yang mana. Ni antara yang Eyza sempat rasa.
Mee Goreng ni nampak macam simple tapi memang sedap dan secukup rasa tau.
Yang ni French Toast with Honey. Sedap cuma bila letak Honey ianya jadi terlampau manis. I tak berapa gemar. Kalau takde Honey, Eyza rasa lagi sedap kut.
Curry Fish Ball ni yang buat rasa lain ialah sos dia. Ada rasa Kari. Penggemar kari mesti suka ni.
Selain ala carte, ada juga Set Nasi. Ada pelbagai pilihan set. Kalau nak lauk-lauk ni versi Ala carte pun boleh.
Ni Set Petai Shrimp Rice (RM 16.90)
Eyza suka sangat sambal Petai ni. memang kena dengan jiwa la.
Ni Set Ayam Bakar Rice (RM 14.90)
Ayam bakar dihidangkan dengan sambal kicap cili. Memang mabeles.
Menu yang paling ditunggu-tunggu mestilah Flying Fish with Hot & Spicy Herbs Rice (RM 15.90)
Selain dari set kat atas ni, ada jugak Set Butter Chicken Rice dan Salted Egg Yolk. Dua-dua Eyza suka. Tengah taip ni pun dok terbayang lagi. Adoi la.
Sesiapa yang berdekatan, bolehlah pergi makan dekat Campur Campur Kitchen ni. Bagi Eyza makanan kat sana sedap dan menepati selera Eyza.
Bagi yang tak tahu nak ke sana, jangan risau waze je DPulze Shopping Centre. Dan kat sini, parking memang murah sangat2. Memang berbaloi.
Alamat:
Campur Campur Kitchen
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya
Facebook: www.facebook.com/campurcampurkitchen
Tengok gambar pun dah berkeroncong perut ni. Suka la air mentol tu. Flying fish tu unik sungguh.. :D
ReplyDeleteMenyelerakan.... ada status HALAL tak??
ReplyDelete