NIVEA EMPOWER RUN 2016 - Blog Eyzamiel

1.4.16

NIVEA EMPOWER RUN 2016

Sape suka pakai produk NIVEA? Eyza suka deodorant NIVEA sebab bau wangi, tahan lama dan harga mampu beli.

NIVEA memperkenalkan NIVEA Pearl & Beauty Deodorant yang mengandungi ekstrak mutiara yang menjadikan ketiak lebih licin dan seputih mutiara.Ia juga memberi perlindungan 48 jam terhadap peluh dan lembut pada kulit kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia dan membuatkan kita segar dan berkeyakinan.


NIVEA percaya apabila kita yakin, tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai impian. NIVEA memberi kuasa kepada wanita dengan membantu mereka merealisasikan potensi dalam diri mereka dan menggalakkan orang lain untuk melakukan perkara yang sama!

NIVEA akan menganjurkan NIVEA EMPOWER RUN 2016. Jadilah sebahagian dari larian ini bagi membantu wanita miskin dan kurang berkemampuan dengan menderma keuntungan dari larian ini kepada Badan-badan Kebajikan, For Wisdom And Revolutionary  Development (FORWARD)  dan NGO yang membantu masyarakat yang kurang mampu untuk membeli makanan


NIVEA juga bertujuan untuk menghulurkan bantuan dengan melengkapkan mereka dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan supaya mereka boleh menyara anak-anak mereka ke sekolah, sesuatu yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini kerana tidak mampu.Hanya dengan perubahan ini, mereka dapat membebaskan diri dari belenggu kemiskinan.

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama memeriahkan Larian ini dan jangan lupa tandakan kalendar anda! bersedia untuk memimpin dan diberi kuasa! Mari kita beramai-ramai merentasi sempadan untuk lebih maju kehadapan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.themarathonshop.com.my/niveaempowerrun

2 comments:

  1. Alamak! nak RUN ni yang payah ni...sesakkk napass! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kita takyah RUN. Kita WALK only. hihihi.

      Delete